BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Thursday, August 23, 2012

solat istikharah

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

arini aku bwat solat istikharah.. berbekalkan panduan daripada buku '170 solat-solat sunat' yang aku pinjam daripada ain..

why bwat solat istikharah?

aku sebenarnya masih berbelah bahagi samada betul bagi aku atau tidak untuk bergiat lam herbalife.. sejujurnya, aku memang nak consume herbalife untuk kesihatan.. then, aku nak jadik distributor sebab aku da keinginan untuk bagi mama ngan abah consume herbalife jugak.. aku teringin tengok mama dan abah jadik bertenaga dan abah stop smoke.. boleh?

why aku tiba2 berbelah bahagi?

aku ada baca satu blog nie, aidid namanya.. dia memang mengutuk herbalife kaw2, so aku pown mula la gugel keburukan herbalife.. memang tak banyak.. serius! most of the bad effects of herbalife memang tak melekat kat atie aku.. cuma satu.. herbalife dikatakan menaja satu pasukan bola sepak milik YAHUDI..

bila da berkaitan dengan yahudi nie, aku pown jadik malas laaa.. aku sedar yang herbalife nie made in USA.. but, i believe that we should take the goods no matter where it comes from.. kan? tapi, aku takmo la kalau2 dwet yang aku spend untuk bagi kesihatan yang baek kat aku, mama, abah dan orang2 laen, menyumbang kepada kemajuan yahudi...

how aku bwat solat istikharah?

solat istikharah nie macam solat sunat yang laen.. dilakukan sebanyak dua rakaat.. pada rakaat pertama, selepas alfatihah, aku baca surah alkafirun, pada rakaat kedua pulak aku baca surah alikhlas.. sesudah bagi salam, aku baca doa untuk solat istikharah...



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


menurut buku tuu, setiap orang takkan dapat jenis petunjuk yang sama.. sesetengahnya akan dapat petunjuk melalui mimpi, sesetengahnya akan rasa tenang dan mudah untuk melakukan apa yang nak dilakukan lepas bangun tido pagi tuu.. sebab tuu laa, most people bwat solat istikharah waktu malam..

ada orang cakap, tak semua orang akan dapat petunjuk.. tapi, kalau kita yakin dengan ALLAH, insyaALLAH semuanya akan dipermudahkan.. semuga urusan aku turut dipermudahkan dan diberkati.. aminn..


Thanks 4 reading this entry..! :)

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...