BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Monday, August 27, 2012

trend perempuan curang?

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

tadi, si fatheyah datang kat aku, cakap yang dia ada baca satu tajok kat KOSMO nie pasai perempuan melayu Malaysia nie kaki curang.. erk


aku pown terus la google nak tengok betul kew ada camtu kan? kenapa plak camtu?

berdasarkan apa yang aku baca, mostly faktor isteri curang adalah kesalahan si suami jugak.. 

antaranya, sebab si suami tuu tak mampu bimbing si isteri.. ada satu kisah nie, sampaikan si suami nie sendiri yang kenalkan lelaki kat si isteri.. erk, dahsyat la! sebab apa? si suami pown dok pasang kat belakang, dia takmo la si isteri kaco line dia kowt..

pastu, si suami tak mampu nak beri nafkah zahir, asyik nak kikis dwet si isteri je.. ataupown si isteri nie terpaksa pulak bekerja untuk sara keluarga.. kalau secara logiknya, seorang isteri bekerja menghabiskan lebih masa kat tempat kerja daripada kat rumah.. rata2 yang curang pown dengan rakan sekerja jugak!

selalunya detik2 permulaan isteri curang nie bila dia da start nak bercerita masalah dengan suami kat orang ketiga.. orang ketiga yang nak ambil kesempatan mulala masok jarum.. temankanla, dengar luahan hati sampaila kecurangan tahap dahsyat!

tapi, pada pendapat aku, mostly isteri yang curang nie, diorang terlalu ikotkan perasaan, kehendak nafsu tuu.. diorang lupa tanggungjawab yang kena pikul.. sekecewa mana pown diorang kat suami, anak kena fikirkan jugak.. anak kalau kecik2 g da tensen, bila besar ntah jadik apa.. kan?

suami plak, sebagai ketua keluarga, kena kuat.. kuat mental dan agama! sesetengah lelaki nie, bila ada masalah dalam kerja, tak cukup dwet kew, mula la nak tensen, abaikan family, carik fun kat luar.. kalau suami pown tak kuat, anak bini apatah lagi? pastu, sebagai seorang suami tak boleh la abaikan didikan agama kat anak bini.. berat tanggungjawabnya seorang suami nie.. kan?

tau tak kajian by GhanaWeb meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga dengan kecurangan isteri sebanyak 39%! uuuuuuuit, malu weyh! da la negara Islam.. 

according to Musa Awang, sorang peguam syarie plak, peratusan perceraian sebab kecurangan isteri pulak meningkat 20% setiap tahun! paling banyak jadik kat bandar2 besar, macam KL, Putrajaya, Labuan.. mungkin sebab most isteri kerja kowt kan?

so, jom kita sama2 perbaiki diri.. takkan kita nak menyumbang kat peratusan tuu kan? :P


references :
Utusan Malaysia
Kosmo 
MelayuKu Hebat


Thanks 4 reading this entry..! :)

1 Comment:

  1. nik ros said...
    hebat pompuan skarang..huhu

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...