BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Tuesday, June 21, 2011

 Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera
sekarang nie ak da kat utm lagi.. ak involve lam dua program..
program pertama, pesta konvokesyen utm ke 47..
hari jadinya lambat lagi, 22sept-29sept 2011.. tapi, sekarang nie gerak kerjanya je la..
alhamdulillah, bwat masa nie, tugas ak da selesai..
cuma, selaen jadik ajk pesta konvo nie, ak jugak adalah ajk teambuilding camp (tbc) untuk ajk2 pesta konvo..
tarikhnya tak tetap lagi, ak kat utm nie pown cam terumbang ambing..
APA POWN TAK BOLEH nak bwat.. huhuhu..

so, ak amik kesempatan juin satu program kolej nie..
PRO KID.. program khidmat insaniah dinamik..
program nie program ntok budak2 sekolah..
cam menarik sebab ak tak penah langsung juin program program camni..
sekadar jadik ajk untuk junior camp ak ada la..
dulu pown, ak da kesempatan nak mendalami ilmu ilmu kefasian nie..
tapi, sebab ak da komitmen ngan palapes waktu tuu.. tak dapat la.. sob sob sob..
fasi bagi cahaya baru kat budak budak.. HAHA

pada mulanya, ak adalah s.u untuk pro kid nie..
tapi, da masalah teknikal sket, ak da jadik fasi biasak..
waktu pengarah program bacakan nama nama pelaksana induk tuu, tergamam jugak ak bila nama orang laen yang disebut..
kecik atie ak..
ye la, waktu nak carik s.u, beria2 tanya ak kan.. ak pown waktu tuu pening pening ngan tarikh tbc nie haaa..
takot jugak tarikh clash, alih alih jadik camnie.. wuhhuuuu.. :'(
tak pe la kan.. ak pown kebelakangan nie asik pegang jawatan je dalam program program nie..
kali nie biaq jadik fasi je..
besh jugak.. :)

tapi, ak masalah sket r nak jadik fasi nie..
satu, ak nie sorang yang agak pemalu actually.. ^.^
then, ak agak sukar nak menjalinkan hubungan mesra dengan orang baru..
klu adik adik tuu tak kisah la kan..
nie budak budak yang jadik ajk nie..
rata rata orang yang ak tak kenal dan tak rapat..
tak pe la.. tuu la motif ak juin program banyak banyak nie..
ak nak hakis sedikit demi sedikit perasaan kekok ak bila berhadapan ngan orang baru..
wish me lux ya guys!
lepas nie da bleh cakap kuat kuat kuat dan tak kekok da.. HEEEE
Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, June 20, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

my sistah, kak eini da tag ak untuk satu giveaway nieh..
wuhhu.. first time nie nak juin giveaway nie..
*sebelum nie ak penah masok contest.. sama kew x eh? HAHA*

diorang pilih pemenang berdasarkan entry yang ditulis.. *eh, ditaip!*
means, entry sapa yang paling besh, dia la pemenang..
tiba tiba rasa sayu..
bleh kew ak nie menang?
entry entry ak sblom nie tak dak la besh mana pown..
klu tak, mestey da ramai follower kan? ;)

nak tau camna nak juin this giveaway?
ok2, meh, follow these steps k?
1. Follow blog art.design.craft
2. Follow blog Fatin Najwa
3. Like page art.design.craft
4. Buat entri yang kreatif bertajuk "ADC & FN GIVEAWAY" dan letakkan banner giveaway dalam entri korg serta link blog ART DESIGN.
5. Tinggalkan link untuk entri korg pada kotak comment pada link entry nie.
6. Tag 3 rakan korg untuk sama2 join giveaway ini. 

jum la sama sama juin giveaway nie.. 
banyak weyh hadiah dia..
tak pecaya?
nah, tengok nie!

haaaaaaaaaaaaaa...
amacam? banyak x?
gambaq nie pown ak curik daripada entry kakak ak..
dia da edit siap siap da..
HAHA
tak pa tak pa..
adik beradik tak bleh berkira sangat kan?
klu sunggoh sunggoh nak tengok hadiah dia, bleh la jenguk entry dia noh.. ^_^

ok, suma step ak da bwat, tinggal yang d laz wan je..
so, ak nak tag
|
|
|
|
|
|
                                                                                \ /
.


Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

entah kenapa, kebelakangan nie atie ak sentiasa gundah gulana.. ditambah plak ngan benda benda yang menimpa ak sekarang, ak jadik semakin kusut.. ak tak tau nak cerita kat sapa.. sebab ak rasa semua orang da masalah masing masing.. jadi, baek ak luah je kat blog nie.. at least, lega sket rasa atie ak nie.. gpown, blog ak pown bukannya ramai pengunjung.. :')

setiapkali ak tengok tempat yang pernah kami singgah, mesti ak teringat.. setiapkali ak nampak benda yang diorang penah beli, mesti ak teringat.. setiapkali ak bwat benda yang kami penah bwat sama sama, mesti ak teringat.. tapi, diorang rasa benda yang sama kew ngan pa yang ak rasa?

kesian mira, bila jalan jalan ngan ak, tiba tiba ak cakap 'dulu ... suka beli papa roti.. kadang2 kalau ak datang jj ngan aena mesti ak akan belikan untuk dia..'
masok guardian, tengok kat kinohitmisu, ak cakap 'kami penah g HPA.. da sorang makcik tuu cakap, ... banyak toksik.. so, ak search pasai foot patch untuk dia.. untuk buang toksik..'
ak tak paham, macam mana tiba tiba frenship kami tiba tiba jadik camni.. semuanya jadik dalam sekelip mata.. ak ada bwat salah kew? 
klu ak da bwat salah, kenapa tak gitau ak? kenapa tak tegur ak? supaya ak boleh ubah perangai ak tuu..
klu ak betul2 ada bwat salah, terlalu besar kew kesalahan ak tuu? sampai tak boleh nak cover ngan kebaikan yang ak da bwat selama nie?
klu ak da bwat salah, tak boleh kew lupakan kesalahan ak tuu camna ak lupakan kesalahan yang diorang bwat kat ak?
TAK BOLEH KEW?

ak penah cakap kat kawan kawan ak yang rapat, ak klu bleh, tak nak kawan ngan diorang da.. sebab ak rasa kecik atie sangat.. sampai atie diorang bwat ak camnie.. ak tak sangka ini erti persahabatan bagi diorang.. tapi, ak xtau samada ak bercakap dari atie.. sebab ak tau, jaoh lam sudut atie ak, ak rindu diorang.. AK RINDU NAK JADIK MACAM DULU..

sekarang nie, ak da rasa xd atie nak bwat banyak benda.. ak rasa sangat sangat sangat nak start a new life dan jaoh daripada diorang.. ak nak sangat sangat sangat bwat benda benda yang tak berkaitan langsung ngan diorang so that ak boleh lupakan diorang camna diorang lupakan ak..

ak teringin nak buang diorang jaoh jaoh jaoh dari idop ak.. tapi, ak tak mampu, ak tak kuat..
ak yakin ngan ketetapan ALLAH, setiap benda yang jadik mestey da hikmah.. mungkin ak tak berkawan lagi ngan diorang sebab diorang memang bukan kawan yang baek untuk ak.. mungkin diorang adalah kawan yang baek untuk orang laen.. 
mungkin ak tak berkawan lagi ngan diorang sekarang sebagai satu dugaan lam persahabatan kami.. mungkin kami akan jadik lebih rapat pasni kan? hu noes?
apa apa pown, ak sangat mengharapkan ak diberikan kesabaran dan ketabahan yang sangat utuh untuk menjalani kehidupan nie..
semakin lama kita hidup, semakin sukar kehidupan itu.. kita semakin dewasa dan matang, semakin banyak tanggungjawab yang kita perlu pikul.. semakin banyak situasi yang kita hadapi..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, June 19, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

semalam ak p tengok maharaja lawak.. dengan mira..
muka penat lepas maharaja lawak.. might b d laz wan for us.. klu ada lagi pown, da tak sanggop da nak berhimpit2..
memang sangat la bersusa payah nak mendapatkan pas masok tuu..
laki perempuan berhimpit sampai tak engat agama da..
yang paling tak boleh blah, laki2 yang beragama islam, da la da terang terang tak p solat jumaat..
bleh plak dengan bangganya mengaku tak p solat kan..
astaghfirullah al azim

ak plak, sangat banyak kebetulannya sehingga ak bleh da kat sana..
memang besh bila dapat da lam situasi tuu..
situasi di mana kita bleh tengok satu event tuu live, orang laen tengok dalam tv je..
waktu tuu, rasa cam nak heboh satu dunia, tengok live..
tapi, semua tuu lagho semata mata..
lam keseronokan tuu, ak rasa menyesal sangat sangat..
da berapa banyak dosa ak dapat..
astaghfirullah al azim
insyaALLAH ak akan elak benda2 camni lagi..

tapi, bukan nie yang ak nak cerita..
ak nak cerita pasai satu pengalaman member ak..
pengalaman nie dia alami masa nak tonton program macam nie jugak la..
nak masok, dapat pas percuma.. so, suma orang berebut rebut nak dapatkan pas..
beratur panjang panjang, alih alih tak dapat pas jugak..
ye la, da orang yang tak beratur pown, sebok nak dapatkan pas, potong barisan..
last last dia amik alternatif..
bila ada orang media tuu tegor dia, terus dia mintak tolong, tanya kowt kowt ada pas lebih..
orang tuu yang dipanggil 'abang' bagi dia fon number, dan mintak dia kol nanti..
dia bersetuju..

finally, dia dapat pas masuk tuu..
memang dia rasa bersyukur sangat dan rasa sangat terhutang budi kat abang tuu..
abang tuu mintak belanja minum, dia setuju..
dia cuma nak selesaikan segala hutang budi yang ada..
tuu je kat fikiran dia..

sebenarnya, abang tuu nak ajak ke disco..
tapi, lepas abang tuu tau dia nie budak yang baek baek jugak, abang tuu bagi dia kunci bilik hotel..
soh dia stay kat situ, kununnya takot kena denda ngan pihak kolej klu balik lambat..
dia, tanpa berfikir negatif, setuju..

waktu dalam lif, seorang perempuan, yang juga orang media, tegur dia..
terkejut bila destinasi yang dituju sama..
suda tentu la bilik abang dan perempuan tuu sama floor..
mereka kan sama sama orang media?
member ak tuu lebihj terkejut bila perempuan tuu menyebut number bilik abang..
dia mula fikir yang perempuan tuu da melabel dia sebagai perempuan murahan..

dalam bilik hotel tuu, dia lebih terkejut..
dia terjumpa dua botol vodka, sejenis arak murah..
dia da mula rasa tak senang..
cepat cepat dia keluar dari bilik tuu dan kol abang untuk pulangkan kunci..
tapi, abang langsung tak respon..
tak lama lepas tuu, abang mesej dan mintak dia tunggu dalam bilik..

hampir 3 jam dia melepak kat kedai makan 24jam untuk pulangkan kunci tuu..
sebelum abang balik, dia memaksa member ak tuu untuk masok ke bilik dan berehat..
tapi, member ak tak berani, dia lebih rela tunggu di kedai makan..
bila abang tuu balik ke hotel, member ak cepat cepat pulangkan kunci bilik hotel tuu..
waktu tuu, berlaku la sedikit pertelingkahan antara mereka..
abang mintak member ak tuu masok ke bilik, katanya untuk berbual bual sahaja..
akhirnya, member ak lari meninggalkan abang tuu..

mujurla member ak nie selamat, dan tak diapa-apakan..
seorang member ak yang laen da cakap
klu lelaki tuu betul betul beriman dan baek, bukan diajak untuk berkongsi bilik untuk membantu, tapi pasti dia akan menyewa bilik yang laen untuk kita..

haaaah... sekian sahaja entry ak untuk arie nie..
janganla kita terlalu mudah percaya pada strangers ya..
bak kata para ibu ibu di luar sana,
do not talk to strangers
renung renungkan dan selamat beramal..

Thanks 4 reading this entry..! :)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...