BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Wednesday, August 3, 2011

SAHUR KAT ASRAMA

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


arie nie aku bersahur dengan suksesnya! *walaupown kelam kabut bangun ngan agak lewat* mananya tidak, malam tadi aku tak makan banyak cam malam sebelum sebelum nie.. kalau tak, punya la aku melantak cam da takda arie sok lagi da untuk aku makan.. -.-'


walau bangun lambat, tapi aku makan bertambah beb! ada la dalam 3 kali tambah.. HAHAHA hebat tak aku? selalunya orang cakap, takda selera nak makan pagi pagi nie, tambah tambah lagi sahur.. tapi aku tak.. bagi aku, takda beza pown pagi kew petang kew malam.. pantang menghadap makanan! melaenkan waktu tuu aku memang da kenyang, atau aku tak sihat, atau aku tengah bad mood..


tapi, mungkin jugak sebab aku da lama tak balik umah kan? langsung tak boleh nak stop makan.. mama, abah, abang kelon pown kalah ngan aku.. tambah tambah pulak bila mama masak ketam masak lemak ngan ikan goreng.. rambang mata aku nak makan! mungkin masakan nie nampak cam biasak jah, tapi aku da lama kowt tak makan.. cyes!
sedap x nampak? aku curik dari google jah.. harap aku nak tangkap gambaq? sebok nak makan jah..
tapi, mak aku bwat memang sedap, cuma banyak kuah jah.. :)
time tengah sahur di ambang waktu nie.. boleh pulak aku dok imbau zaman berpuasa kat sekolah.. aku dulu stay kat asrama.. so, bersahur pown kat dewan makan la.. masalahnya, jarang nak jumpa manusia cam aku nie.. bantai makan banyak jah even masa bersahur.. makanya, jarang la aku bersahur kat asrama.. -.-'


tapi! time aku form 4.. bulan puasa jatuh waktu kami exam.. sekali dengan study week la kan.. lepas moreh jah, aku ngan kawan kawan aku, berangkut bantal ngan buku buku sekalian ke bilik prep.. tapi bukan study pown kami, tidoq! pas tidoq sat, baru la kami bangun study.. waktu study tuu, asyik tengok jam jah, nak bersahur kat dewan makan!


bila da sampai jah waktu untuk sahur, cepat cepat kami ke dewan makan.. sampaikan ada satu arie tuu, kami p dewan makan, pekerja pown tak bangun tidoq g.. untuk tak menampakkan kegelojohan kami, kami pown bwat bwat la dok gayot kat public phone kat dewan makan tuu.. sambil mata dok jeling kat dalam dewan makan!


bila da sahur tuu pulak, bila ada jah junior kew kawan kawan yang baru nak amik makan, kami pown mula la jerit, soh depa tolong amik nasik lebih kew, lauk lebih kew.. sebab memang da tau, depa bukan nak makan banyak pown! HAHAHA

ok la, aku rasa cam tak lambat sangat kowt kan aku nak bwat wish.. heeeeeeeeee...




Thanks 4 reading this entry..! :)

3 Comments:

  1. apik pehe said...
    hehehe..selamat berpuasa yer
    scha al ahmad said...
    slmt bposa jgk!
    :)
    apik pehe said...
    hehehe..jom pegi beli makanan kat bazar

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...