BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Wednesday, August 24, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


a very quick update! kena cepat nie.. 24 ogos da nak abish da..


bangun bangun tido tadi, aku macam tertanya tanya jugak, arie nie bapa arie bulan eh? terus capai handphone, tengok screen.. 'oh, 24hb..' rasa cam ada sesuatu.. 'oh, bday hazie kowt.. bulan lepas.. so, kiranya xde papa la..' terus aku beralih..


tiba tiba waktu aku bukak facebook, ramai nau post kat wall syakima nie.. 'owh, besday dia! patotla rasa cam ada sumting..' tapi, hati terasa macam malas nak wish.. aku like status dia yang wish thanks kat orang orang yang wish dia jah.. HAHAHA *kawan tak guna*


meh nak stori sket pasai minah nie.. 


dia nie sememangnya seorang kawan yang baek.. serius tak tipu! aku boleh mula mula baek dengan dia, betul betul baek dengan dia sebab aku dianiaya kawan senirik, ditinggalkan secara dahsat kowt.. naseb ada dia! dia yang selamatkan aku yang terkontang kanting waktu tuu..


dan kawan yang da aniaya aku tuu, walaupown tanpa dia dan dia, aku masih boleh tersenyum bahagia sebab adanya syakima dan kawan kawan kawan kawan rapat aku yang laen kat utm.. ya, ALLAH itu maha mengetahui.. DIA hanya berikan yang terbaek untuk kita.. 


setahun aku ber'rumate' dengan dia.. kadang kadang kami agak berbeza, tapi aku rasa kami serasi.. sebab apa? sebab kami mampu menolak keburukan masing masing dan menerima kebaekan yang ada.. ya la, da tentu kan setiap orang ada baek dan burok.. kalau kita asyik menilai yang burok, maka burok la orang tuu di mata kita..


aku dengan dia pernah bergado.. tapi, kami tak mengeluarkan ayat ayat yang kasar.. kami tak meninggi suara secara melampau.. kami hanya mendiamkan diri.. tak lama lepas tuu, kami akan gelak balik.. fun tak hidup camni?


aku dengan dia tak pernah berkira pasal dwet.. kadang kadang dia keluarkan dwet, kadang kadang aku.. makanan pown tak pernah berkira.. selalu jah kami berkongsi makanan dan minuman.. kat cafe pown kami tak malu tau!


macam kawan kawan rapat aku yang laen, dia simpan lebih kurang 80% rahsia aku.. tapi, dia kadang kadang macam tau suma perkara pasal aku.. mungkin dia nie spesis yang mudah memahami.. bagusla, sebab aku pown kadang kadang tak paham diri aku.. :)


masok semester baru nie, aku ngan dia da tak jadik rumate lagi.. mula mula dia ada berura ura nak bilik single.. alih alih, aku yang suarakan nak stay single.. aku pikir pikir bila lagik nak stay single? sebab da stay k11 nie memang kami ada kelebihan nak pilih bilik.. budak palapes la katakan..


so, syakima.. 


happy besday to you! 


may ALLAH bless you!


semuga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi setiap saat hidup!


i love you yesterday, tomorrow and forever! 




Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, August 22, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


antara banyak banyak asmaul husna kan, aku paling suka yang nie.. 
besh sangat sangat sangat..
aku da tengok kat astro oasis satu arie tuu, terus jatuh cinta..
cuba la korang dengar..
sangat sayu!



so, camna? korang suka?
atau korang suka yang laen?
kongsi la! :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


wuhoooo... bersarang suda blog aku nie.. blog yang sememangnya tak ramai yang datang, makin ramai la yang tak datang eh? HAHAHA
entahla aku nie.. agak malas nak update blog kebelakangan nie, sedangkan ada jah idea yang aku nak update.. 


okay, sekarang aku nak berkongsi sket pasai satu ilmu yang baru aku dapat 3 4 hari yang lepas lam satu tazkirah nie.. korang mungkin da tau da, tapi aku tetap nak share jugak.. entry nie pown sebenarnya satu peringatan untuk diri aku jugak.. at least, bila aku tengok balik entry nie, aku tak mudah lupa..


anyway, korang tau tak sebenarnya hidayah nie terbahagi kepada 4?

PERTAMA : HIDAYAH AL WIJDAN AT-TABIE - hidayah nie adalah petunjuk yang kita dapat sejak lahir dan sememangnya ia sangat berkait rapat dengan sifat semulajadi seorang manusia.. sebagai contoh yang sangat mudah, anak yang baru lahir.. sapa agak agaknya yang ajar dia untuk berjalan, bercakap dan laen laen? da tentu la ada petunjuk yang dia dapat.. hidayah al wijdan at tabie la tuu..

KEDUA : HIDAYAH AL HAWAS - hidayah nie pulak petunjuk pancaindera kita yang lima tuu.. kalau kita tak dapat petunjuk nie, macam macam yang benda bahaya yang kita boleh dapat.. contohnya, kebakaran.. kalau kita tak nampak api, tak dapat dengar jeritan orang pasal kebakaran, tak dapat rasa bahang api, tak dapat bau asap, camna kita nak selamatkan diri *aku tak bagi contoh untuk lidah eh? heeeeee*.. ye tak?

KETIGA : PETUNJUK AL AQAL - okay, petunjuk nie mudah.. kalau kita takda akal, kita tak boleh berfikir dengan waras.. walau apa jua keputusan yang kita bwat, tak boleh nak amik kira langsung..

KEEMPAT : HIDAYAH AD-DIN - hidayah nie adalah hidayah keagamaan, dan terbahagi pulak kepada dua, iaitu hidayah dilalah dan hidayah taufik.. hidayah dilalah nie petunjuk ilmu yang ada dalam al-Quran, sementara hidayah taufik nie pulak adalah kesanggupan dan kemahuan untuk melakukan perintah ALLAH untuk ke syurga dan keberkatan di dunia..

okay, cuba kita renung balik diri kita.. adakah kita punya keempat empat hidayah tuu? kebanyakan orang Islam kat Malaysia nie ada hampir kesemua hidayah nie kecuali hidayah taufik.. yup, hidayah taufik la yang kita carik carik selama nie..

kalau korang baca kat sini, aku penah cakap yang hidayah nie kena carik, kena usaha.. haaaaaaaa hidayah taufik la tuu.. 4 hidayah ALLAH da berikan kepada kita free free jah, takkan suma pown nak percuma.. kan? kalau korang pown, asyik bagi hadiah je kat orang, kadang kadang korang pown teringin nak hadiah jugak kan? kan?


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


okay, sekarang cuba korang baca ayat keenam.. korang penah perasan tak yang kita sedang meminta petunjuk daripada ALLAH setiapkali kita baca al Fatihah


cuba bayangkan, 17 kali kita baca al Fatihah dalam sehari.. betapa ALLAH membuka jalan untuk kita sentiasa meminta petunjukNYA..


aku rasa kan, sebab tuu la SOLAT TIANG AGAMA..


kalau kita lupa solat, tak mustahil kita boleh lupa nak mintak petunjuk ALLAH kan?


cuba bayangkan lagik, kita sangat busy dalam satu temph dengan assignment yang bertimbun, kuiz, test yang tak putus putus, tapi kita tetap tak tinggal solat.. sekurang kurangnya, kita tak lupa nak mintak petunjuk kan?


dapat bayangkan tak hidup kita tanpa petunjuk?


credited to :

p/s : jum sama sama kita perbaiki bacaan al Fatihah kita.. :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 16, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera




arie nie aku ngan mama solat kat saf belakang *ada dua saf jah :p*.. bila masok jah rakaat ke9 solat tarawikh arie nie, ada yang keluar.. so, saf da jadik lubang lubang da.. last last saf ke2 nie merapat ke sebelah kiri.. adoooooooooi.. aku pown da mula pening da.. setau aku, saf start dari tengah.. tapi, tiba tiba aku tak pasti pulak...

kalau menurut mama, makcik2 nie cakap perempuan kena rapat sebelah kiri.. betul kew eh?

aku da google berkenaan masalah nie.. malangnya, aku tak pasti pulak ustaz yang bercakap tuu bertumpu pada makmum lelaki saja kew atau dua dua sekali.. tapi, aku pown da tanya la jugak kat ustaz ustaz yang menulis kat blog tuu..

tapi, aku tak pasti, bila aku boleh dapat respond daripada diorang.. so, korang tau tak sebenaqnya saf start dari mana?



p/s : dan kalau betul la saf start dar tengah kan, camna eh aku nak cakap kat makcik2 nie? -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


*ini entry emosi*


aku baru lepas tengok result tahun 2 semester 3.. ya, semester 3.. arie tuu aku da amik satu subjek nie.. aku ulang gred.. sesaja ja nak repair gred, mana la nak tau, gred aku boleh bertambah baek.. tapi, seribu penyesalan.. mungkin aku patot belajar bersyukur dengan apa yang aku ada, dan teruskan hidup.. result yang aku dapat untuk subjek tuu, sama dengan result sebelum nie.. ya ALLAH, terasa ruginya! beratus ratus wang aku da habiskan untuk ulang subjek tuu.. tak terkira penat lelah aku jugak untuk mengulang subjek tuu..


astaghfirullah.. cukupla ngan dosa yang aku bwat nie.. SYA, sila belajar untuk bersyukur!


p/s : pfffffffffffffffffft..! *zip mulut*

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, August 14, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


lepas puding roti kukus dan simplicious pizza, aku bwat murtabak maggi pulak.. heeeeeeeeee...tak banyak benda yang aku nak berceloteh untuk bwat masakan nie.. cumanya, aku banyak la bising kat mama.. sebab aku sendiri tak pasti rupa murtabak maggi nie sebelum masak.. :D
BAHAN BAHAN
2 paket maggi kari
4 biji telur
garam
bawang putih
bawang besar
perencah maggi
cara nak masak nie mudah jah.. maggi tuu mula mula celur dan tapis siap siap, pastu pukul telur dengan garam, bawang putih, bawang besar, perencah maggi dan garam.. pastuu gaul adunan ngan maggi yang da celur tadi, dan goreng macam telur dadar.. SIAP! :)


ok, gambar aku tak cantek..
ini basic je nih.. kalau korang nak sedap lagi, boleh tambah macam macam.. hotdog, daging, ayam.. aku waktu tuu da agak lambat nak masa.. tak terfikir langsung nak masokkan hotdog.. abiz la kurang sedap murtabak maggi aku.. -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 13, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


tadi, waktu aku blogwalking, kat blog nie, aku da terjumpa satu video yang sangat menyayat hati.. serius aku rasa sapa yang tengok video nie mestey nangis.. mestey akan timbul rasa keinsafan dalam hati.. wardina dalam nie bercerita pasal perubahan yang dia alami..


ayat dia yang paling aku suka adalah macam yang ada kat tajuk tuu laa.. korang tengok la sampai habis tau.. semuga kita sama sama mendapat keberkatan daripadanya.. insyaALLAH



Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


kat entry nie, aku da janji nak bwat entry pasai cubaan aku untuk masak *baget cam orang dok tunggu sangat*.. so, sekarang aku nak cerita la nie.. hehehe..


engat tak aku pernah cerita pasal cubaan aku untuk bwat puding roti kukus? ok, itu cubaan pertama.. lepas tuu, aku bwat simplicious pizza pulak.. perkataan simplicious tuu diambil daripada perkataan simple dan delicious.. aku amik resipi pizza nie daripada blog liyana lunia nie..


tau tak? waktu aku nak bwat pizza nie, perit jugak oooo.. tiba tiba kan cheese ada dua keping jah.. cheesedale tuuu.. haaaaaaaaa.. tuu menunjukkan satu kebijaksaan aku jugak tuu.. ada kew orang guna cheese keping keping tuu bwat pizza? aku siap potong halus halus lagi.. konon nak bagi cheese tuu mudah cair.. -.-'


pastu, nak dijadikan cerita, aku ngan mama punya la semangat nak makan pizza tuu panas panas, lam 7.15pm tuu, baru la aku stat oven.. arie tuu, waktu berbuka 7.35pm, amik masa lam 15-20minit jah nak masak tuu.. tiba tiba shot karen! adoyai.. terus tak boleh nak bakar.. aku apa lagi, mengamok la.. waktu tuu, mama soh biaq jah pizza tuu lam oven yang menyebabkan shot tuu.. katanya da panas.. aku mestey la takmo! terus merajok..


alih alih, mama hidupkan api kat oven lama kami dan soh aku pindahkan pizza tuu.. malangnya, oven tuu tak panas sangat.. maka, tak jadik la pizza ak! dengan cheese tak cair.. -.-'


ok ok, da abiz da stori.. sekarang kita berbalik kepada resipi.. walaupown pizza aku tak jadi, tapi sedap tau.. korang boleh try jugak! ^.^


BAHAN-BAHAN
roti gardenia

sos cili (aku guna LIFE)

mayonis

bawang besar

cili (aku guna cili padi ngan cili merah)

topup untuk pizza (cam aku guna hotdog+cendawan)

cheese
bahan bahan untuk simplicious pizza
LANGKAH-LANGKAH
1. sapu sos cili kat atas roti, kemudian mayonis..
2. susun bawang besar, cili, dan topup pizza yang sumanya da dipotong.. pastuu, baru letakkan keju yang da disagat halus..
3. masukkan lam oven, 180 degree selama lam 15-20 minit.. asalkan cheese tuu cair, kira da berjaya la tuu.. kalau nak lagi garing, bakar la lagi lama..
tengokla pizza aku yang tak jadik.. sedih tak?
haaaaaaaaaaaaaaaaaa.. da siap da! mudah kan? try la pulak kat umah!

kalau piza yang orang selalu bwat, dia guna sos spageti, tapi guna sos cili pown ok, da pedas da.. kalau nak ala2 masam sket, campor la ngan sos tomato.. :)

p/s : dugaan gilerr aku nak belajar masak nie! -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


*ini entry emosi, tak baca pown takpa.. heeeeeeee*


tadi kan, tiba tiba hati aku tergerak la nak tengok aimsweb (website utm yang da info student blablabla)... saja nak tengok kat status kewangan tuu.. kowt yuran bertambah, berkurang.. tak pown kowt dwet da masok kan, bleh la aku guna sket untuk belanja raya nie.. heeeeeeeeeeee..

guess what? yuran aku untuk sem depan RM2,083.. tergamam la aku jap kan.. dari posisi meniarap, terus aku bangun.. aku berfikir, camna la kan aku sem depan.. memang tak dapat dinafikan la kan yang aku nie boros sket orangnya.. tapi, bila fikir fikir balik aku ada hutang nak jelas sem depan jugak.. takmo la aku hutang lama lama.. nie suma gara gara sepanjang aku stay kat utm waktu cuti, dwet tak ckop.. padanla muka, tak reti nak berjimat cermat...! -.-'



pastu, aku da janji jugak ngan sorang kawan nie, nak tolong dia lam perbelanjaan kat u nanti.. sebab, dia tak dapat bantuan kewangan.. dan aku pulak macam ada dwet lebih kan.. lagipown, daripada aku berjoli tak tentu pasal, baek aku bagi member aku..

takpa la.. papa pown, aku tetap kena hadapi suma nie.. insyaALLAH aku mampu hadapi! heeeeeeeee..

p/s : kadang kadang rasa cam takda kawan nak bercerita.. blog la jadik kawan untuk bercerita.. bukan apa, malas nak sesakkan otak member dengan masalah emosi aku nie.. :'(

Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, August 12, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


tadi aku ada baca kat blog kereta mayat nie.. dia bercerita pasal hati yang gelisah.. ada sorang kawan dia nie hati gelisah sangat sangat sampai berhabiss duit jumpa bomoh.. kata bomoh tuu, dia kena buatan orang.. tapi, bila dia jumpa hamka (owner kereta mayat), katanya kawan dia berhati gelisah sebab dia da nak dapat hidayah..




korang pernah dengaq fakta nie?


masyaALLAH.. terdiam jugak aku baca ayat ayat hamka nie.. katanya, hidayah tuu nak masok dalam diri kita, tapi, disebabkan dalam diri kita banyak penyakit hati contohnya cam hati yang cintakan dunia, hati pown jadik gelisah.. dan kita kena la bijak menangani kegelisahan tuu..
hati akan berasa tenang bila kita sentiasa mengingati ALLAH
sesetengah orang, bila hatinya kacau bilau, dia suka berfoya foya dengan kawan kawan.. pastu, dia akan mula lupakan masalah waktu gembira.. dia mula la fikir, cara tuu akan bwat dia rasa tenang.. betul kew?


bila dia memilih jalan yang salah, penyakit hati dia akan jadik semakin parah dan akhirnya hidayah tuu akan pergi macam tuu je tanpa sempat menjengah lama lam diri dia.. kan da rugi tuu?


kalau dia amik keputusan untuk beribadat kepada ALLAH, sekurang kurangnya penyakit hati dia akan berkurang, dan hidayah tuu tadi boleh menjengah diri dia.. macam mana kalau hidayah tuu terus menetap kat situ.. kan besh?


hidayah ALLAH akan datang pada orang yang terpilih.. ya, memang betul tuu.. tapi, kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan hidayah ALLAH.. sesetengah orang suka menyalahkan hidayah bila dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH yang bertakwa..


'aku tak dapat hidayah lagik, sebab tuu la aku tak pakai tudung lagik..'


'nanti aku dapat hidayah, aku sembahyang la..'

patot kew?

astaghfirullah al azim..

sama sama la kita berdoa kepada ALLAH agar kita adalah golongan terpilih untuk menerima hidayahNYA..

p/s : lawatla blog kereta mayat nie.. banyak info info yang berguna..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

adoooooi la.. post aku semalam yang pasai poligami tuu kenapa tak boleh nak komen eh?

lagik satu, aku search la pasai nak customize blog aku nie kat google.. tapi bila dia soh find a few codes, kat html aku nie mestey takda.. 

kenapa eh? 

setting blogger suma tak sama eh?


please answer me.. huhuhu.. 
Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, August 11, 2011

RELA DIMADUKAN?

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

*entry mungkin agak jiwang*
tiba tiba aku teringat drama bersiri Nur Alia tadi.. ada satu part yang agak menarik.. scene isteri Fendi *aku lupa nama dia* p jumpa mak Qas untuk mintak dorang dikahwinkan.. dia sanggop dimadukan daripada biaq suami dia bergelumang dengan dosa.. bgos kan dia?
waktu aku awal awal masok matriks, lecturer english aku penah tanya kat kami pasai pandangan poligami.. 

'saya tak kisah kalau suami saya nak kawin laen, tapi ceraikan saya dan anak anak saya yang jaga!'

tekad tak aku? HAHAHA boleh pulak aku jawab macam tuu depan the world class.. pas balik kelas tuu, bila pikir pikir balik, memang aku malu nak mati la kan.. mujurla budak budak kelas aku tuu, perempuan mahupown lelaki bukan nak bwat mulot becok sangat ngan aku.. kalau tak, ada jugak aku p kelas pkai beg kertas kat muka.. -.-'

tapi, tuu pandangan aku waktu aku berusia lam 18 tahun.. waktu tuu, memang aku ada pandangan yang sangat negatif kat laki.. dan aku sebenaqnya tak boleh nak terima poligami.. sebab tuu la aku terus mintak cerai jah.. kalau aku tak bagi kawin sampai ke sudah pown, dia da tak sayang aku..

sekarang nie, aku da macam matang la sket kan.. umor pown da bertambah beberapa angka da.. pandangan aku pown da berbeza da sekarang nie.. aku da tak kisah ngan poligami.. tambah tambah pulak, perempuan sekarang da ramai sangat berbanding lelaki.. kalau aku kawin, mungkin da yang tak dapat kawin.. kan? tapi, biar la aku jadik yang pertama bukan yang kedua.. aku takmo jadik yang perampas, sebab aku tau sakitnya..

kadang kadang aku terpikir, kalau takda poligami, ada kemungkinan maksiat makin menjadi jadi.. ya la, kan ramai perempuan yang tak kawin.. korang ada terpikir tak?

aku terpikir jugak, kalau orang yang aku sayang boleh terima poligami dengan tabah, kenapa tidak aku? aku nak jadik cam orang tuu.. sentiasa tabah lam hadapi dunia nie.. :)
orang yang sabar dan tabah itu sentiasa diberi ganjaran di akhirat nanti
p/s : tapi aku tetap mengharapkan suami yang setia! :p

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

bulan Ramadhan nie sebenaqnya adalah masa yang sangat seswai untuk orang orang macam aku belajar masak..
orang orang macam aku? 
macam mana tuu?
1. tak pandai masak
2. jarang ada kat umah
heeeeeeeeeeeeee... gila pengakuan berani mati! dush dush dush!


kalau kat utm, aku nak pegang alat alat, bahan bahan masak nie pown waktu training palapes ja la --) fittick! time fittick nie beberapa orang kadet kena tolong stap kat dapur untuk masak.. tak kira la pompuan kew, laki kew kena tolong jugak! tapi, waktu nie besh tau.. sebab kadang kadang waktu nie boleh jadik waktu maen.. tapi, aku tak suka fittick sangat.. sebab... aku tak pandai bab bab nie.. lagipown, kadang kadang aku rasa rugi bila kawan kawan da belajar, tapi aku pulak skip klas untuk fittick.. *baget!*


ok ok.. stop untuk cerita pasal palapes..


aku nak bermegah sket nie.. kalau korang nak tau, sepanjang Ramadhan nie, aku da bwat puding roti kukus, simplicous pizza, murtabak maggi dan bubur somsom *aku tak bwat banyak untuk bubur somsom nie*.. ok la tuu kan? heeeeeee.. ok ok, tak hebat mana pown.. -.-'

suma nie bukan aku yang bwat.. curik dari mr google! :D




sebenaqnya, aku nak bwat entry pasal masakan masakan yang aku try nie.. tapi, pic tak boleh upload pulak, so, nanti nantila aku bwat entry tuu eh? *baget cam orang nak baca sangat*


aku pecaya, ramai gila budak budak kat luar tuu macam aku kan? masing masing sebok la bukak internet carik resepi untuk try.. btoi tak? btoi tak? better korang ngaku.. berdosa tau tipu bulan Ramadhan nie.. haaaaaaaa...


jum la, selaen amik banyak banyak keberkatan daripada bulan Ramadhan nie, kita amik kesempatan yang ada.. contohnya, waktu nie la, kita boleh spend time banyak banyak banyak ngan family.. selalu busy ja kan? sekarang sahur, berbuka puasa, sembahyang terawih pown da boleh sama sama ngan family.. besh kan? :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 9, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

pagi pagi hari nie, macam biasak aku berblogwalking la ke blog blog yang aku follow.. pastuu, aku tertarik ngan tajuk entry si carl samsudin nie.. dia bercerita pasai sorang perempuan nie yang membahasakan diri dia sebagai makcik hajjah sitt al-wuzara.. 


sebelum nie aku memang da baca pasal makcik nie da kat blog sozcyili.. makcik nie dikatakan telah menghina agama Islam secara dasat di facebook, blog dan twitter... dan gaysec cuba membongkar identiti makcik nie.. tapi, tak tau la samada makcik tuu betul betul adalah arlene.. lam blog makcik tuu, dia beria ia kata dia tuu hajjah la islam bagai.. wallahualam..
perempuan yang dikatakan makcik..
tapi, kalau baca blog dia tuu, memang beristighfar jah tak henti henti.. ayat ayat dia memang sangat sangat menghina Islam.. dia turut menghina kerajaan Malaysia, Datuk Najib dan lain lain.. tapi, ada jugak teguran dia berkenaan masyarakat harus diambil berat.. contohnya, perempuan yang bertudung tapi berpakaian ketat..


kesian la jugak kat dia.. tak tau apa motif dia bwat blog tuu.. katanya, dia didelete kat facebook sebab ramai yang report.. tuu yang dia da mula bergerak aktif kat wordpress dan twitter..
gambar lam blog makcik yang menghina Islam
klik sini untuk ke blog.. korang kalau da baca tuu, jangan pula mudah termakan dengan ayat ayat dia..


marila kita sama sama doakan dia.. semuga dia mendapat keampunan dan petunjuk daripada ALLAH.. tambah tambah lam bulan Ramadhan nie pulak.. semuga dosa dia tak bertambah dari hari ke hari.. amin..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera



malam tuu, kami da ceramah nisfu syaaban sepatotnya, tapi da digantikan ngan bacaan yassin.. almaklumla, malam tuu memang malam jumaat pown.. dan da jadik kebiasaan kat penduduk kg kuala nal, baca yassin malam jumaat tuu..

aku ngan ikah dan kaseh datang lambat la jugak.. waktu kami sampai tuu, baru bacaan doa solat maghrib.. mujurla! tapi, tak ramai dak UTM yang da kat situ.. owh, lupa! memang budak perempuan kat stesen kuala nal nie tak ramai..

lepas bacaan yassin dan solat Isyak secara berjemaah dengan penduduk kampung, kami pulang la ke umah mak angkat.. malam tuu makan lagik! heeeeeeeeee.. 

family angkat aku tidoq awal.. lebih kurang lam pkoi 10pm camtu, depa da masok tido da.. aku punyala bertahan mata, takmo tido gi, layan la satu muvi kat tv nie ngan kaseh sampaila 12am.. waktu tuu aku memang mengantok sangat sangat sangat da la.. -.-'

esoknya, kami bangun agak lewat.. aigooo~~~ malu! tapi, mek sangat baek, sentiasa berfikiran positif, kata kami penat tak abiz lagik! HAHAHA pagi tuu mek sediakan sarapan roti canai dan roti telur.. pergggggggggggh... memang KENYANG nak mati la weyh! alih alih aku sakit perot pulak! abiz suma isi perot aku buang.. -.-'

lam 8.30am tuu, kami berkumpul lagi.. untuk gotong royong sebenaqnya.. tapi, kaseh tak turut serta.. dia da keja keja rakit yang perlu disiapkan.. so, aku pi ngan ikah je la.. adik angkat aku tuu, anak mek.. mek memang tak bagi aku jalan sorang sorang.. asik soh ikah temankan aku jah.. :)
tgh tunggu arahan untuk bergotong royong!
dari kiri, ikah, aku, kanan skali syiera.. :)
bayangkanla, aku sorang jah yang bawak family angkat.. tapi, tak kisahla.. asalkan aku da kawan jugak nak berjalan ke hulu ke hilir.. HAHAHA aku da la jugak bual bual ngan budak budak laen.. boleh jah dengan depa nie..

alih alih, kami yang budak budak pompuan nie tak payah pi bergotong royong pown! kena sokong kempen kesihatan yang bwat kat sekolah jah! adooooi~~~ derma darah dan pemeriksaan kencing manis, jantong blablabla..
darah!
aku waktu tuu memang da malas la nak derma darah.. aku ingat g, waktu first time, derma darah tak sakit sangat.. kali kedua cam sakit pulak.. so, aku bayangkan, kali ketiga nie mestila semakin sakit.. -.-'
lagipown, berat aku da bertambah da sejak aku derma darah dulu.. bayangkan la, sebelum aku derma darah, berat badan aku 51kg, tapi lepas lepas derma darah 56kg, susa nau nak turun turun.. naseb baek sekarang da turun sket.. tapi, nak dapat macam dulu, jangan harap la.. :(

aku cuba untuk ngelat.. malas nak derma darah, tapi kena bagi tauladan pulak kat ikah.. waaaaaaaaaaa~~~

sambungan TINTEC KRENEDEX part 4
Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, August 8, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


hari nie adalah hari terakhir aku dengan laptop kesayangan aku nie..
aku terpaksa melepaskannya pergi..
mungkin ini lah yang terbaek bwatnya..
selamat tinggal sayang..
pulanglah kepada mama hari jumaat nie!


HAHAHA
poyo tak?
sebenaqnya kakak aku nak pinjam laptop aku sat, nak bawak ke tempat kejanya.. berat atie juga nak bagi, sebab laptop nie la rutin harian aku cuti cuti nie.. ya la.. nak bwat apa da lagik kan? huhuhu..


maka! terpaksa la aku mengubah rutin harian aku..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


sekarang nie aku berminat nak bwat benda benda macam nie la..
hari hari yang unik! heeeeeeeeee...




Lagu Teman - The Lion Story Ft Zahidah

Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..Aku terlihat insan yang keliru,
Air yang deras mencermin wajahku,
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…

Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…
  
Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mula mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir…
Whoaaa.....hoaaaa...

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat  bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..

walaupown da lirik lagu da lam video tuu, aku tetap nak bagi lirik lagu! HAHAHA

anyway, teman adalah antara insan yang WAJIB hadir lam hidup kita tau.. bagi aku, kalau kawan kawan takda, hidup memang sunyi sangat, memang takda erti.. kita tidak sempurna, begitu juga ngan orang laen.. so, kita saling memerlukan untuk saling melengkapi..

enjoy la lagu nie... hope korang suka! :)

p/s : aku berkenalan ngan lagu nie sebenaqnya dari sini... heeeeeeeeee...

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, August 7, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...!
entry ini adalah kerana mahu memperkenalkan aku yang datang dari pulau pinang..!

pulau pinang tuu adalah negeri utagha ok..
heeeeeeee...


sebenaqnya. aku bwat entry nie bukan apa..
aku nak juin geng KAMI BLOGGER UTAGHA nie..
rasa cam loser jah kawan kawan aku da banner geng nie, tapi aku takda..
T.T


so, amacam cik gksb?
saya diterima tak?
hihihi..



eh, terlupa!
aku nak bermegah dengan banner KBU nie..

tengok tengok!
hebat tak? *wink*wink*

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


pagi pagi nie.. aku nak bercakap pasai keikhlasan..


ada orang cakap
keikhlasan tuu adalah seperti semut hitam berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang amat gelap


pastuu dia akan cakap lagi
so, hang tau kew aku ikhlas kew tak?


ada orang jugak cakap
aku bukan takmo sembahyang, tapi aku takmo jadik hipokrit.. biaqla aku betul betul ikhlas baru aku bwat..


ayat yang serupa seringkali digunakan untuk pemakaian tudung.. kalau korang jumpa orang macam nie? apa perasaan korang? tapi, aku rasa setiap orang mesti pernah jumpa orang macam nie kan?


apa yang aku cuba perkatakan sekarang nie.. kenapa nak gunakan perkataan ikhlas untuk mengecualikan diri kita daripada melakukan suruhan ALLAH?


ok, first of all, aku mintak maaf la pada yang terasa.. aku tau aku pown bukannya alim sangat.. kadang kadang aku tertinggal atau meninggalkan solat.. aku pakai tudung pown tak sempurna, selempang jah.. tapi, aku takkan pernah sesekali menggunakan perkataan ikhlas untuk membela diri aku..

soalan aku untuk orang orang yang suka guna perkataan ikhlas nie..

korang ikhlas kew bergelar orang ISLAM?

korang ikhlas kew menyayangi ayah, mak, abang atau suami korang?

korang ikhlas kew menyayangi diri korang?

ikhlas tak?

fine fine fine.. mesteyla jawapannya ikhlas kan? tapi, betul betul ikhlas kew?
renung renungkan dan selamat beramal..




p/s : tiada manusia yang sempurna lam dunia nie.. tapi, wajibla bagi kita untuk sentiasa cuba menyempurnakan diri, terutamanya lam bab bab agama.. aku juga tak sempurna.. jom la sama sama perbaiki diri..  :)
  
Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 6, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


just a very simple and lazy entry.. wanna share something wif u guys..

TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka - malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.
Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. 
Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu. 
Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing. 
Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan. Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia). 
“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB. 
“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas. 
“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate), baru-baru ini. 
Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju. 
“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya. 
Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi perubatan. 
“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya. 
Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare. 
Fakta: Faktor risiko OAB 
  • Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB) 

  • Strok 

  • Kecederaan saraf tunjang 

  • Dementia 

  • Penyakit Parkinson 

  • Diabetes 

  • Pembesaran prostat 

  • Pembedahan prostat 

  • Hamil kembar 



  • INFO: Tip tangani OAB 

  • Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya. 

  • Jauhi minuman kafein. 

  • Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat. 

  • Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing. 

  • Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong. 

  • Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil. 

  • Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda. 

  • Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil. 

  • Kekalkan berat badan yang ideal. 



  • info sebenar : sini
    Thanks 4 reading this entry..! :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...