BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Tuesday, October 23, 2012

visceral fat yang bahaya!

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

visceral fat atau lemak abdomen nie adalah sejenis lemak yang berkumpul dekat bahagian perut dan organ2 dalaman yang penting.. visceral fat dengan lemak yang bawah kulit tuu sangat berbeza tau, lemak tuu kita panggil subcutaneous fat..semua orang ada visceral fat nie, cuma bezanya banyak mana jah.. selalunya orang yang apple shaped nie ada banyak visceral fat tau.. kalau banyak visceral fat, kita terdedah pada banyak jenis penyakit kronik..


macamana kandungan visceral fat boleh bertambah?

normally, kandungan visceral fat kita boleh meningkat kalau kita nie suka hentam keromo je makan, or menjalani kehidupan yang kurang aktif or selalu kurang tidur or kehidupan yang selalu stress.. 


macamana nak kurangkan kandungan visceral fat?

makanan yang kita kena kurangkan amik adalah makanan yang high fat dan high sugar.. atau dengan kata laen, air manis xpayah amik sangat laa.. :) 

fokuskan pengambilan makanan macam buah-buahan dan sayur-sayuran dan elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu macam marjerin.. baek gunakan monosaturated cooking oil je untuk memasak.. at least, lemak daripada minyak tuu boleh jugak digunakan sebagai tenaga tak disimpan..

bersenam memang selalu jadik key word untuk gaya hidup yang sihat kan? kalau kita bersenam secara gerila, kita akan berjaya kurangkan kandungan visceral fat kita.. tapi, kalau senaman yang biasa2 saja, sekurang-kurangnya kita mampu maintainkan kandungan visceral fat tuu.. bagus apa?

tapi, pengkaji kesihatan mencadangkan kita bwat aerobic exercise, at least for 3o minutes, 4 times a week.. senaman2 laen boleh membina otot kat bahagian tertentu, tapi visceral fat akan tetap maintain je kat situ.. alaaa, aerobic exercise nie takde la susah mana pown.. berjoging kew, berjalan kew da dikira ok.. kesan dia mungkin lambat, tapi cara nie laa yang paling efektif untuk buang visceral fat..

untuk pengetahuan korang kan, merokok pown antara penyumbang pada pertambahan visceral fat tau.. so, hentikanla merokok nie..

tidur cukup pown penting jugak.. pernah dengar tak orang cakap, kalau nak kurus, tidur la secukupnya..

stress sebagai salah satu faktor pertambahan visceral fat, kena laa dikawal.. macam mana? antara kaedah yang paling mudah, jangan laa tinggalkan solat.. memang mustahil seseorang tuu tak stress dalam hidup dia.. tapi, kalau kita dekat dengan ALLAH, kita akan selalu rasa tenang kan?


kesan visceral fat pada kesihatan

orang yang ada kandungan visceral fat yang tinggi nie selalunya ada banyak jenis penyakit.. kenapa? sebab visceral fat kan berkumpul dekat organ dalaman kita.. so, dia akan menghalang organ kita nak bekerja dengan baek.. visceral nie berkumpul dekat organ2 penting, makanya dia akan kacau jugak pengaliran darah kita, salur darah yang bawak darah dari satu organ ke organ yang laen..

visceral fat boleh menyumbang pada penyakit2 nie:
  • tekanan darah tinggi
  • dementia
  • kardiovaskular
  • ketidakstabilan hormon
  • diabetes
 
references

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    I observed your blog using google and I must say, this is most likely one of the greatest nicely ready articles I have come across in a long time. I've bookmarked your site for more posts.

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...