BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Friday, January 28, 2011

sambungan dari - EP9 - AKU SEORANG BLOGGER

Hakim tergamam saat dia melihat seraut wajah lelaki yang dikenalinya. Lelaki itu adalah Afiq, teman rapatnya sejak kecil. Apa yang Afiq lakukan di sini? Mungkinkah Afiq adalah tunangan Ilya? Otak Hakim ligat berfikir mencari kemungkinan yang mungkin berlaku.

Sewaktu kecil, Hakim, Ilya dan Afiq memang rapat. Juga tidak dinafikan yang Ilya lebih rapat dengan Afiq berbanding dirinya. Afiqlah yang akan memujuk Ilya setiapkali Ilya merajuk dengan usikan Hakim. Hakim juga tahu Ilya sering menceritakan masalahnya kepada Afiq. Afiq memang seorang teman yang baik. Seorang teman yang memahami, Dia adalah pendengar yang baik. Tapi, hubungan mereka seakan terputus setelah Afiq berpindah ke UK.

Kotak memori Hakim terus memutar beberapa entry lama di blog Ilya. Ditulis oleh Ilya kira-kira 2 tahun yang lalu.

          'Ak rindukan dia. Telah lama kami terpisah. Dia adalah temanku yang terbaik. Tapi, alangkah bagusnya jika dia tahu isi hatiku.'

Ketika itu, Hakim langsung tidak mengambil berat akan entry itu. Padanya, entry itu sudah terlalu lama, tidak perlu dipandang berat lagi. Dia juga langsung tidak peduli tentang siapa yang dimaksudkan oleh Ilya. Mungkinkah Afiq yang dimaksudkan? Dia juga tidak pasti. Apakah isi hati Ilya itu? Dia juga tidak pasti.

          'Saat ini, jika dia ada di sini, pastinya dia akan memujukku, memberiku kata-kata semangat yang aku perlukan, memberiku sepenuh perhatian sehingga aku mampu berdiri kembali.'


Sepotong ayat dalam satu entry Ilya yang sering bermain di kepala Hakim. Siapakah orang yang dimaksudkan? Kenapa orang itu kelihatan seperti sangat penting kepada Ilya?

Entry Ilya kira-kira 8 bulan yang lalu turut bermain di ingatannya.

          'Kini dia sudah kembali ke dalam hidupku. Bahagianya aku. Tiada lagi yang aku mahukan dalam hidup. Kehidupanku kembali lengkap.'


Itulah entry terakhir Ilya yang berkisar tentang hati dan perasaannya. Kerana itulah Hakim tidak ambil peduli. Dia menyangka semuanya telah berakhir. Namun, dia salah. Ilya bakal menjadi tunangan orang, tunangan kepada teman baiknya sendiri.

Kini, dia pasrah. Mana mungkin dia merampas tunangan teman baiknya sendiri. Dengan berat hati, Hakim melangkah. Biarlah dia pendam sahaja isi hatinya. Tatkala itu, dia mendengar namanya dipanggil.

SAMBUNGANYA DI EP10-AKU SEORANG BLOGGER

18 Comments:

  1. Fariq said...
    ha okay2.. awak lmbt sgt la..
    okay2... perbetulkan balik..
    thnx for join..
    Fariq said...
    erk,, takde watak fariq dalam ni.. sob3x
    scha al ahmad said...
    hahaha..
    fariq nti adala 2 nti2..
    hahaha..
    z said...
    watak aku tade ker weyh???hahah
    scha al ahmad said...
    nk kew z??
    nti ak bwat crita psi ko ek..??
    echah said...
    ehheeh...sian akim.tapi sure ke afiq tuh nak tunang gn ilya?ye2 je akim lari.heee..serius tak sabar nk bc episod len.hehehe
    shizuka said...
    eh..ade afiq pulak.heehhe...sian hakim.;p
    scha al ahmad said...
    hahaha..
    sja kn bwat saspen..
    ntah2 ilya 2 tunang ngan spa je..
    eQuRlz said...
    best! best! masing2 ske je erk wat suspen2 suh org len sambung..hakhak..sje nk bg cabaran kt org yg nk sambung kan..
    nur aisya humaira said...
    Assalam sha..
    best laa,kecian jugak kt hakim..huk2..
    scha al ahmad said...
    eQurlz>>saspen 2 kn rempah cerita..
    =)
    xsbr nk 2gu ending..
    scha al ahmad said...
    aisha>>thx..
    nasib hakim blom tn2 g..
    =)
    Siti Safiyyah said...
    haha afiq la pulok.. ;p
    eiela said...
    bestnya cerita nih,,suspen je nak menyambung
    ♥NuR SyAFiQah♥ said...
    haha..makin sedih lak
    Fina Fento said...
    huhu..sian hakim :P
    mOoN said...
    Haqim jadi makin sengal...hahaha..
    AISHA INANI said...
    EPISOD 18 (penutup) telah siapp!
    yeahaaa.. jempot baca! hee..

    http://aishawhatever.blogspot.com/2011/02/episod-18-aku-seorang-blogger-penutup.html

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...