BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Monday, May 30, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

28 Mei 2011

Hari nie kami (kat PALAPES UTM) da latihan pandu arah atau kata lainnya explorace. Dalam UTM yg sangat besar nie, kami dikehendaki menyelesaikan explorace ini yang mempunyai 4 check point dalam masa yang paling singkat yang termampu oleh kami. Pegawai-pegawai kadet peringkat senior, intermediate dan junior serta leftenan-leftenan muda dibahagikan kepada 10 sindiket. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan kompas, sindiket telah dikurangkan kepada 8 sahaja.

Pagi itu, aku bangun seperti biasa, tidak terlalu lewat, dan tidak terlalu lewat. Semua peralatan yang diperlukan juga telah ak sediakan sebelum aku tidur malam itu. Setelah semua orang siap berbaris di luar bangunan MA1, kami bergerak ke cook house untuk sarapan. Pagi nie kami makan nasi goreng, dan aku makan lebih sedikit daripada biasa, hampir satu senduk.

Tiba-tiba ada orang ingatkan mengenai barang-barang yang perlu dibawa bersama. Malang sekali, aku telah tertinggal rantai disc. Langsung tak teringat ntok pakai bersama semasa pakai baju loreng tadi. Ak berjanji ngan mira ntok sama2 amik barang. Dia tertinggal buku p.o. kononnya nak menghafal nama2 pegawai dan staf. Tapi, hari nie lambat pulak mira habiskan makanannya. Sementara tunggu dia, perut aku da mula memulas.

Akhirnya, mek nur ajak aku ke bilik sama2. Aku sempat pesan kat dia ntok gerak dulu klu da siap amik barang. Aku memang yakin betoi aku akan lambat, sebab nak ke toilet. Lagipon, aku rasa bĂȘte la ak force perot aku ntok keluarkan papa yg patot, at least tak la aku sakit perot masa explorace nanti.

Memang habit aku, asal makan pagi, mestey ke toilet. Dan bila ke toilat, hampir 1 perut dikosongkan, dan mula la aku rasa lapar. Mujur la 1 hari nie aku tak rasa lapar langsung.

Kira-kira 8.15am kami bergerak dari padang kawad PALAPES. Awal-awal nie aku memang bersemangat sungguh, cuma kurangnya mulut aku xbanyak bising. Mungkin kerana rata-rata orang yang dalam kumpulan aku nie pown kurang cakapnya, aku pulak xkenai sangat diorang nie. Perjalanan ke check point pertama kurang menarik kerana kami da tersalah tempat. Agak jauh kami terlajak jalan, tapi waktu tuu semangat aku masih belum luntur, masih membara!

Check point ke2, jaraknya dalam 5km. tapi, bukan jarak yang menjadi persoalan, tapi keadaan muka buminya yang berbukit bukau, sangat menduga aku! Tapi, aku cuba kuatkan diri, sambil memberi sokongan kat wana. Sampaikan ada yang kata, ak sangat bersemangat waktu nie. Sedangkan aku da mula mintak nyawa da pown.

Check point ke3 juga masih berbukit bukau. Kadang kadang kesabaran aku teruji jugak. Tapi, aku tau, walau apa pown yang aku rasa, aku kena habiskan juga explorace nie. Mana mungkin aku biarkan sindiket aku kalah kerana aku? Malah, terngiang ngiang kat telinga aku kata-kata staf azmi untuk tak memalukan peringkat.

Sampai di check point ke3, lama kami beristirehat. Makanan ada disediakan di situ, tapi aku menolak untuk makan. Alasan aku, tak nak perut yang berisi menjadi penghalang untuk aku terus bergerak. Ak hanya minum air yang disediakan, iaitu teh limau suam. Memang sedap! Rasa cam keluar semua angin dalam badan.

Bergerak ke check point 4 agak menyeksakan. Mungkin kerana itu adalah check point yang terakhir. Setiap orang memaksa diri untuk menyelesaikan explorace dengan segera. Hingga ke saat-saat terakhir, kami memecut dengan sepenuh tenaga. Walau pown tenaga hanya la suku daripada nyawa, tapi perlu la disumbangkan untuk pasukan.

Akhirnya, aku berjaya juga sampai di check point terakhir. Perkara terakhir yang aku ingat adalah aku menyerahkan borang explorace tuu kat tuan ammar. Lepas tuu pandangan mata aku gelap.

Bila aku sedar, aku diturunkan daripada pajero ke klinik. Aku pelik. Apa yang da jadik ngan aku nie? Aku seolah olah bermimpi. Berada di padang kawad, dan tiba-tiba aku collapse. Tapi, bila pulak aku kawad? Seingat aku, aku da explorace tadi. Aku buntu. Aku didudukkan kat atas kerusi kat luar klinik. Beberapa orang yang masih aku samar2 mengarahkan aku bangun. Aku yang masih kebingungan cuba memahami situasi yang berlaku. Kemudian aku macam hilang ingatan. Mungkin saja aku pengsan lagi.

Aku sedar lagi bila aku da dalam klinik. Aku nampak da beberapa orang mengelilingi aku. Ada doctor, puan holina, dan aku tak pasti siapa lagi. Pakaian ak telah dilonggarkan. Berkaki ayam, baju loreng dibuka butangnya, tudung ditanggalkan. Sebelum keluar, ak mengancing butang baju perlahan-lahan, kerana aku tak dapat berfikir dengan waras. Sewaktu berjalan keluar klinik juga aku tak dapat berjalan dengan baek.

Masuk sahaja dalam pajero, seseorang turut mengikut aku masuk, puan dayah. Aku terus bertanya situasi sebenar. Katanya, aku pengsan. Tapi, aku langsung tak sedar bila yang aku pengsan. Sungguh aku tak ingat. Sewaktu doctor bertanya samada aku makan pown, aku terlupa samada aku da makan atau tak.

Sampai di cook house, puan dayah mengiringi aku ke meja makan dan meminta junior untuk mengambilkan makanan untuk aku. Dia juga meminta ashabul dan bean yang bertugas untuk fitik pada hari itu untuk menemankan aku makan. Mereka diamanahkan untuk memastikan aku menghabiskan makanan.

Malangnya, makanan tuu terlampau banyak untuk aku. Aku tak mampu nak makan semuanya. Nak makan sikit pown terasa susah sangat. Sedang aku cuba makan, tiba2 aku tak dapat rasa tangan ak. Tangan aku jadik lembik. Malah seluruh badan aku rasa lembik. Aku rasa macam badan aku mengecut! Aku da mula panik. Aku mintak ashabul dan bean panggilkan puan holina untuk suapkan aku. Aku yakin aku terlampau lemah, dan tak de tenaga. Aku yakin aku sangat perlukan makanan.

Permintaan aku yang pertama membuatkan ashabul dan bean tergamam. Langsung tak membuatkan mereka bergerak dari tempat duduk. Aku mengulangi permintaan aku buat kali kedua dengan suara yang lebih kuat. Baru la mereka mula bergerak memanggil puan. Sewaktu tuu aku semakin panik.

Puan holina datang dengan beberapa orang lagi. Aku semakin panik, aku terasa seperti tuu adalah penghujung kepada kehidupan aku. Tambah2 apabila ada beberapa orang yang mula mengajar aku untuk mengucap. Kata2 aku pula jadik semakin sukar untuk dituturkan pada waktu tuu. Aku mula teringat neraka, klu aku tak mampu mengucap dua kalimah syahadah hingga habis. Aku mula teringat mama dan abah kat umah. Apakah perasaan mereka klu aku tak sempat jumpa mereka buat kali terakhir? Da lama sangat aku kat sini. Terlampau banyak masa yang aku luangkan untuk komitmen aku di sini, dengan mengurangkan masa untuk keluarga.

Staf awang meminta aku untuk membuka mata. Pada mulanya, aku rasa agak sukar, tapi aku paksakan diri. Aku juga ingin tau samada aku masih mampu melihat. Alhamdulillah! Aku nampak semua orang yang berada di hadapanku! Puan Holina mula menyuap nasi ke mulutku. Alhamdulillah! Aku masih mampu menikmati makanan itu. Tergesa gesa aku mengunyah makanan yang masuk ke mulut. Aku sangat berharap, tangan aku mampu bergerak lagi.

Setelah beberapa suap, aku rasa lega. Aku da mampu gerakkan tangan aku. Walaupown kurang bertenaga, aku da rasa bersyukur. Akhirnya, aku mintak untuk pulang ke bilik. Bro menemani aku.

Tiba di bilik, otak aku jadik sangat blank. Aku jadik sangat blur. Semua benda kelihatan serba baru di mataku. Suasana dalam bilik seperti tak pernah ku lihat.

Bro mintak aku mandi dulu. Tanpa membantah, aku akur ke bilik mandi dengan ditemaninya. Sedang aku bersedia untuk mandi, sekali lagi aku tak dapat rasakan tanganku. Aku mula panik. Aku menjerit meminta bro membawakan pisang yang kami bawa pulang tadi. Mujurla ada pisang tuu. Sementara tunggu bro, aku cuba bersandar pada dinding. Tapi, aku tak yakin. Aku tak dapat rasa langsung dinding bilik air tuu. Kaki aku yang memijak lantai pown terasa sangat lembik, terlalu lemah untuk menampung badan aku.

Mujurla bro datang tepat pada masanya. Aku memeluknya sambil dia menyuapkan pisang ke mulutku. Kemudian, puan holina dan puan adila datang. Mereka terpaksa mengangkat aku ke bilik kerana aku tak mampu untuk berjalan pown.

Setelah menghabiskan semua pisang yang ada, aku rasa lebih bertenaga. Aku juga mampu berdiri. Tapi, keadaan badan aku sangat tidak memuaskan hati. Aku merasakan badan ak sangat lembik. Entahla, mungkin perasaan aku sahaja.

Untuk satu tempoh masa, ingatan aku seolah-olah hilang. Aku terlupa caranya untuk mengambil wuduk dan solat! Untuk mensyampu rambut, menyabun badan juga aku lupa! Setiap kata-kata yang dituju kepadaku tak dapat diterima dengan baek. Betapa buntunya aku pada waktu tuu.

 Selepas mandi dan solat, aku makan. Pada waktu nie, aku da mampu bercakap dan ketawa dengan baek. Aku mula bertanya keadaan sebelum aku pengsan kepada orang-orang yang berdekatan. Kelakar pulak rasanya apabila mendengar cerita-cerita mereka. Tak sangka aku akan menunjukkan diri aku yang sebenar bila aku panik. Dan orang pulak menyangka aku hysteria kerana tidak pernah melihat aku seperti tuu.. J

Selepas aku makan, aku terus tido. Pada awalnya, aku tak dapat melelapkan mata. Mata aku tak lepas melihat tanganku yang kurasakan lembik. Akhirnya, aku memaksa diri untuk tido. Aku nak turun roll call malam nie!

Sewaktu masa mula menginjak malam, salah seorang daripada skuad aku datang membawakan makanan untuk bro. aku meminta bro makan dulu, kerana aku masih tiada selera untuk makan. Akhirnya sampai ke roll call aku masih tidak makan. Pada fikiranku, pastilah roll call tidak lama seperti biasa. Pastilah ak masih mampu bertahan sehingga malam nanti.

Sebelum roll call bermula, peringkat intermediate telah didenda. Malang sekali aku pada malam itu. Tapi, memandangkan aku berada dalam baris, aku terpaksa melakukan denda yang dikenakan. Terus badan aku terasa lemah kembali.

Mujurlah selepas baris, staf azmi meminta aku keluar baris dan membantunya menyiapkan kerja bersama beberapa orang kadet yang sakit.


29 Mei 2011

Aku dikejutkan bangun subuh oleh mak. Aku cepat2 bangun memandangkan matahari mula menampakkan dirinya. Kemudian, aku sambung tidoku. Aku terasa lebih sihat daripada semalam.

Mak kejutkan lagi untuk sarapan. Pada mulanya aku terasa sangat malas untuk sarapan. Almaklumla, selera makanku masih belum pulih. Tapi, mengenangkan mak yang mungkin akan marah, aku segera bersiap. Malang sekali, kepala ku sakit, aku terasa pening pulak. Ketika itu pown, aku da siap berpakaian. Aku membatalkan niat aku untuk bersarapan, dan meminta mira untuk menemaniku.

Untuk makan tengahari, aku masih tak mampu untuk bergerak. Kepalaku masih terasa pening. Mak memahami keadaanku dan meminta mira untuk menemaniku lagi sementara semua orang bergerak untuk makan. Makanan untuk ku dan mira dibungkuskan.

Tapi, selera makanku masih dalam keadaan yang kurang baek. Aku cuba memaksa diriku untuk memakan sebanyak mungkin nasi. Sambil menonton maharaja lawak, aku menyuap nasi kosong dengn kuah. Sekurang kurangnya ada juga makanan dalam perut aku nie.

Selesai solat, ak tido lagi, kepala aku berdenyut2. Aku tak mampu berdiri dengan baek, pening. Memang banyak aku tido kali nie. Malam nie aku perlu study, untuk test keesokan harinya. Maka, mau tak mau, terpaksalah aku sihatkan diri aku malam nie. Biarlah aku tido petang nie, supaya malam nanti aku sihat untuk study.

30 Mei 2011

Semasa di kelas perut aku da mula berkeroncong. Tapi, tekak aku seolah olah langsung tak nak terima nasi. Aku teringat bihun soto kat gerai CICT tuu. Sedap juga klu aku makan bihun soto kan. Mana tau selera aku akan terbuka nanti. Malangnya, gerai tuu plak yang tak dibuka. Aku hampa.

Kemudian, aku mengajak wana ke RUBY. Selalunya, RUBY ada jual bihun sup. Entah kenapa, tekak aku rasa teringin sangat nak makan makanan bersup nie. Klu dulu, aku langsung tak berselera tengok mira menjamah bihun sup.

Alhamdulillah, aku dapat juga makan makanan yang aku inginkan. Tapi, baru beberapa suap, aku da mula tak lalu nak makan. Perut aku masih lapar, cuma ak tak lalu je. Aku paksakan juga diri untuk menjamah saki baki makanan yang masih separuh hidangan itu. Kasihan wana, terpaksa menunggu aku menghabiskan makanan.

Akhirnya aku berhenti makan, da tak mampu rasanya badan aku nak menerima makanan yang disuap. Sampai je di bilik, aku mulai rasa lapar, tapi aku tiada selera untuk makan. Owh, dugaan! L

p/s : sebarang kesalahan ejaan + tatabahasa harap difahami.. da lama tak de kelas bahasa melayu.. J


typin truthfully by :
Nurul Hazwani Syakirah Ahmad
7525199
PKW Intermediate

p/s 2: salinan daripada assignment daripada staf! :)


Thanks 4 reading this entry..! :) 
 

Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


arie nie (17/05/2011) da second day of my trainin.. 17 days more to go..
I wish i could be stronger day to day, so that i could face the next day confidently..!

PT arie nie ak dapat juin.. tak de masalah yang ak hadapi..
cuma ak agak lemah dengan larian..
dengan beg yang berisi pasir seberat lam 10kg, ak termengah mengah meneruskan larian..
ada kalanya, ak curik curik berjalan.. -.-'

lam PT, banyak senaman pelik pelik yang mungkin orang laen xpenah bwat kami bwat..
untuk nyatakan kat sini, mestey orang laen tak kan paham.. heeee..
setiap senaman tuu da kebaikannya..
sama da nak kuatkan otot tangan, kaki atau perut..
kesimpulannya, setiap otot perlu kuat..
supaya nanti dalam hutan tak terkial kial untuk survive..

after PT adalah latihan kawat kaki..
malangnya, ak ditugaskan untuk fittick..
*fittick = sumtin like rewang masa kenduri*
owh, sdeh!
betapa ak mencintai kawat berbanding fittick..
kenapa?
ak tak pandai sangat kerja kerja memasak nie..
lagi pown, ak tak nak ketinggalan dengan orang laen dalam kawat kaki..
kawat kaki kan asas dalam askar..
ak pulak selalu sangat lupa perintah perintah dalam kawat..

after latihan kawat, kami da kelas senjata LMG..
topik nie da penah diajar sebelum nie, tapi tidak secara menyeluruh..
waktu kelas tuu dulu pown, ak tak de.. sebab ak da pesta konvo kowt..
so, ak cuba tumpukan perhatian lebih sket la, walau pown pada hakikatnya ak sangat la mengantok..
*ak suka mengantok lam klas.. -.-'*

nie la LMG.. kaki LMG tuu dipegang oleh pembantu klu nak tembak kapal terbang..
LMG nie adalah sejenis senjata yang pada umumnya digunakan oleh dua orang..
seorang bertindak sebagai penembak, dan satu lagi adalah pembantu..
masing masing ada tugasnya..
klu dalam kem tahunan dulu, LMG nie digunakan oleh penolong ketua seksen..
ak penah pegang jawatan tuu, ternyata LMG sangat berat..
tapi, LMG da tak digunakan dalam ketenteraan di Malaysia, sebab keberatannya..
unit Wataniah je yang masih gunakan senjata nie..
instead of LMG, askar sekarang guna minimi.. *ak tak pasti mengenai ejaan*

after kelas senjata, kami jadik petani moden plak!
ok, ak tipu..
klu nak diikotkan, waktu petang adalah aktiviti bersukan..
tapi, kami ditugaskan untuk mengemas kawasan sekeliling markas..
ak ditugaskan untuk membersihkan longkang..
kemudian, ak tolong skuad skuad ak yang laen cabut rumput dalam longkang tuu.. :)

ok la, times up!
ak kena tido..
kang tak pasal pasal esok ak pitam! HAHA
esok ak ditugaskan jadik penolong IC..
*ic=ketua*
untuk menggantikan wana yang tak dapat hadir trainin sebab nenek dia kat kampung sakit..
muga muga sumanya dipermudahkan untuk ak esok..
AMIN..

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Monday, May 16, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

this is a very simple entry..
i've been tagged by my sis to juin a segmen..
it has been organised by sumone wif a title 'cikgu'..
lets have a look at her page...!!
terspeaking pulak! -.-'

Photobucket


haaaaaaaaaaaaaa...
da tengok da? amacam? menarik tak?
jum la juin..!
hadiah dia sounds menarik kan?
header and banner! 
tunggu apa lagi? jum la juin..!
besh kowt, tak payah susa susa nak bwat header baru..
bwat a very short and simple entry about this je..
saya suda, anda bila lagi?

ok, this segmen needs me to tag two peoples..
so, they are

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

ye ye ooo je hari nie first training.. ye la, first training untuk latihan cuti semester kali nie..
lam palapes nie, khususnya ada tiga jenis latihan..

LATIHAN TEMPATAN - latihan biasa yang diadakan pada hujung minggu pada minggu minggu kuliah, yakni pada hari sabtu la.. tapi, kami penah jugak kena training arie ahad tau.. waktu tuu time junior lagi, dan bulan RAMADHAN plak tuu.. memang sangat mencabar..!

LATIHAN BERTERUSAN - latihan yang diadakan pada cuti semester.. setiap kali cuti semester, mestey ada latihan berterusan nie.. kenapa dinamakan latihan berterusan? sebab latihan nie tak de had masa.. memang 24 jam sehari.. latihan tempatan dari 6.45 pagi sampai senja senja gituu.. kadang kadang habisnya lagi lambat.. waktu malam plak, kami ada roll call, yakni baris pada waktu malam.. waktu nie memang best, sebab waktu nie la kami kena hell.. nak tau hell? masok la palapes! hahaha.. bukan la hell neraka yang seksa seksa orang jahat tuu tau.. just a term to describe it.. HAHA

KEM TAHUNAN - dijalankan after latihan berterusan.. tapi, setahun sekali je.. sebenaqnya, tym kem tahunan nie adalah masa untuk menguji pegawai pegawai kadet nie.. klu tak pass ujian ujian yang da, memang  tak boleh nak naek peringkat.. dan time nie memang besh! sebab kami akan masok utan dan jalani keadaan sebenar dalam utan tuu.. klu time junior, kami bwat serang hendap.. time intermediate, kami bwat mara dan serangan.. and time senior kami bwat pertahanan..

untuk latihan kali nie, 1 minggu pertama adalah latihan tempatan yang dikumpul untuk dibuat time cuti semester.. 2 minggu terakhir adalah latihan berterusan.. so, arie nie da abiz da satu hari latihan tempatan yang ak risau risau..

bilangan orang dalam skuad ak tak ramai kali nie.. sebab ramai orang yang tak boleh hadir, sebab kena bagi komitmen pada aktiviti aktiviti laen yang lebih penting.. ada yang da LI, survey camp dan starting minggu depan, ada yang terlibat ngan short sem, termasok la ak..

hari ini dalam sejarah! ak da merasa camna rasanya nak pitam.. semalam, perot ak terima mamee asam laksa, coklat van houlten, 3 botol vitagen je.. pagi nie plak ak tak p toilet sebelom ke baris pagi.. waktu nyanyian lagu, ak da mula sakit perot, rasa cam nak termuntah! 

tambahan pulak, perot ak memang rasa tak sihat atas satu faktor laen.. so, ak just rehatkan diri kat surau markas je tadi.. waktu lunch, ak sama sama p makan, tapi tak banyak yang ak dapat makan.. makan pown slow, tak boleh nak habiskan..

kami berkumpul balik jam 2 petang, dan ak tekad untuk juin aktiviti walau perot ak tak berapa nak sihat lagi.. ak da cukup rugi kowt da tinggal physical trainin (PT) pagi tadi.. kelas after PT pown ak tak juin.. ak sepatotnya belajar pasai senjata GPMG tadi.. waaaaaa~~~

maka, sok ak harap, ak dapat bwat suma aktiviti.. perot, tolong jangan sakit tau sok! perot ak nie memang selalu nau sakitnya.. sensitif!

sok adalah first PT ak untuk sekian lama.. muga ak sukses weyh!!! HAHA

ok ok, ak da nak siap siap nie.. sok da latihan kawat kaki.. makanya, kasot kena la sangat sangat kilat.. semalam da kilatkan, tapi cam tak berapa kilat g.. wawawa~~~ bye bye!

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Sunday, May 15, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

rutin budak budak palapes darat seluruh Malaysia..
asal datang je cuti semester, maka datang la training nya..
sekian lama ak tak trainin, sok da datang da arie nya..
ehem ehem..

bila tengok badan yang da mula gemok nie, hati jadik makin risau..
takot tak larat nak bawak badan je nanti..
waktu kuliah, ak da tinggal beberapa trainin, sebab komitmen ak kat persatuan..
so, orang laen suma da fit fit da, ak masih di takuk lama..
aiyok! g mana ya?
waktu bersenang lenang pown jarang nak p jogging..
jogging klu ngan kawan kawan baru la best..

kebelakangan nie plak, kaki ak asik krem, secara tiba tiba..
entah kenapa..
sebenaqnya da selalu da kaki ak camni..
waktu kem tahunan intermediate pown ak penah jadik sekali..
tapi, kebelakangan nie cam kerap la..
waktu nak ke toilet tym jawab ezam chemical engineering thermodynamics pown kaki ak krem..
tym berlari nak amik pakaian kat jemuran sebab ujan da turun pown kaki krem..
ak harap, sok kaki ak baek baek je..
klu nak krem kew, nak jadik trok trok kew, sebaeknya, jangan la jadik on the first day..
first day is the start for a bad or good thing..
wish me lux weyh!

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Friday, May 13, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

exam da abiz, kawan kawan suma da balik, tinggal rumate yang sakit je kat bilik..
so, ak tak berapa nak ada life sangat da..
arie nie tak makan lunch pown, sekadar dinner..
tuu pown mcD delivery..
almaklumla, arie nie kan da tukar gelas warna baru..
starting from today, gelas warna biru plak..
sampai bila ak tak pasti..
ak pown tak pasti sampai bila ak mampu nak kumpul gelas nie..

memandangkan ak da tak berapa da life, tak banyak yang ak boleh update kat blog..
ak kat bilik skunk nie tengah gila layan korean realiti show..
WE GOT MARRIED
show nie memadankan celebriti dan diorang kena hidup sebagai pasangan suami isteri, dengan bwat misi yang disediakan..
memang besh show nie..
bila tengok, rasa cam nak kawin je! HAHA

yang ak tengok nie season 1..
da pasangan ANDY & SOLBI, 
ALEX & SINAE, 
CROWN J & IN YOUNG, 
HYUNGDON & SOURI, 
HYUNG JUN & HWANGBO, 
n da g 1 kapel nie, ak tak berapa nak engat..





masing masing da perangai yang berbeza..
pasangan pilihan ak adalah andy & solbi..
solbi nie cam anak manja dalam family dia, andy plak adalah lelaki yang agak perfect..
hubungan diorang memang nampak lebih realistik..
masing masing sentiasa cuba yang terbaek untuk satu sama laen..
diorang nie jugak adalah pasangan yang paling emosi..
kadang kadang rasa cam nak nangis je sebab da je adegan yang menyayat hati..
specially, waktu diorang nak berpisah..


alex & sinae nie adalah pasangan pilihan ramai orang..
tapi, diorang nie dikatakan cam sangat tak realistik..
alex adalah seorang yang sangat romantik, dan boleh bwat apa saja untuk sinae..
dia tak pernah marah sinae kowt..
awalnya, ak agak tak suka pasangan nie..
sebab agak slow, jadik buhsan plak..
sebab masing masing sangat sopan, cuma bila da lama tuu baru la best sket..


crown j & in young plak adalah pasangan yang selalu bertengkar..
tapi lama lama diorang da boleh get along..
tapi, memang sangat fun tengok diorang nie..
cuma kadang kadang tuu rasa sakit kat in young sebab kadang kadang cam mean sangat..
tapi, papa pown, diorang tetap best!
ak suka juga pasangan nie..
sebab bagi ak sendiri, ak memang suka cari gado dengan the person..
ehem ehem.. the person tak wujud pown lagi.. -.-'

lagi satu pasangan yang ak ska adalah hyung jun & hwang bo..
hwang bo nie lagi tua daripada hyung jun..
hyung jun plak seorang yang sangat kelakar, tapi sangat slumber..
memang tak kering gusi klu tengok pasangan nie..

ak baru tengok sampai episod 21..
tapi, da tengok dulu part andy & solbi berpisah..
so, tak banyak yang ak boleh cakap kat sini..
tapi, bila tengok show nie, ak rasa boleh bagi mesej kat suami isteri yang kat luar sana tuu..
tapi, ak tak kawin g pown, pakwe pown xde.. -.-'
tengok untuk fun je kan.. HAHA

tapi, jangan la tiba tiba malaysia pown nak bwat realiti show camni..
sangat la tak sesuai ok..
apa apa pown, kita kena consider agama dan adat negara nie..
bukan sebab benda dari luar boleh dijadikan ikutan..
huhuhu..

p/s : gambar curik dari mr GOOGLE je, jadik sangat la tak seragam.. -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Thursday, May 12, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

*ini adalah entry yang ditaip dengan penuh emosi*

Aku baru je lepas anta AENA dan INAS kat sri putri tadi..
Arie nie diorang da balik umah da..
Entah kenapa atie ak rasa sebak sangat sangat..
Air mata cam terhegeh hegeh je nak meleleh..
Apa yang ganggu emosi ak yang sebenaqnya??

Mungkin sebab selama nie ak selalu balik ngan diorang..
Tak penah aku rasa ditinggalkan camnie..
Mungkin sebab perpisahan nie lebih panjang daripada biasa, 4bulan aku takkan jumpa diorang da..
Sob sob sob.. T.T
Mungkin juga diorang adalah kekuatan aku kat UTM nie..
Dengan ketiadaan diorang, tak de la, kekuatan ak..
Semangat ak untuk berjuang terasa seperti da kurang..
Benda yang sama ak rasa bila AENA dan INAS sama sama tak de sebab balik umah waktu abang AENA sakit..
waktu nie kami attend majlis raya PRIM UTM student chapter..
nak anta aena naek bus untuk ke terengganu, untuk koko dia..

Dah la, akim, yang juga adalah antara kekuatan aku kat UTM nie tak de..
Dia da L.I cuti semester nie..
So, dia takkan datang training langsung..
Semester depan pown kami takkan duduk satu bilik lagi..
Tak duduk satu bilik bukanlah beerti yang kami tak serasi..
Malah, kami da alasan sendiri..
tangkap gambaq kat kenduri kahwin kakak syuk, skuad palapes kami..

Tapi, ak tau, walau apa pown yang terjadi ak kena kuat..
MIRA akan da kat sini dengan ak..
Ak tau, dia juga adalah kawan yang baek..
gambar mira yang ak curik dari facebook profile dia..
Perjalanan ak masih jaoh..
Perjuangan ak tak lama lagi akan berakhir..
Doakan ak berjaya!

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Tuesday, May 10, 2011

BLOG INI UNDER CONSTRUCTION YA?
HARAP MAKLUM! 
SEBARANG KEHODOHAN DIHARAP BAWAK BERSABAR!
;-)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

semalam ak da abiz final exam da.. ^o^
bahgia kew ak ngan paper arie nie..?
hmmmm.. sila abaikan mengenai exam ok.. -.-'

ak nak bercerita pasai kehidupan after exam yang sebenaqnya.. 
heeeeeeeeeeee..

lepas solat maghrib, kami cepat cepat siap, nak ke steamboat..
ak yang xtau nak pakai apa, sembat tudung syria aena..
da la ak xpenah langsung pakai tudung tuuu..
sebelom start study week g, YUYU da mula bising bising bising nak makan steamboat..
INA pown dok bising bising bising jugak..
tapi, kami xde kesempatan langsung nak p makan..
almaklumla, klu da p steamboat mesteyla nak lama lama lama kan?
nak makan banyak banyak banyak la katakan..
hahahha...
cam semalam la, lama gilerr kowt kami melepak kat situ..
dari 8.10 pm hingga 10pm.. amacam? ada bran? ;)

tapi, malam tuu ina xdapat nak juin, sebab dia xde transport, kami pown xdapat nak sediakan transport untuk dia.. huhuhu.. sadis!
maka, kami pown p makan berempat je..
yang kelakarnya, pada masa yang sama, di tempat yang sama, budak budak pesta konvo 45 ajak makan sama sama..
malangnya, ak dan aena da janji ngan kawan kawan kelas dulu..
so, terpaksa la tak boleh ikot kan..
kami cakap kat budak budak konvo nak g makan ngan budak budak kelas.. 
sedangkan empat orang je pown!
HAHAHA

kami sangat sangat la kecoh kat steamboat tuuu..
walaupown kami empat orang je, tapi macam sepuluh orang je kowt..
INAS sangat tak boleh blah bila dia minyak terpercik kena muka dia..
AENA pown kelakar sebab tertumpahkan air..
YUYU...? sentiasa keluarkan statement yang kelakar..
dan dah jadik tugas AKU untuk ketawakan semua kejadian yang berlaku...
HAHAHA

lepas abiz satu round makan, kami istirehat jap..
matikan api, dan melantak aiskrim plak..
yuyu makan TIGA aiskrim kowt time tuuu..
ak yang makan satu aiskrim pown tak abiz abiz bila dia abizkan aiskrim yang kedua.. -.-'

pastu, kami makan g..
kali nie adalah kali ketiga kami makan steamboat sama sama..
kali pertama makan, tak rancak sangat ak makan..
kali kedua biasa biasa saja ak rasa..
kali nie, ak rasa da improvement da..
ak da makan banyak makanan rebus..! 
HAHAHA

da nak abiz makan, bru la da kesedaran nak tangkap gambaq..
yang sebenaqnya, kami sangat lapaq sebelum makan steamboat tuuu..
almaklumla, YUYU, INAS dan AKU tak makan dari pagi.. kunun fokus nak stadi untuk last paper..
AENA pulak puasa..
MAKA, SUMA POWN NAK JADIK PELAHAP MALAM TUUU...
HAHAHA

nie makan second round nie..
tengok.. makanan da nak clear da..

mulot aena ternganga sebab makanan dia yang kononnya nak disumbat lam mulot da terjatoh!

gigih! konon konon nya tengah memasak la tuuu~~~

yaaaa~~~ kami yang bersukaria pada malam tuuu.. empat orang je!

pas melantak, timbul pulak idea gilerr nak p karaoke..
HAHAHA
naseb la aena tak bawak kad matrik..
klu tak, da kemungkinan jugak kami balik lewat malam tadi..
HAHAHA
nie laa tempat pilihan karok kami..! kat giant, Umall lebih dekat ngan UTM.. karok bilik lagi besh daripada jamban punya ok..

aena dengan yuyu sangat sangat la semangat menyanyi.. lagu evergreen nie.. ak xberapa reti..

ini budak sangat pemalu mau nyanyi! nak tangkap gambaq pown malu jugak!

semalam ak sangat hepi..
da lama ak tak rasa hepi macam tuu..
kebelakangan nie asik stress je..
ak sangat berharap ak akan terus hepi camni dengan kawan kawan yang sangat supportive kat sisi ak..
setiap kali ak rasa hepi, ak mestey ak akan doa camtuu..
bagi ak, kalau berkawan, biarla buat selamanya..
yup, a REAL FRIEND will never leave you tihout a notice..
bila ak rasa hepi semalam..
ak teringat jugak kat family kat umah..
semuga family pown hepi gak kat umah..
tak senang rasanya bila kita hepi, tapi orang laen xhepi kan?
mama, abah, kakak kakak, abang abang, adik...
jangan marah marah ya akak hepi kat sini..
im stressful here.. sumtimes, i need some entertainment..
jangan risau, akak akan jaga diri..
dan akak sentiasa doakan keluarga sentiasa lam keadaan yang baek baek..
sila hidup baek baek ok..

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

perlu x keja tym cuti nie?tapi rasa malas nau..kunun nak spend tym kat umah je.. :)

Answer here

Sunday, May 8, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

*entry yang ditaip pada kadar segera ^.^
arie nie da arie ahad kedua bulan mei..
maka, arie nie adalah mother's day..
semalam ak da wish mama da..
tapi, memandangkan di saat ini ak xtido g, and malas sket nak stadi..
so, ak update la blog sket kan..
kunun2 khas ntok hari ibu nie..

sebenaqnya, ak da dengaq pasai asal usul hari ibu..
dan da yang mengatakan sambutan hari ibu adalah haram..
sila klik sini untuk maklumat lanjut..

ak pown xpasti ngan statement nie..
bab bab agama nie kena rujuk ngan ustaz ustazah nie..
ilmu kat dada xcukup nak keluarkan statement..
4 some people, kenapa arie ibu je yang kita nak bagi layanan mesra kat ibu2?
kenapa xstiap arie je?
syurga kan di bawah telapak kaki ibu?
bagi ak, cukupla ak raikan mama time besday..
waktu2 laen, pown xde la ak jadik anak derhaka kan? *tipu*

fyi, da sambutan hari ibu kat negara negara laen, tapi dengan tarikh yang berbeza..
contohnya Indonesiathailand dan arab...

ok2, da semangat sket nak stadi..
inila balasannya stadi las minit..
ak da mula panik nie sebenaqnya, sangat sangat nak skor paper nie actually, TRANSPORT PROCESSES..
doa kan ak sukses ntok paper sok weyh!

p/s : kenapa Msia xpilih satu tarikh snirik? at least xde yang ragu2 nak celebrate?

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Saturday, May 7, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

perhatian!
entry ini ditaip dengan mood lapar!
saat nie, ak tengah kelaparan.. note kan depan mata langsung xmo endah..
sob..sob..sob..

alkisahnya, petang tadi, ak cakap kat syakima
jom kita makan bakso
syakima stujukan je, troz ak sms aena, dia balas
inas xmo makan

time 2, ak tengah online.. 
ak bising2 la kat zulfazli ahmad nie, cakap ak nak p makan bakso..
tiba tiba dia cakap gerai tu da tutup, semalam las dia bukak..
jatuh berderai atie ak..
troih ak cakap kat akim
jum kita oder bubur cengal la..
akim stujukan je..
ak pown anta sms, bwat dlivery oder kat cengal..
laz2, dorang kol balik
adik, bubur da abiz la..
ak kecewa g, troz ak matikan kol pas kata terima kasih..

ak pusing kat akim, tanya dia nak oder pa..
kali nie dia refuse, sebab dia nak gerak ke bilik coursemate dia, study sama2..
klu lambat, kena jalan sorang sorang malam malam plak..
ak diam..

syima nak ke arked k11, makan..
waktu tu ak xsolat g, so ak refuse ntok p..
mulanya engat nak oder kat dia je, tapi dia xbawak banyak dwet plak..
so, ak kensel dan oder nasi putih+tom yam campur kat cengal delivery g..

alih alih sampai 10pm dia xanta oder ak..
stended memang dia xkan balas mesej, ak engat dia anta lambat je..
ak nak capai epal yang ak beli arie tu, tengok tengok da busok..
farhana anta mesej, kata xjadik nak datang bilik, xdapatla ak oder cadbury kat dia..
pastu ak kol mcD, engat nak bwat delivery..
tapi, mcD utm skudai ramai sangat customer, so dorang da xmo amik oder..
las2, ak makan maggi je.. 
nie la dinner ak ntok arie nie.. MAMEE ASAM LAKSA! grand gilerr...!
sedih x kisah ak? lapo nau nie haaaa...
k la, ak nak p makan, pastu nak sambong stadi ak yang terbantot dek kelaparan..

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

wajar x sorang kawan tinggal kita tanpa bgtau sebab?

Answer here

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

tadi, ak blogwalking, da jengah kat blog member ak nie, EINA..
dy nie satu klas ngan ak kata UTM nie.. waktu 1st year, kami sebilik.. almaklumla, nama kami kan nak dekat2.. ak NURUL HAZWANI SYAKIRAH, dy plak  NURUL HAZLINA..
fyi, adik eina nie namanya nurul hazwani.. ahakszx..! xkesah la..
memang ramai pown orang yang sama nama ngan ak nie..
dari primary skool, secondary skool, matrix... kat U je ak xd jumpa sapa2 g ngan nama ak.. :)

tapi, bukan 2 yang ak nak berceloteh skunk..
kat blog dy nie, ak tengok dy da maen game nie, dari blog sherah..
disebabkan ak cam xde mud nau nak stadi, ak pown nak maen gak la..
 jum2 juin jugak..! bleh gak kita kongsi2 pasai diri masing2..!

ANAK SECOND LAST daripada sembilan orang adik beradik..
bwat masa nie, ak adalah satu2nya anak yang belajar sepenuh masa.. heeeee...
adik ak da grad da.. da nak jadik secretary berjaya da..
muga2 ak jugak mampu jadik engineer yang berjaya!

EMOSI ak selalu xstabil..
bila ak emosi, ak selalu lepas kemarahan ak kat lelaki.. heeeeee.. sian eh?
dan emosi ak sangat mudah terganggu bila something yang berkenaan family atau kawan2..
mungkin dua orang golongan nie la yang paling dekat ngan ak..
ak rasa, tanpa diorang, ak bleh mati kowt..
diorang sangat sangatla berharga bagi ak..
ak mahukan yang terbaek bwat diorang.. :')

ak tengah stadi kat UTM skunk nie, sarjana muda kejuruteraan kimia-polimer..
sejak dari matriks g ak memang bercita cita nak amik kejuruteraan kimia..
asalnya, ak sangat minat fizik, tapi peluang pekerjaan fizik kat Malaysia nie ak xbrapa nak nampak sangat..
course nie adalah pilihan ak yang ke2, gara gara ak penah kerja kat kilang OSRAM after SPM..
polimer pown benda yang tengah berkembang kat Malaysia.. :)

ak seorang yang SANGAT LEMAH MATH..
walaupown ak ska fizik, dan bleh skor *skor la sangat*, tapi bila berkaitan ngan math je, ak kantoi..
ak pown xpaham kenapa bleh jadik camtu..
stended, klu orang 2 suka fizik, mestey dia akan suka math gak..
da x orang yang cam ak? sila angkat tangan skunk so dat ak xrsa ak nie cacat sangat.. : p

ak seorang yang TAK RETI NAK MARAH LAMA LAMA..
stended ak akan amik masa paling lama ntok cool 1 hari..
tapi, klu ngan kawan2 5mins pown ak bleh cool..
ak memang sorang yang penyabar, tapi ak da tahap ak snirik..
klu da orang tu da bwat bermacam2 kat ak, berulang ulang kali, ak boleh maafkan, tapi, keadaan mungkin xkan jadik cam biasak..
selalunya, benda yang paling ak kecik atie adalah pengkhianatan dan pikir bukan2 pasai diri ak tanpa usul periksa..
bagi ak, lam perhubungan, communication is very very important.. :)

ak suka music..! tapi ak agak ketinggalan pasai lagu lagu baru nie.. -.-' 
dulu time kat sekolah ak adalah band girl. ak main french horn.. 
tau x instrument ak nie? 
alaaaa.. instrument nie da la muvi princess diary 2.. instrument ak nie klu kat luaq negara pemes sket.. dan selalu digunakan lam majlis istiadat diraja.. 
musik yang lebih ak gemari adalah musik2 yang lebih kat bunyik instrument nie.. 
ak suka akustik band! ak suka lelaki yang pandai main instrument dan nyanyi.. ooops!
nampak familiar x ngan french horn nie?

memang ramai kowt yang ska laki pandai maen gitar nie!

kat UTM nie, ak boleh dikira agak aktif..
tapi, xde la setaraf ngan MPM suma 2.. *MPM adalah majlis perwakilan mahasiswa*
if u ollls nak tau, i nie budak palapes tau.. ohemji! pa la motif ak msok palapes kan?
cam kelakar, beza gilerr kowt ngan band.. walaupown band sangat mengutamakan disiplin, tapi kami jugak agak gamble.. weeehuuu~~~
motif utama dia senang je.. ak nak masok utan! hahaha..
time skool dlu, ak jarang berpeluang nak ikot camping sana sini.. suma sebab ak bz ngan band trainin.. lagipown, ak nak lawan ketakotan ak kat banyak benda.. -.-'

ak xreti nak duduk diam sangat..
contohnya?
bila cuti je, mestey nak keja, xpown aktif lam aktiviti aktiviti luar..
*sedangkan xbrapa nak gemor dok umah sebab xreti bwat keja umah*
tapi, cuti kali nie ak ingat xmo keja da.. nak duduk relax relax je kat umah.. da lama kowt xbalik umah..
kunun nak spend time sehabis mungkin la.. ^.^

ak adalah seorang yang gelak kuat! oh no..!!
da ramai gak yang da tegor perangai ak nie.. tapi, susa la nak ubah..
bila da meningkat besaq nie, da la beberapa orang laki da tegor..
suare perempuan tu aurat, kene la jage jugak
kan xsopan pompuan dok gelak kuat2?
malu la sket gelak kuat2 macam tuuuu..
-.-' baekla, saya akan cuba ubah!

LAST LAST LAST
ak xsuka makan ikan sebab kepala ikan tuuuu..!
waktu kecik2, mama selalu cakap
jangan makan kepala ikan, nanti jadik kurang bijak!
terus ak xsentuh da! hahaha...
tapi, ak sangat suka makan ikan keli, tapi ak xbleh tengok kepala dia..
so, bila makan, ak akan tutup kepala ikan keli tu, ataupown member ak akan cabotkan kepala ikan untuk ak! :)

tuuu je dari ak kali nie.. nak sambong stadi plak.. sok pagi da paper TRANSPORT PROCESSES.. jum la kita sembang2 pasai 10benda tentang diri kita!!


Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

arie nie ak da paper g, CHEMICAL ENGINEERING THERMODYNAMICS..
time jawab tu, tiba2 ak teringat yang aena ada ajak aku makan mcD, sebab starting arie nie da tuka gelas baru, warna purple!
atie aku terdetik, nak ajak aena makan mcD la pasni..
alkisahnya nak bawak aena ke klinik, kaki dia asik sakit2.. hmmm..

abiz je lecturer kutip kertas aena, ak terus cakap
 jum makan mcD arie nie!
aena gelak
nie mestey tensen nie!

ak tersenyum je.. memang betoi pown apa yang dia cakap..
yang paling kecewa, ak tersalah bwat satu soklan nie.. da nak abiz masa, baru la ak sedaq yang ak da bwat salah..
nak betoikan, memang wassalam la.. ngan kepanikan ak yang xbleh blah waktu 2, hanya mampu pikir mcD je.. -.-'
tengok! ak da 2 da! :)
on the way balik bilik, ak cakap kat aena..
aena, ak nak berazam kurus naek sem nie! ak da buhsan jadik gemok!
aena gelak..
ok, jum! 

dia pown nak jadik kurus gak.. hahaha...
ntah boleh kew tidak nak kurus..
dah la da lama xbalik umah, confirm2 la rindu suma masakan umah..
ngan masakan penang yang xsama ngan johor..
bila da lama kat penang nanti, rindu ngan masakan johor plak..
da balik UTM, mula la nak makan masakan johor banyak banyak banyak..
da 2, bila yang nak kurus? -.-'

kat mcD, inas bukak cerita.. yuyu tegor, ak da gemok..
ak tergejot, nafikan ngan kata mungkin faktor baju besaq yang ak pakai, tapi inas geleng..
ak terdiam..
terus teringat jeans yang ak pakai..
sebelum gerak tadi, ak mandi dan salin pakaian..
ak pakai jeans yang ak baru angkat dari ampaian..
nak dijadikan cerita, ak terlupa pakai belt..
and fyi, ak xboleh klu xpakai belt ngan jeans 2, confirm londeh!
tapi kali nie tak! -.-'

ok, azam makin kuat, tapi lam otak ak terbayang2 4set large meal mcD..
ak nak kumpul suma gelas! huhuhu..

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Thursday, May 5, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

ak rasa, da genap seminggu kowt ak deactivate facebook.. tau x kenapa ak deactivate? sebab ak emosi ngan sorang lecturer nie.. stended la klu xde mud nak stadi, kita akan online dan update status mengenai kemalasan nak stadi kan? korang pown da bwat cam2 kan? *cepat angguk kepala!!*

ntok kisah lengkap, ce klik kat sini...

tapi, semalam, after ak balik ke bilik daripada bilik aena+inas, ak tengok rumate ak nie dok maen satu game kat facebook.. tetris.. penah maen x? waktu kecik2 mestey selalu maen kan?? punya la ak excited tengok dia maen..

dlu, time kecik2, ak ngan adik beradik ak selalu maen game kat komputer umah.. tetris 2 memang peberet game kami la.. selalu lumba2 sapa yang lead..

maka, di kala kebuhsanan menstadikan diri petang tadi, ak tanpa segan silunya mengaktifkan facebook ak balik.. semata2 nak maen game 2 je.. -.-'


tapi, game nie beza la sket daripada tetris yang kita biasak maen tym kecik2 dulu.. yang nie, kita kna compete ngan user laen.. klu kita menang, bleh la kita naek level.. tapi, opponent kita bkn suka2 atie je kita bleh pilih.. kita akan diberi opponent yang sama rank ngan kita.. means, orang yang sama tahap ngan kita jugak la..

kadang2 bagoz jugak kita maen2 game nie.. sebab kita bleh melatih otak kita cekap.. contoh, tetris nie senirik, kita kena cepat decide tempat kita nak letak blok 2.. klu lambat, kita kalah.. tapi, janganla pulak obses ngan game kan.. cam ak nie haaa.. time exam2 pown kalot nak maen game.. -.-'

tengin maen game nie? jum2..!! kowt2 bleh lawan ngan ak.. eheheh... jum maen game nie!!!

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...