BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Wednesday, December 28, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

here i am again..

macam biasak, asal stadi week je ak banyak update blog.. macam takde keja laen nak bwat.. padahal, da nama  pown stadi week, harusla stadi.. erk

semalam, after subuh, baru la aku tido.. sumanya gara gara menyiapkan asgmt tertunggak.. tertunggak? takla sangat.. erk

stadi week kali nie macam thriller laaa.. dengan pulun nak bwat asgmt, stadi plak tak lama.. tapi, kelas aku semester nie abiz awal tau.. its great!

3 dan 4 januari nanti adalah dua arie paper yang paling scary muvi weyh.. serius tak tipu..

chemical reaction engineering --> dalam kelas macam paham je apa yang lecturer ajar *bila bwat latihan laaa* tapi, bila dapat asgmt, atau bwat past year questions, test kew, susa gila even nak extract information.. entah kenapa aku nie

separation processes --> nie pown subjek scary muvi jugakk.. paham tuu paham, tapi kadang kadang rasa cam susa je soklan test.. belit belit sangat la.. erk

dua subjek thriller.. exam nanti open book.. open book = susah! erk

ok, times up.. aku nak sambung bwat asgmt laaa... heeeeeeeeee

okbai

Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, December 26, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

tadi, cam biasak, aku ada unplanned program ngan kawan kawan aku nie.. kami p tengok SHERLOCK HOLMES.. erk

keseluruhannya, cerita nie not bad laaa.. ada jugak sense of humor, walaupon investigation punya muvie kan.. tapi, agak buhsan sejujurnya.. yelaaaaa, perjalanan cerita agak slow, sampaikan ada sorang mamat nie boleh pulak terlena lam panggung.. da la SHERLOCK HOLMES.. kalau cerita tettettet yela jugak..

tapi kaan tapi kaan .. bukan tuu yang aku nak cerita.. aku nak cerita pasal kehilangan abang ashkar aku..

dalam kekusyukkan aku dok ngata ngata kat mamat yang tido tuuu, boleh pulaaaak aku tak sedar yang aku tertinggal abang ashkar.. da sampai kat kereta, baru la sebok nak check.. da tuu, kalot la larik balik kat cinema ngan inas..

masok masok hall tuu, everything was cleared.. erk

da la waktu tuu, kami dorang pompuan.. pekerja cinema tuu pown dorang jugak, lelaki.. aku macam da kecut perut jugaaak laa.. last last inas ajak kuar, mujur..

entah ke mana pekerja dorang tuu p, aku ngan inas menyelongkar tong sampah yang berdekatan.. bukan tong sampah itam or besi yang biasak ada kat mall tuu.. tong sampah hijau yang ada banyak plastik itam yang ada sampah sampah sekalian.. erk

tiba tiba muncul la balik mamat pekerja dorang tuu.. dok soal siasat aku, kalau abang askar tuu ilang macam mana? harusla aku muka panik, taktau camna nak teruskan idop.. siap explain lagikla rupa abang ashkar.. tapi, tak cakap pulak dia tuu ashkar.. erk

'patung macam nie kew?' mamat tuu tunjuk abang ashkar..

aku pown amik laaa abang ashkar dengan issssssssssssssssssssssssssssssssshk yang sangat panjang... boleh pulak dia maen maen ngan aku... grrrrrrrrr

sebelum balik. harusla aku basuh tangan dulu... eeeeeeeeee tangan selongkar sampah! erk

waktu aku berselisih ngan mamat mamat tuu, lupa nak ucap terima kasih, waktu amik tuu pown tak ucap jugak.. sebab dia blah camtuu je..

so, sekarang nie aku nak ucap, T E R I M A  K A S I H ! ! !

klu takde abang ashkar, takde la aku nak masok bilik..

abang ashkar yang dicintai..
okbai!

Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, December 9, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

sejak aku masok UTM nie, aku boleh dikatakan agak bergiat aktif laaaa.. ada la beberapa program yang aku juin dan kadang kadang aku memegang jawatan.. aku pernah jadik setiausaha unit, setiausaha program, pengarah program pown.. so, kadang kadang aku boleh tarik nafas lega dengan pengalaman yang aku ada.. sebab aku tau aku boleh bwat keja..

YOU CAN DO IT ! ! !

bila aku diamanahkan untuk memegang sesuatu amanah tuu, aku akan rasa aku bertanggungjawab penuh terhadap sesuatu tuu.. seolah olah kalau aku tak bwat keja, suma keja orang tak jalan.. harus la rasa camtuu kan, baru laaa aku mampu bwat keja dengan baek..

tapi, tak suma orang bwat keja cam kita bwat.. sesetengahnya teringin nak memegang jawatan.. sesetengahnya teringin rasa arahannya diterima dan diikuti.. tapi, kejanya takde la seperti yang kita harapkan..

bila penah bekerja dalam satu organisasi yang lebih besar dengan orang orang yang lebih berpengalaman, kita akan banyak belajar.. lepas tuu, klu kita bekerja pulak dalam satu organisasi yang sebaliknya, kita akan mula rasa tak selesa.. tambah tambah pulak, kalau kita hanyala seperti melukut di tepi gantang.. nak tegur, orang kata kita besar kepala, gila kuasa.. bwat bodo, orang kata kita taknak bwat keja laen, penting diri sendiri.. ditambah pulak kalau kita perempuan.. erk

da tu, nak bwat apa? diam saja la..

zip mulut, jangan cakap apa apa..

itula apa yang aku rasa.. maaf, aku da takde semangat..

okbai!

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, December 6, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

setelah sekian lama aku tak update blog, tiba tiba rasa nak bwat entry pulok.. erk

tadi aku makan dominos ngan aena, akim, inas, dan giant.. today is his birthday, so kununnya ada a very simple celebration la kaaaaan.. padahal nak bukak posa! :p

guna kupon untok dapatkan harga yang lebih murah! :D

buku aku da tertinggal kat bilik shrek sekali ngan pencil case sekali, so sekarang nie aku tengah blurr, tak tau nak bwat apa.. i suppose to study or do some assignments, tapi there is no stationery at all.. erk

padan la ngan muka aku.. waktu shrek tak tido, boleh pulak aku tido kan.. T.T
padan muka kat orang yang banyak tido!

da lama tak update blog, bukan bermaksud kehidupan aku getting bored... banyak sangat benda yang jadik lam idop aku, suka duka.. tapi seems like yang duka tuu lagik banyak, so kena la pegang kat ikrar kesatria yang keenam, MEMEGANG RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT KETATNYA

tambah tambah when it relates to others' life.. kan kan kan ? ? ?

kadang kadang aku sangat jeles dengan orang yang sangat boleh bercerita tentang kehidupan peribadi dia dengan secara terbuka.. tak kira la kat facebook atau blog.. aku? ternyata tak boleh.. mungkin kehidupan aku terlalu berkait rapat dengan kehidupan orang yang harus dirahsiakan?


bila sedih, marah, post kat facebook... suatu masa dulu, aku macam tuu.. sikit sikit nak post kat facebook.. tapi, aku terfikir, apa ke faedahnya aku post suma nie kat facebook? ada kew orang nak amik kisah? ada kew orang nak baca?

kadang kadang tuu aku lupa diri jugak, bila aku betul betul marah dengan sumone, aku akan post kat facebook.. waktu tuu, aku rasa nak biar orang yang aku marah tuu baca status aku.. dan mungkin jugak aku nak orang simpati dengan aku? erk

lepas aku da sedar diri, aku akan cepat cepat delete status tuu.. hahaha.. cam kelakar, tak matang langsung.. erk

so, aku sebenarnya lebih suka post kemarahan aku kat twitter atau blog.. sebab aku rasa takde orang nak baca pown apa yang aku tulis.. takde orang nak amik tau pown.. tapi, blog seems to be so public, terus aku taknak update da.. hahaha

aku rasa aku da lama da bwat blog nie, tapi entry aku still macam ntah hapa hapa jugak.. erk

takpe la, aku tau tak ramai yang baca blog aku, so biarla aku merepek sorang sorang kat sini eh.. erk

okbai!

Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, October 20, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


disebabkan kebelakangan nie aku asyik nak marah marah, asyik sakit atie je, aku pown search la kat google, cara nak kawal kemarahan dan tingkatkan kesabaran nie..
muga muga entry nie, bukan sahaja bagi kebaikan kat aku, tapi kepada orang laen jugak..
klu suma orang bersabar dan bleh kawal kemarahan, this world will be a better place for us kan? :)




DOA HILANGKAN KEMARAHAN




A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”
utk doa tingkat kesabaran, boleh klik sini..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


semalam aku rasa sakit atie sangat sangat..
aku tak suka bila orang blame aku untuk kesalahan yang bukan milik aku..
tambah tambah pulak, orang tuu adalah orang yang da banyak kali sakitkan atie aku, dan kawan kawan..
arie nie aku rasa sakit atie lagik..


kenapa la aku asyik sakit atie je kebelakangan nie..
adakah atie aku da semakin parah sebab selalu disakiti?
muga muga nya tak la..
Nabi Muhammad lagi banyak disakiti, tapi, baginda sabar je..
kan besh kalau aku boleh jadi camtuu?


Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, September 30, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

puyyoh... lama la gila kan aku tak update blog..
bukan apa, masuk masuk sem jah, aku da mula busy dengan festival konvokesyen UTM nie.. 
busy tuu takda la nak busy macam dulu sebab kali nie aku cuma s.u unit pengangkutan dan penginapan.. 
tak macam dulu, aku s.u unit aktiviti dan pertandingan..
mesteyla dulu lagik banyak surat yang aku kuaqkan daripada sekarang kan?

tapi, pressurenya tetap ada beb..
jangan nak kata la kan, da bwat keja wajib ada pressure, sebab kita akan bekerja dengan orang, bukannya mesin atau barang barang yang tak banyak kerenahnya..
masuk unit nie baru la aku sedar susahnya jabatan teknikal nie nak berurusan dengan jabatan aktiviti..
masalah informasi las minute, orang yang susa nak bagi respon memang sangat sangat la melambatkan keja..

pastu, bila aku tengok pulak budak budak aktiviti nie bwat keja, mula la macam macam aku tak puas atie..
almaklumla, aku penah bwat apa yang depa bwat dulu, mesteyla ada yang tak kena ngan mata aku..
tambah tambah pulak depa nie kurang bertanya..
biasakla tuu kan, manusia nie macam macam peel..

apa apa pown, masok festival konvo nie memang cam dadah la jugak kan.. akan addicted!
rasa cam nak masok lagik la! HAHAHA
tak serik serik kan?
tapi, mungkin aku patot masok jabatan pengurusan pulak..
barula sempurna! :)

camna camna pown, jabatan teknikal aku nie memang roxx!
tak sia sia la aku juin jabatan teknikal kan..
rasa cam famili gilak!
besh sket daripada masa aku jadik s.u aktiviti..
mungkin waktu tuu aku cam malu malu lagi kan.. :p

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, September 11, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

new semester is around the corner.. ahahaha.. tiba tiba kan teringat iklan bumiputra commerce waktu kecik kecik dulu.. da besaq da pown sekarang nie.. adooooi.. -.-'

result aku sem lepas tak cantek lagi.. kadang kadang rasa cam nak bunuh diri ja sebelum sambong semester.. baru la aku tau apa itu penyesalan.. -.-'

5hb september aku da sampai utm da.. da gerak keja pesta konvo.. yup, itula dia! aku juin pesta konvo lagik.. tapi, tak macam dulu, peranan aku lam pesta konvo nie tak besaq.. mungkin orang pown takkan perasan kewujudan aku.. :p tapi, tak kisah la kan.. sebab aku nak juin jah pesta konvo, tapi takmo busy busy sangat.. ok la tuu.. 

semester nie aku stay kat bilik single.. aku nak cuba start a new life lah.. nak try different thing.. mana la nak tau, aku dapat pengalaman dan cara hidup yang lebih berbeza kan? mana tau lebih baek? ya la, memang tuu la yang aku nak sebenaqnya.. insyaALLAH, aku akan cuba perbaiki diri aku yang dulu..

tahun nie, selaen daripada bergelar mahasiswa tahun tiga, aku jugak senior lam palapes beb! pergggggh.. kalau sebot senior jah, lam kepala otak orang mestila MANTAP sedangkan aku bukanla begitu.. -.-' tapi, takpa la kan.. camna camna pown, aku akan hadapi pa yang budak budak skuad aku akan hadapi.. so, kena jadik MANTAP jugak la.. tak lama lagik da nak tauliah da..

wuhoooooooo.. doakan aku sukses weyh.. da nak grad da nie, pointer kena cantek, aktiviti pown nak aktif!


Thanks 4 reading this entry..! :)

Wednesday, August 24, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


a very quick update! kena cepat nie.. 24 ogos da nak abish da..


bangun bangun tido tadi, aku macam tertanya tanya jugak, arie nie bapa arie bulan eh? terus capai handphone, tengok screen.. 'oh, 24hb..' rasa cam ada sesuatu.. 'oh, bday hazie kowt.. bulan lepas.. so, kiranya xde papa la..' terus aku beralih..


tiba tiba waktu aku bukak facebook, ramai nau post kat wall syakima nie.. 'owh, besday dia! patotla rasa cam ada sumting..' tapi, hati terasa macam malas nak wish.. aku like status dia yang wish thanks kat orang orang yang wish dia jah.. HAHAHA *kawan tak guna*


meh nak stori sket pasai minah nie.. 


dia nie sememangnya seorang kawan yang baek.. serius tak tipu! aku boleh mula mula baek dengan dia, betul betul baek dengan dia sebab aku dianiaya kawan senirik, ditinggalkan secara dahsat kowt.. naseb ada dia! dia yang selamatkan aku yang terkontang kanting waktu tuu..


dan kawan yang da aniaya aku tuu, walaupown tanpa dia dan dia, aku masih boleh tersenyum bahagia sebab adanya syakima dan kawan kawan kawan kawan rapat aku yang laen kat utm.. ya, ALLAH itu maha mengetahui.. DIA hanya berikan yang terbaek untuk kita.. 


setahun aku ber'rumate' dengan dia.. kadang kadang kami agak berbeza, tapi aku rasa kami serasi.. sebab apa? sebab kami mampu menolak keburukan masing masing dan menerima kebaekan yang ada.. ya la, da tentu kan setiap orang ada baek dan burok.. kalau kita asyik menilai yang burok, maka burok la orang tuu di mata kita..


aku dengan dia pernah bergado.. tapi, kami tak mengeluarkan ayat ayat yang kasar.. kami tak meninggi suara secara melampau.. kami hanya mendiamkan diri.. tak lama lepas tuu, kami akan gelak balik.. fun tak hidup camni?


aku dengan dia tak pernah berkira pasal dwet.. kadang kadang dia keluarkan dwet, kadang kadang aku.. makanan pown tak pernah berkira.. selalu jah kami berkongsi makanan dan minuman.. kat cafe pown kami tak malu tau!


macam kawan kawan rapat aku yang laen, dia simpan lebih kurang 80% rahsia aku.. tapi, dia kadang kadang macam tau suma perkara pasal aku.. mungkin dia nie spesis yang mudah memahami.. bagusla, sebab aku pown kadang kadang tak paham diri aku.. :)


masok semester baru nie, aku ngan dia da tak jadik rumate lagi.. mula mula dia ada berura ura nak bilik single.. alih alih, aku yang suarakan nak stay single.. aku pikir pikir bila lagik nak stay single? sebab da stay k11 nie memang kami ada kelebihan nak pilih bilik.. budak palapes la katakan..


so, syakima.. 


happy besday to you! 


may ALLAH bless you!


semuga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi setiap saat hidup!


i love you yesterday, tomorrow and forever! 




Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, August 22, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


antara banyak banyak asmaul husna kan, aku paling suka yang nie.. 
besh sangat sangat sangat..
aku da tengok kat astro oasis satu arie tuu, terus jatuh cinta..
cuba la korang dengar..
sangat sayu!



so, camna? korang suka?
atau korang suka yang laen?
kongsi la! :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


wuhoooo... bersarang suda blog aku nie.. blog yang sememangnya tak ramai yang datang, makin ramai la yang tak datang eh? HAHAHA
entahla aku nie.. agak malas nak update blog kebelakangan nie, sedangkan ada jah idea yang aku nak update.. 


okay, sekarang aku nak berkongsi sket pasai satu ilmu yang baru aku dapat 3 4 hari yang lepas lam satu tazkirah nie.. korang mungkin da tau da, tapi aku tetap nak share jugak.. entry nie pown sebenarnya satu peringatan untuk diri aku jugak.. at least, bila aku tengok balik entry nie, aku tak mudah lupa..


anyway, korang tau tak sebenarnya hidayah nie terbahagi kepada 4?

PERTAMA : HIDAYAH AL WIJDAN AT-TABIE - hidayah nie adalah petunjuk yang kita dapat sejak lahir dan sememangnya ia sangat berkait rapat dengan sifat semulajadi seorang manusia.. sebagai contoh yang sangat mudah, anak yang baru lahir.. sapa agak agaknya yang ajar dia untuk berjalan, bercakap dan laen laen? da tentu la ada petunjuk yang dia dapat.. hidayah al wijdan at tabie la tuu..

KEDUA : HIDAYAH AL HAWAS - hidayah nie pulak petunjuk pancaindera kita yang lima tuu.. kalau kita tak dapat petunjuk nie, macam macam yang benda bahaya yang kita boleh dapat.. contohnya, kebakaran.. kalau kita tak nampak api, tak dapat dengar jeritan orang pasal kebakaran, tak dapat rasa bahang api, tak dapat bau asap, camna kita nak selamatkan diri *aku tak bagi contoh untuk lidah eh? heeeeee*.. ye tak?

KETIGA : PETUNJUK AL AQAL - okay, petunjuk nie mudah.. kalau kita takda akal, kita tak boleh berfikir dengan waras.. walau apa jua keputusan yang kita bwat, tak boleh nak amik kira langsung..

KEEMPAT : HIDAYAH AD-DIN - hidayah nie adalah hidayah keagamaan, dan terbahagi pulak kepada dua, iaitu hidayah dilalah dan hidayah taufik.. hidayah dilalah nie petunjuk ilmu yang ada dalam al-Quran, sementara hidayah taufik nie pulak adalah kesanggupan dan kemahuan untuk melakukan perintah ALLAH untuk ke syurga dan keberkatan di dunia..

okay, cuba kita renung balik diri kita.. adakah kita punya keempat empat hidayah tuu? kebanyakan orang Islam kat Malaysia nie ada hampir kesemua hidayah nie kecuali hidayah taufik.. yup, hidayah taufik la yang kita carik carik selama nie..

kalau korang baca kat sini, aku penah cakap yang hidayah nie kena carik, kena usaha.. haaaaaaaa hidayah taufik la tuu.. 4 hidayah ALLAH da berikan kepada kita free free jah, takkan suma pown nak percuma.. kan? kalau korang pown, asyik bagi hadiah je kat orang, kadang kadang korang pown teringin nak hadiah jugak kan? kan?


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


okay, sekarang cuba korang baca ayat keenam.. korang penah perasan tak yang kita sedang meminta petunjuk daripada ALLAH setiapkali kita baca al Fatihah


cuba bayangkan, 17 kali kita baca al Fatihah dalam sehari.. betapa ALLAH membuka jalan untuk kita sentiasa meminta petunjukNYA..


aku rasa kan, sebab tuu la SOLAT TIANG AGAMA..


kalau kita lupa solat, tak mustahil kita boleh lupa nak mintak petunjuk ALLAH kan?


cuba bayangkan lagik, kita sangat busy dalam satu temph dengan assignment yang bertimbun, kuiz, test yang tak putus putus, tapi kita tetap tak tinggal solat.. sekurang kurangnya, kita tak lupa nak mintak petunjuk kan?


dapat bayangkan tak hidup kita tanpa petunjuk?


credited to :

p/s : jum sama sama kita perbaiki bacaan al Fatihah kita.. :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 16, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera




arie nie aku ngan mama solat kat saf belakang *ada dua saf jah :p*.. bila masok jah rakaat ke9 solat tarawikh arie nie, ada yang keluar.. so, saf da jadik lubang lubang da.. last last saf ke2 nie merapat ke sebelah kiri.. adoooooooooi.. aku pown da mula pening da.. setau aku, saf start dari tengah.. tapi, tiba tiba aku tak pasti pulak...

kalau menurut mama, makcik2 nie cakap perempuan kena rapat sebelah kiri.. betul kew eh?

aku da google berkenaan masalah nie.. malangnya, aku tak pasti pulak ustaz yang bercakap tuu bertumpu pada makmum lelaki saja kew atau dua dua sekali.. tapi, aku pown da tanya la jugak kat ustaz ustaz yang menulis kat blog tuu..

tapi, aku tak pasti, bila aku boleh dapat respond daripada diorang.. so, korang tau tak sebenaqnya saf start dari mana?



p/s : dan kalau betul la saf start dar tengah kan, camna eh aku nak cakap kat makcik2 nie? -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


*ini entry emosi*


aku baru lepas tengok result tahun 2 semester 3.. ya, semester 3.. arie tuu aku da amik satu subjek nie.. aku ulang gred.. sesaja ja nak repair gred, mana la nak tau, gred aku boleh bertambah baek.. tapi, seribu penyesalan.. mungkin aku patot belajar bersyukur dengan apa yang aku ada, dan teruskan hidup.. result yang aku dapat untuk subjek tuu, sama dengan result sebelum nie.. ya ALLAH, terasa ruginya! beratus ratus wang aku da habiskan untuk ulang subjek tuu.. tak terkira penat lelah aku jugak untuk mengulang subjek tuu..


astaghfirullah.. cukupla ngan dosa yang aku bwat nie.. SYA, sila belajar untuk bersyukur!


p/s : pfffffffffffffffffft..! *zip mulut*

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, August 14, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


lepas puding roti kukus dan simplicious pizza, aku bwat murtabak maggi pulak.. heeeeeeeeee...tak banyak benda yang aku nak berceloteh untuk bwat masakan nie.. cumanya, aku banyak la bising kat mama.. sebab aku sendiri tak pasti rupa murtabak maggi nie sebelum masak.. :D
BAHAN BAHAN
2 paket maggi kari
4 biji telur
garam
bawang putih
bawang besar
perencah maggi
cara nak masak nie mudah jah.. maggi tuu mula mula celur dan tapis siap siap, pastu pukul telur dengan garam, bawang putih, bawang besar, perencah maggi dan garam.. pastuu gaul adunan ngan maggi yang da celur tadi, dan goreng macam telur dadar.. SIAP! :)


ok, gambar aku tak cantek..
ini basic je nih.. kalau korang nak sedap lagi, boleh tambah macam macam.. hotdog, daging, ayam.. aku waktu tuu da agak lambat nak masa.. tak terfikir langsung nak masokkan hotdog.. abiz la kurang sedap murtabak maggi aku.. -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 13, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


tadi, waktu aku blogwalking, kat blog nie, aku da terjumpa satu video yang sangat menyayat hati.. serius aku rasa sapa yang tengok video nie mestey nangis.. mestey akan timbul rasa keinsafan dalam hati.. wardina dalam nie bercerita pasal perubahan yang dia alami..


ayat dia yang paling aku suka adalah macam yang ada kat tajuk tuu laa.. korang tengok la sampai habis tau.. semuga kita sama sama mendapat keberkatan daripadanya.. insyaALLAH



Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


kat entry nie, aku da janji nak bwat entry pasai cubaan aku untuk masak *baget cam orang dok tunggu sangat*.. so, sekarang aku nak cerita la nie.. hehehe..


engat tak aku pernah cerita pasal cubaan aku untuk bwat puding roti kukus? ok, itu cubaan pertama.. lepas tuu, aku bwat simplicious pizza pulak.. perkataan simplicious tuu diambil daripada perkataan simple dan delicious.. aku amik resipi pizza nie daripada blog liyana lunia nie..


tau tak? waktu aku nak bwat pizza nie, perit jugak oooo.. tiba tiba kan cheese ada dua keping jah.. cheesedale tuuu.. haaaaaaaaa.. tuu menunjukkan satu kebijaksaan aku jugak tuu.. ada kew orang guna cheese keping keping tuu bwat pizza? aku siap potong halus halus lagi.. konon nak bagi cheese tuu mudah cair.. -.-'


pastu, nak dijadikan cerita, aku ngan mama punya la semangat nak makan pizza tuu panas panas, lam 7.15pm tuu, baru la aku stat oven.. arie tuu, waktu berbuka 7.35pm, amik masa lam 15-20minit jah nak masak tuu.. tiba tiba shot karen! adoyai.. terus tak boleh nak bakar.. aku apa lagi, mengamok la.. waktu tuu, mama soh biaq jah pizza tuu lam oven yang menyebabkan shot tuu.. katanya da panas.. aku mestey la takmo! terus merajok..


alih alih, mama hidupkan api kat oven lama kami dan soh aku pindahkan pizza tuu.. malangnya, oven tuu tak panas sangat.. maka, tak jadik la pizza ak! dengan cheese tak cair.. -.-'


ok ok, da abiz da stori.. sekarang kita berbalik kepada resipi.. walaupown pizza aku tak jadi, tapi sedap tau.. korang boleh try jugak! ^.^


BAHAN-BAHAN
roti gardenia

sos cili (aku guna LIFE)

mayonis

bawang besar

cili (aku guna cili padi ngan cili merah)

topup untuk pizza (cam aku guna hotdog+cendawan)

cheese
bahan bahan untuk simplicious pizza
LANGKAH-LANGKAH
1. sapu sos cili kat atas roti, kemudian mayonis..
2. susun bawang besar, cili, dan topup pizza yang sumanya da dipotong.. pastuu, baru letakkan keju yang da disagat halus..
3. masukkan lam oven, 180 degree selama lam 15-20 minit.. asalkan cheese tuu cair, kira da berjaya la tuu.. kalau nak lagi garing, bakar la lagi lama..
tengokla pizza aku yang tak jadik.. sedih tak?
haaaaaaaaaaaaaaaaaa.. da siap da! mudah kan? try la pulak kat umah!

kalau piza yang orang selalu bwat, dia guna sos spageti, tapi guna sos cili pown ok, da pedas da.. kalau nak ala2 masam sket, campor la ngan sos tomato.. :)

p/s : dugaan gilerr aku nak belajar masak nie! -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


*ini entry emosi, tak baca pown takpa.. heeeeeeee*


tadi kan, tiba tiba hati aku tergerak la nak tengok aimsweb (website utm yang da info student blablabla)... saja nak tengok kat status kewangan tuu.. kowt yuran bertambah, berkurang.. tak pown kowt dwet da masok kan, bleh la aku guna sket untuk belanja raya nie.. heeeeeeeeeeee..

guess what? yuran aku untuk sem depan RM2,083.. tergamam la aku jap kan.. dari posisi meniarap, terus aku bangun.. aku berfikir, camna la kan aku sem depan.. memang tak dapat dinafikan la kan yang aku nie boros sket orangnya.. tapi, bila fikir fikir balik aku ada hutang nak jelas sem depan jugak.. takmo la aku hutang lama lama.. nie suma gara gara sepanjang aku stay kat utm waktu cuti, dwet tak ckop.. padanla muka, tak reti nak berjimat cermat...! -.-'



pastu, aku da janji jugak ngan sorang kawan nie, nak tolong dia lam perbelanjaan kat u nanti.. sebab, dia tak dapat bantuan kewangan.. dan aku pulak macam ada dwet lebih kan.. lagipown, daripada aku berjoli tak tentu pasal, baek aku bagi member aku..

takpa la.. papa pown, aku tetap kena hadapi suma nie.. insyaALLAH aku mampu hadapi! heeeeeeeee..

p/s : kadang kadang rasa cam takda kawan nak bercerita.. blog la jadik kawan untuk bercerita.. bukan apa, malas nak sesakkan otak member dengan masalah emosi aku nie.. :'(

Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, August 12, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


tadi aku ada baca kat blog kereta mayat nie.. dia bercerita pasal hati yang gelisah.. ada sorang kawan dia nie hati gelisah sangat sangat sampai berhabiss duit jumpa bomoh.. kata bomoh tuu, dia kena buatan orang.. tapi, bila dia jumpa hamka (owner kereta mayat), katanya kawan dia berhati gelisah sebab dia da nak dapat hidayah..




korang pernah dengaq fakta nie?


masyaALLAH.. terdiam jugak aku baca ayat ayat hamka nie.. katanya, hidayah tuu nak masok dalam diri kita, tapi, disebabkan dalam diri kita banyak penyakit hati contohnya cam hati yang cintakan dunia, hati pown jadik gelisah.. dan kita kena la bijak menangani kegelisahan tuu..
hati akan berasa tenang bila kita sentiasa mengingati ALLAH
sesetengah orang, bila hatinya kacau bilau, dia suka berfoya foya dengan kawan kawan.. pastu, dia akan mula lupakan masalah waktu gembira.. dia mula la fikir, cara tuu akan bwat dia rasa tenang.. betul kew?


bila dia memilih jalan yang salah, penyakit hati dia akan jadik semakin parah dan akhirnya hidayah tuu akan pergi macam tuu je tanpa sempat menjengah lama lam diri dia.. kan da rugi tuu?


kalau dia amik keputusan untuk beribadat kepada ALLAH, sekurang kurangnya penyakit hati dia akan berkurang, dan hidayah tuu tadi boleh menjengah diri dia.. macam mana kalau hidayah tuu terus menetap kat situ.. kan besh?


hidayah ALLAH akan datang pada orang yang terpilih.. ya, memang betul tuu.. tapi, kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan hidayah ALLAH.. sesetengah orang suka menyalahkan hidayah bila dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH yang bertakwa..


'aku tak dapat hidayah lagik, sebab tuu la aku tak pakai tudung lagik..'


'nanti aku dapat hidayah, aku sembahyang la..'

patot kew?

astaghfirullah al azim..

sama sama la kita berdoa kepada ALLAH agar kita adalah golongan terpilih untuk menerima hidayahNYA..

p/s : lawatla blog kereta mayat nie.. banyak info info yang berguna..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

adoooooi la.. post aku semalam yang pasai poligami tuu kenapa tak boleh nak komen eh?

lagik satu, aku search la pasai nak customize blog aku nie kat google.. tapi bila dia soh find a few codes, kat html aku nie mestey takda.. 

kenapa eh? 

setting blogger suma tak sama eh?


please answer me.. huhuhu.. 
Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, August 11, 2011

RELA DIMADUKAN?

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

*entry mungkin agak jiwang*
tiba tiba aku teringat drama bersiri Nur Alia tadi.. ada satu part yang agak menarik.. scene isteri Fendi *aku lupa nama dia* p jumpa mak Qas untuk mintak dorang dikahwinkan.. dia sanggop dimadukan daripada biaq suami dia bergelumang dengan dosa.. bgos kan dia?
waktu aku awal awal masok matriks, lecturer english aku penah tanya kat kami pasai pandangan poligami.. 

'saya tak kisah kalau suami saya nak kawin laen, tapi ceraikan saya dan anak anak saya yang jaga!'

tekad tak aku? HAHAHA boleh pulak aku jawab macam tuu depan the world class.. pas balik kelas tuu, bila pikir pikir balik, memang aku malu nak mati la kan.. mujurla budak budak kelas aku tuu, perempuan mahupown lelaki bukan nak bwat mulot becok sangat ngan aku.. kalau tak, ada jugak aku p kelas pkai beg kertas kat muka.. -.-'

tapi, tuu pandangan aku waktu aku berusia lam 18 tahun.. waktu tuu, memang aku ada pandangan yang sangat negatif kat laki.. dan aku sebenaqnya tak boleh nak terima poligami.. sebab tuu la aku terus mintak cerai jah.. kalau aku tak bagi kawin sampai ke sudah pown, dia da tak sayang aku..

sekarang nie, aku da macam matang la sket kan.. umor pown da bertambah beberapa angka da.. pandangan aku pown da berbeza da sekarang nie.. aku da tak kisah ngan poligami.. tambah tambah pulak, perempuan sekarang da ramai sangat berbanding lelaki.. kalau aku kawin, mungkin da yang tak dapat kawin.. kan? tapi, biar la aku jadik yang pertama bukan yang kedua.. aku takmo jadik yang perampas, sebab aku tau sakitnya..

kadang kadang aku terpikir, kalau takda poligami, ada kemungkinan maksiat makin menjadi jadi.. ya la, kan ramai perempuan yang tak kawin.. korang ada terpikir tak?

aku terpikir jugak, kalau orang yang aku sayang boleh terima poligami dengan tabah, kenapa tidak aku? aku nak jadik cam orang tuu.. sentiasa tabah lam hadapi dunia nie.. :)
orang yang sabar dan tabah itu sentiasa diberi ganjaran di akhirat nanti
p/s : tapi aku tetap mengharapkan suami yang setia! :p

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

bulan Ramadhan nie sebenaqnya adalah masa yang sangat seswai untuk orang orang macam aku belajar masak..
orang orang macam aku? 
macam mana tuu?
1. tak pandai masak
2. jarang ada kat umah
heeeeeeeeeeeeee... gila pengakuan berani mati! dush dush dush!


kalau kat utm, aku nak pegang alat alat, bahan bahan masak nie pown waktu training palapes ja la --) fittick! time fittick nie beberapa orang kadet kena tolong stap kat dapur untuk masak.. tak kira la pompuan kew, laki kew kena tolong jugak! tapi, waktu nie besh tau.. sebab kadang kadang waktu nie boleh jadik waktu maen.. tapi, aku tak suka fittick sangat.. sebab... aku tak pandai bab bab nie.. lagipown, kadang kadang aku rasa rugi bila kawan kawan da belajar, tapi aku pulak skip klas untuk fittick.. *baget!*


ok ok.. stop untuk cerita pasal palapes..


aku nak bermegah sket nie.. kalau korang nak tau, sepanjang Ramadhan nie, aku da bwat puding roti kukus, simplicous pizza, murtabak maggi dan bubur somsom *aku tak bwat banyak untuk bubur somsom nie*.. ok la tuu kan? heeeeeee.. ok ok, tak hebat mana pown.. -.-'

suma nie bukan aku yang bwat.. curik dari mr google! :D




sebenaqnya, aku nak bwat entry pasal masakan masakan yang aku try nie.. tapi, pic tak boleh upload pulak, so, nanti nantila aku bwat entry tuu eh? *baget cam orang nak baca sangat*


aku pecaya, ramai gila budak budak kat luar tuu macam aku kan? masing masing sebok la bukak internet carik resepi untuk try.. btoi tak? btoi tak? better korang ngaku.. berdosa tau tipu bulan Ramadhan nie.. haaaaaaaa...


jum la, selaen amik banyak banyak keberkatan daripada bulan Ramadhan nie, kita amik kesempatan yang ada.. contohnya, waktu nie la, kita boleh spend time banyak banyak banyak ngan family.. selalu busy ja kan? sekarang sahur, berbuka puasa, sembahyang terawih pown da boleh sama sama ngan family.. besh kan? :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 9, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

pagi pagi hari nie, macam biasak aku berblogwalking la ke blog blog yang aku follow.. pastuu, aku tertarik ngan tajuk entry si carl samsudin nie.. dia bercerita pasai sorang perempuan nie yang membahasakan diri dia sebagai makcik hajjah sitt al-wuzara.. 


sebelum nie aku memang da baca pasal makcik nie da kat blog sozcyili.. makcik nie dikatakan telah menghina agama Islam secara dasat di facebook, blog dan twitter... dan gaysec cuba membongkar identiti makcik nie.. tapi, tak tau la samada makcik tuu betul betul adalah arlene.. lam blog makcik tuu, dia beria ia kata dia tuu hajjah la islam bagai.. wallahualam..
perempuan yang dikatakan makcik..
tapi, kalau baca blog dia tuu, memang beristighfar jah tak henti henti.. ayat ayat dia memang sangat sangat menghina Islam.. dia turut menghina kerajaan Malaysia, Datuk Najib dan lain lain.. tapi, ada jugak teguran dia berkenaan masyarakat harus diambil berat.. contohnya, perempuan yang bertudung tapi berpakaian ketat..


kesian la jugak kat dia.. tak tau apa motif dia bwat blog tuu.. katanya, dia didelete kat facebook sebab ramai yang report.. tuu yang dia da mula bergerak aktif kat wordpress dan twitter..
gambar lam blog makcik yang menghina Islam
klik sini untuk ke blog.. korang kalau da baca tuu, jangan pula mudah termakan dengan ayat ayat dia..


marila kita sama sama doakan dia.. semuga dia mendapat keampunan dan petunjuk daripada ALLAH.. tambah tambah lam bulan Ramadhan nie pulak.. semuga dosa dia tak bertambah dari hari ke hari.. amin..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...