BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;
Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

sejak aku masok UTM nie, aku boleh dikatakan agak bergiat aktif laaaa.. ada la beberapa program yang aku juin dan kadang kadang aku memegang jawatan.. aku pernah jadik setiausaha unit, setiausaha program, pengarah program pown.. so, kadang kadang aku boleh tarik nafas lega dengan pengalaman yang aku ada.. sebab aku tau aku boleh bwat keja..

YOU CAN DO IT ! ! !

bila aku diamanahkan untuk memegang sesuatu amanah tuu, aku akan rasa aku bertanggungjawab penuh terhadap sesuatu tuu.. seolah olah kalau aku tak bwat keja, suma keja orang tak jalan.. harus la rasa camtuu kan, baru laaa aku mampu bwat keja dengan baek..

tapi, tak suma orang bwat keja cam kita bwat.. sesetengahnya teringin nak memegang jawatan.. sesetengahnya teringin rasa arahannya diterima dan diikuti.. tapi, kejanya takde la seperti yang kita harapkan..

bila penah bekerja dalam satu organisasi yang lebih besar dengan orang orang yang lebih berpengalaman, kita akan banyak belajar.. lepas tuu, klu kita bekerja pulak dalam satu organisasi yang sebaliknya, kita akan mula rasa tak selesa.. tambah tambah pulak, kalau kita hanyala seperti melukut di tepi gantang.. nak tegur, orang kata kita besar kepala, gila kuasa.. bwat bodo, orang kata kita taknak bwat keja laen, penting diri sendiri.. ditambah pulak kalau kita perempuan.. erk

da tu, nak bwat apa? diam saja la..

zip mulut, jangan cakap apa apa..

itula apa yang aku rasa.. maaf, aku da takde semangat..

okbai!

Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, September 30, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

puyyoh... lama la gila kan aku tak update blog..
bukan apa, masuk masuk sem jah, aku da mula busy dengan festival konvokesyen UTM nie.. 
busy tuu takda la nak busy macam dulu sebab kali nie aku cuma s.u unit pengangkutan dan penginapan.. 
tak macam dulu, aku s.u unit aktiviti dan pertandingan..
mesteyla dulu lagik banyak surat yang aku kuaqkan daripada sekarang kan?

tapi, pressurenya tetap ada beb..
jangan nak kata la kan, da bwat keja wajib ada pressure, sebab kita akan bekerja dengan orang, bukannya mesin atau barang barang yang tak banyak kerenahnya..
masuk unit nie baru la aku sedar susahnya jabatan teknikal nie nak berurusan dengan jabatan aktiviti..
masalah informasi las minute, orang yang susa nak bagi respon memang sangat sangat la melambatkan keja..

pastu, bila aku tengok pulak budak budak aktiviti nie bwat keja, mula la macam macam aku tak puas atie..
almaklumla, aku penah bwat apa yang depa bwat dulu, mesteyla ada yang tak kena ngan mata aku..
tambah tambah pulak depa nie kurang bertanya..
biasakla tuu kan, manusia nie macam macam peel..

apa apa pown, masok festival konvo nie memang cam dadah la jugak kan.. akan addicted!
rasa cam nak masok lagik la! HAHAHA
tak serik serik kan?
tapi, mungkin aku patot masok jabatan pengurusan pulak..
barula sempurna! :)

camna camna pown, jabatan teknikal aku nie memang roxx!
tak sia sia la aku juin jabatan teknikal kan..
rasa cam famili gilak!
besh sket daripada masa aku jadik s.u aktiviti..
mungkin waktu tuu aku cam malu malu lagi kan.. :p

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 9, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera



malam tuu, kami da ceramah nisfu syaaban sepatotnya, tapi da digantikan ngan bacaan yassin.. almaklumla, malam tuu memang malam jumaat pown.. dan da jadik kebiasaan kat penduduk kg kuala nal, baca yassin malam jumaat tuu..

aku ngan ikah dan kaseh datang lambat la jugak.. waktu kami sampai tuu, baru bacaan doa solat maghrib.. mujurla! tapi, tak ramai dak UTM yang da kat situ.. owh, lupa! memang budak perempuan kat stesen kuala nal nie tak ramai..

lepas bacaan yassin dan solat Isyak secara berjemaah dengan penduduk kampung, kami pulang la ke umah mak angkat.. malam tuu makan lagik! heeeeeeeeee.. 

family angkat aku tidoq awal.. lebih kurang lam pkoi 10pm camtu, depa da masok tido da.. aku punyala bertahan mata, takmo tido gi, layan la satu muvi kat tv nie ngan kaseh sampaila 12am.. waktu tuu aku memang mengantok sangat sangat sangat da la.. -.-'

esoknya, kami bangun agak lewat.. aigooo~~~ malu! tapi, mek sangat baek, sentiasa berfikiran positif, kata kami penat tak abiz lagik! HAHAHA pagi tuu mek sediakan sarapan roti canai dan roti telur.. pergggggggggggh... memang KENYANG nak mati la weyh! alih alih aku sakit perot pulak! abiz suma isi perot aku buang.. -.-'

lam 8.30am tuu, kami berkumpul lagi.. untuk gotong royong sebenaqnya.. tapi, kaseh tak turut serta.. dia da keja keja rakit yang perlu disiapkan.. so, aku pi ngan ikah je la.. adik angkat aku tuu, anak mek.. mek memang tak bagi aku jalan sorang sorang.. asik soh ikah temankan aku jah.. :)
tgh tunggu arahan untuk bergotong royong!
dari kiri, ikah, aku, kanan skali syiera.. :)
bayangkanla, aku sorang jah yang bawak family angkat.. tapi, tak kisahla.. asalkan aku da kawan jugak nak berjalan ke hulu ke hilir.. HAHAHA aku da la jugak bual bual ngan budak budak laen.. boleh jah dengan depa nie..

alih alih, kami yang budak budak pompuan nie tak payah pi bergotong royong pown! kena sokong kempen kesihatan yang bwat kat sekolah jah! adooooi~~~ derma darah dan pemeriksaan kencing manis, jantong blablabla..
darah!
aku waktu tuu memang da malas la nak derma darah.. aku ingat g, waktu first time, derma darah tak sakit sangat.. kali kedua cam sakit pulak.. so, aku bayangkan, kali ketiga nie mestila semakin sakit.. -.-'
lagipown, berat aku da bertambah da sejak aku derma darah dulu.. bayangkan la, sebelum aku derma darah, berat badan aku 51kg, tapi lepas lepas derma darah 56kg, susa nau nak turun turun.. naseb baek sekarang da turun sket.. tapi, nak dapat macam dulu, jangan harap la.. :(

aku cuba untuk ngelat.. malas nak derma darah, tapi kena bagi tauladan pulak kat ikah.. waaaaaaaaaaa~~~

sambungan TINTEC KRENEDEX part 4
Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, August 5, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


this entry should be posted last month.. tapi, apa boleh bwat.. aku kan pemalas nak bwat entry.. -.-'


aku da penah janji nak bwat entry pasal tbc kat entry nie.. so, sekarang aku nak tunaikan janji la.. walaupown aku tau takda orang pown nak baca blog aku nie.. T.T


untuk tbc kali nie, aku jadik tbc.. tapi, tak dapat dinafikan yang aku agak kokap.. ntahla aku nie.. katanya orang lama, tapi, boleh pulak nak kokap kan.. mungkin aku kena polish up lagik la confident level aku.. -.-'


aktiviti aktiviti nie suma idea syeb, dan ditolong sket oleh shah.. da tuu, aku nie bwatpa jah? -.-'
macam macam aku bwat.. aku incaj untuk peralatan masak.. aku tangkap tangkap gambaq.. aku tolong isi air lam belon.. HAHAHA

slaen daripada kami 3 orang, da dua g yang terlibat secara penting lam tbc nie.. aena dan giant! ehem ehem..

nie kami punya tentatif
modul 1 : who you are 
pembahagian kumpulan 
modul 2 : produk di pesta konvo 
modul 3 : the mole 
ldk : pertandingan masak 
modul 4 : belon air tampar
modul 5 : bola ooo bola 
modul 6 : tanya la aku 
bbq 
taklimat pesta konvo 
who you are :  ice breaking.. instead of telling who you are to others, other people are telling you what is your first impression to them.. satu kertas dilekat di belakang setiap orang dan rakan rakan laen diminta menulis mengenai orang tuu.. waktu nie, sapa yang tak disukai tuu, memang nampak sangat la.. sebab dia pown tak tau sapa yang tulis, so orang laen boleh tulis sesuka atie jah..

cam biasak, suma orang dibahagikan kepada beberapa kumpulan la kan.. yang menariknya cara pembahagian kumpulan nie, mula mula dorang diminta membentuk kumpulan senirik! pastu setiap sorang daripada kumpulan yang dibentuk, dipanggil sorang sorang untuk membentuk kumpulan baru.. pastuu, tak cukop ngan tuu, kami tuka tuka pulak ahli kumpulan yang kami rasa kami nak.. :D

produk di pesta konvo : melalui kumpulan yang dibentuk, diorang diminta menghasilkan produk yang nak dijual kat pesta konvo nanti.. cam biasa, produk tuu mesteyla akan dibentangkan kat suma orang.. memang kelakar la bila si pembentang tuu mula merepek sebab nak pertahankan produk dia.. soklan soklan yang fasi tanya pown mencabar.. da tentu la otak penuh ciri ciri usahawan berjaya!

the mole : atau pengkhianat.. setiap kumpulan diberi satu maze yang kurang lengkap, dan diorang kena lengkapkan maze tersbut dengan tengok kat sehelai kertas yang dilekat kat suatu tempat.. lam 1 kumpulan tuu, akan ada seorang atau lebih pengkhianat yang bertindak memperlahankan kumpulan tuu.. pengkhianat yang tak menjalankan tugas akan didenda.. dan bila seseorang tuu disyaki sebagai the mole, dia akan dikeluarkan..

pertandingan masak : macam biasak la pertandingan nie.. nasi mentah, ikan tak masak, terlebih garam.. mula mula diorang dipahamkan yang tuu la makanan diorang untuk tengahari, tapi, mesteyla tipu! :)

belon air tampar : permainan nie da 3 kali da aku bwat.. setiap orang pegang hujung satu kaen batik nie.. cam game bola tampar, cuma guna belon air jah.. :)

bola oo bola : permainan nie diadakan berasingan antara perempuan dan lelaki.. diorang dibahagikan kepada dua kumpulan.. cam rugby, kat garisan tengah diletakkan 4 jenis bola, iaitu belon air, bola ping pong, telur, bola tenis.. kumpulan yang dapat kumpul keempat empat bola tuu la pemenang!

tanya la aku : seorang daripada ahli kumpulan setiap kumpulan dikehendaki berdiri di tengah tengah bulatan kumpulannya.. dia kena jawab satu soalan, dan kalau jawapan dia salah. setiap orang yang berdiri di tengah bulatan akan baling belon air ke arah dia.. nasib la sapa yang terkena air tuu.. HAHAHA

bbq : cam biasak, bbq tuu adalah penyeri sesuatu program yang nak rapatkan hubungan antara ahli.. kalau peserta peserta program tuu bijak, dia akan dapat kenal setiap orang yang juin program tuu.. waktu nie la nak bual bual..

taklimat pesta konvo : taklimat diberikan oleh encik fauzi, penasihat pesta konvo kali nie..

overall, program nie besh.. cuma satu je laa.. sebelum lunch, aku sangat sangat la lapar dan takda mud langsung nak terlibat secara aktif.. so, aku banyak pegang kamera jah.. ok, agak rugi di situ.. huhuhu..

tapi, apa yang besh, pas modul 6 tuu, kami mandi pantai.. sangat besh ok.. da la hari sebelum tuu aku da p mandi air terjun kat kota tinggi da.. nie mandi laut kat batu layar pulak.. memang terbaek la! tuu yang demam gedix gedix waktu nak p tintec tuu.. -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Wednesday, August 3, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera



at the end, aku decide untuk stay jah kat kuala nal.. tak kisah la aku cam sunyi sket pown, at least mak cik tuu tak sedih kan? lagipown, aku yakin, everything happens for something.. kat sini pown aku akan ada family angkat.. how bad my life would be?

kaseh, yang jugak junior palapes aku datang amik aku kat bus stop.. kalau ikotkan atie, memang rasa nak nangis jah waktu tuu.. aku nie da la memang suka ngamok bila pa yang aku plan tak jadik..

sampai sampai jah kat umah famly angkat aku, mek *panggilan untuk mak* tengah masak.. aisehman, memang terbaek r! tapi, aku terus mintak diri ke bilik.. ya la, nak letak beg suma suma kan.. mek pown soh aku rehat rehat dulu, mandi..

pas mandi, aku pown p la kat dapor, kowt kowt ada papa yang aku boleh tolong.. tapi, waktu tuu cam da takda pa da yang aku boleh tolong.. hihihi.. mek soh aku p minom air kat ruang tamu.. aku duduk duduk jah, kakak pulak bagi bun.. aku waktu tuu sebenaqnya agak tak lalu nak makan bun.. tapi, demi menghormati tuan rumah aku makan jah..

habis makan bun tuu, kami makan tengahari pulak.. tengahari pown tak tengahari sangatla sebab waktu tuu da pkoi 3.30pm da pown.. kami patot berkumpul kat padang sekolah pkoi 5pm, da sukan rakyat.. peserta TINTEC ngan family angkat suma la.. 

tapi, lam pkoi 4.30pm tuu, boleh pulak aku ngan kaseh tidoq.. hahaha.. mana tak nya, penat tak abiz lagik kowt.. mata memang ngantok sangat sangat da.. lam pkoi 6 camtuu, baru la kami bangun dan p padang sekolah.. rupa rupanya, sapa yang nak juin ja juin.. kalau tak, melepak kat sebelah je laa.. aku waktu tuu memang blurr abiz.. bangun pown terkejut, memang jangan harap la aku nak maen kan.. -.-'

sebelum aku tidoq, aku da mesej ngan mamat tuu.. aku mintak tentatif daripada dia.. bila bangun bangun tidoq tuu, da mesej daripada dia.. tanya, nak amik kew tak tentatif tuu.. memang menambahkan kepanikan aku la kan..

waktu aku p sana tuu, aku pakai serba itam, cuma kasot aku je la yang warna putih.. dan dia pown pakai sebijik cam aku! cumanya, dia pakai selipar.. *gatal* HAHAHA

sambungan Tintec Krenedex part 3

Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, July 29, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


wuhooooo.. kemaen lama aku tak update blog eh? bukan maen bersawang da.. HAHAHA almaklumla kemalasan suda bersarang lam jiwa nie haaa.. tambah plak aku memang kebizian la siket, kunun nak manjakan diri sebaek mungkin sebelum mula bergiat aktif lam apa jua aktiviti.. ehem ehem! nie pown update blog lepas budak budak yang juin tintec pakat dok update blog dorang.. aku pown tak mo la ketinggalan!

program nie actually berlangsung dari 21 julai sampai la 26 julai.. lebih kurang la tuuu.. ak da mula bergiat aktif lam keja keja tintec nie dari 18 julai g da.. sebab waktu tuu la kami mula bagi komitmen secara serius! sebelum tuu pown aku bizi ngan tbc aku jah.. :)

waktu 18hb tuu kan, kami da perjumpaan, nak asing asing ikot stesen la lebih kurang.. klu ikotkan lam list, nama aku kat stesen kuala nal, dengan kiah dan che yam.. lima orang kawan aku g, yakni budak budak palapes jugak dapat kat stesen pasir mas.. masalahnya, daripada bilangan kami yang 8 orang tuu, da 4 orang da tarik diri.. dan 2 orang daripada tuu, kiah ngan che yam la!

memang gundah gulana la aku waktu tuu.. terus aku decide tak mo juin kuala nal, nak lepak jah kat pasir mas ganti budak budak yang tarik diri kat pasir mas tuu.. mujurlah yun, kem komando kat pasir mas tuu tak de masalah je nak terima aku.. aku pown berbahagia la ngan syuk n zati kat stesen tuu..

dua arie jugak la kami bwat perjumpaan.. sebab, kat pasir mas nie, kami kami nie akan jadik fasi untuk adik adik yang nak amik spm.. makanya, bermula la usaha usaha kami untuk bincang pasal modul, refresment suma bagai.. tapi, program k10 nie memang sangat slumber la klu nak dibandingkan dengan k11.. sebab klu prokid yang aku juin dulu tuu, kami akan bwat dulu modul tuu, so that kami akan da lebih feel untuk bwat modul tuu kat adik adik plak..

then, bermula la debaran aku bila pagi nak gerak ke kelantan, aku dapat mesej daripada seseorang.. tanya samada aku jadik juin tintec or not.. aku jawab la yang aku juin, dan memang da kat utm da.. mungkin sebab aku da tuka stesen ngan sesuka atie aku, makanya nama aku tak da lam list.. tapi, by that time, dia da tau la yang aku memang da tuka stesen.. :)

nak dijadikan cerita, waktu tuu aku memang tak sihat, DEMAM SELSEMA! masok je petang sket, kepala aku memang da berat da, terus aku mesej kat si mamat tuu, cakap aku nak tarik diri, sebab tak sihat.. tapi, dia mintak aku inform kat yun, sebab yun kem komando pasir mas.. masalahnya, aku tak de number yun.. terus hasrat hati aku nak tarik diri terkubur camtu je..

lam perjalanan nak ke KELANTAN tuu, alhamdulillah, demam aku cam da kebah sket.. tinggal selsema je.. mungkin badan aku pown kasihankan aku kan? sja je bagi gempak waktu awal awal tuu.. nasib la aku decide nak juin jugak program nie.. sebab aku memang gila nak juin program anak angkat nie.. dan nie la first time aku da peluang!

waktu tuu sket lagik nak masok suboh bila kami sampai kat kg kuala nal.. berentetan la kami ke surau untuk solat dan blablabla.. majlis perasmian pown stat lambat lagik, lam 9.30am camtuu.. breakfast pulak 8.30am.. perot aku time tuu jangan cakap la.. bergendang kencang mintak makanan singgah masok lam perot..

pastuu, sebelum majlis perasmian tuu abiz, diorang da la announce announce nama mak ayah angkat ngan anak anak angkat masing masing.. tengah aku berbual ngan bahgia ngan zati n syuk, tiba tiba aku terdengar nama aku.. terus aku terdiam, tapi aku tak melangkah langsung ke atas pentas.. aku anggap tuu sebagai kesilapan dan aku akan selesaikan masalah tuu.. mujur kaseh, sorang budak yang jugak team rakit jadik anak angkat family angkat aku tuu jugak..

pastuu, laju jah tangan aku nie mesej ke mamat yang mesej aku sebelum nie tuu.. malangnya, line maxis cam xberapa nak ada pulak kat kuala nal nie.. waktu majlis da bersurai, malang sunggoh nasib aku bila mata kaseh cepat je tangkap kelibat aku.. mau tak mau, aku p la kat mak angkat aku tuu..

mak angkat aku punyala excited waktu berbual ngan aku n kaseh.. adik angkat aku, yang bru form 4, sanggop ponteng sekolah semata mata nak amik kakak kakak angkat dia nie.. kaseh menginap kat kg kuala nal nie ntok 1malam je, sebab keesokkan arienya dia akan berakit da.. bila aku jelaskan kedudukan aku yang sebenar, riak muka mak angkat aku memang berubah gila! serius aku rasa bersalah!

waktu tuu atie aku memang kat pasir mas lagik.. ye la, aku da bagi banyak kowt komitmen aku kat kumpulan sana.. takkan tiba tiba aku nak tarik diri pulak? lagipown aku tak kenai langsung budak budak kuala nal nie.. camna la aku nak idop kat sini? aku nie da la agak susa nak bergaul dengan orang.. sob sob sob..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, July 17, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


tadi, lam 2am si syeb kol.. aku memang da sedia maklum da yang dia akan kol, sebab da janji nak basuh ayam untuk bbq sok.. basuh ayam? ye basuh ayam.. aku tau aku kurang pakar lam masak masak nie.. tapi, tuu la yang aku bwat tadi.. -.-'


sebenaqnya, sok aku da teambuilding camp untuk pesta konvokesyen ke 47 utm.. dan aku adalah ajk.. maka jadikla aku seorang yang lebih busy berbanding hari hari yang sebelumnya.. tengok la jam, sampai sekarang pown tak reti reti nak tido lagi kan?


aku bukan apa.. lepas da bangun tido tadi, cam susa pulak nak pejam mata nie.. pas da basuh ayam tadi, aku terus berteleku depan komputer kat bilik mpm nie.. aena+giant bertungkus lumus perap ayam.. HAHAHA sekali sekala jadik pemalas apa salahnya kan?


sok aku akan gerak dari utm lam 7am.. lam bus tuu, lebih kurang cam aku jah yang tau jalan nak ke destinasi.. masalahnya, aku bukan spesis yang hafal jalan.. -.-' maka, aku harap pak cik bus tuu nanti tak banyak tanya pasal bus..


ok la, aku da nak balik bilik da.. nanti aku stori stori sket pasai tbc nie.. doakan aku jadik fasi yang bagos sok! *bagos lam buli orang*HAHA


jum layan pic2 tbc aku yang dulu.. tapi, yang nie aku jadik peserta.. :)
















Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, July 11, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


semalam, 9 Julai 2011 aku ngan kawan kawan aku, DAN tuan firdaus, kak biha ke uthm, batu pahat ntok tengok majlis pentauliahan senior senior aku yang dikasihi.. tapi, tak de pown gambar yang aku amik sepanjang kami kat sana.. sebab aku ngantok sangat sangat waktu sampai kat uthm tuu.. mananya tidak, seawal 4.30am kami da blah dari utm.. awalnya! sob sob sob.. ksian kat mata i nie tau.. menahan tak mo pejam, sebab kesian kat driver..malam tuu pown dok menahan mata dari siang sebab tak mo biasakan diri tido siang.. alih alih malam tido lam 1am jugak..


lebih kurang lam 9am camtuu, majlis stat la lepas sultan johor datang.. sepatutnya, agung yang sampaikan watikah kat kadet-kadet palapes yang nak ditauliahkan nie.. tapi, mungkin dia da hal laen kowt.. so, mintak sultan johor je wakilkan.. tahun lepas pown, sultan perak kowt yang wakilkan agung, waktu tuu bwat kat usm..


pas dorang kawad suma, kami pown mula la nak gerak balik.. sebab zati nak ke kota tinggi, nak tengok pertandingan j-robik.. adik dia dari prokid 5 ada juin jugak..


malang sunggoh kat tuan firdaus yang drive waktu tuu, sebab salah tempat.. RELA yang jaga jalan waktu tuu bleh kata kat dataran apa ntah waktu tuu ada pertandingan j-robik.. sedangkan ada acara apa ntah kat situ..


 tapi, aku la yang bernasib baek.. sebab da pertunjukan dari pancaragan SM Tun Fatimah.. perggh, gembira bukan kepalang la aku! tiba tiba je rasa rindu kat pancaragam sekolah aku.. ntah bila aku nak melawat dorang.. dorang pown ntah tak ingat aku da.. sob sob sob..


aku da rekod satu lagu yang dorang maen.. mula mula aku tengah syok syok rekod lagu 1st dorang maen.. lagu pa ntah, aku tak engat, tapi memang lagu pemes la.. alih alih aku tak tekan button record.. perggggh.. memang panas atie.. hajat hati nak rekod sampai habih, tapi memori handphone full pulak!

baju dorang memang semart..! tapi satu jah yang aku pelik.. dorang tak pakai tudung.. tau tak dorang pakai pa? dorang pakai anak tudung! da la anak tudung hitam yang nipis yang aku selalu pakai ngan tudung.. pelik sungguh! aku engat dorang bwat anak tudung khas yang tebal sikit.. da tuu, leher memang terbentang luas la.. hmmmm..


pusing punya pusing, last last kami jumpa dataran tun sri lanang.. kat situ la pertandingan j-robik terbuka.. ada SMAT, sekolah prokid 5 dulu.. dari nak balik awal, balik sampai acara habis.. gara gara adik adik asik tahan kami daripada balik..


1st time aku tengok j-robik.. menarik! 1st kumpulan yang aku tengok mesteyla SMAT.. kebetulan pulak dorang perform dulu.. memang bersemangat la aku tengok.. da la dorang pown memang bersemangat habis.. tapi, lama la gila! 45mins kowt.. aku pown sampai da nak buhsan da.. nasib semangat dorang tuu tinggi, sedap jugak la aku tengok..



bila kumpulan ke2 perform, aku da pelik.. kenapa lagu sama jah? movement pown sama? cuma dorang punya formation jah laen.. malangnya, pertandingan tuu bwat bawah bumbung, bukan stadium.. kalau tak, bleh la penonton nampak dorang punya formation ngan lebih jelas..


sepanjang arie tuu, aku asik tunjuk true color aku jah.. haaaaaaaaaish.. tak abis abis dengan gelak.. abang chotd yang tak penah penah nak kenal aku pown aku rasa da boleh hafal abis aku nie.. 


da tuu, da plak peristiwa nie.. tuan firdaus bayar makanan, engat da bayar untuk suma.. alih alih makanan zati ngan air air suma tak bayar lagik.. mak cik tuu jerit panggil.. waktu tuu aku ngan wana last sekali.. nak bayar, dwet tak cukup plak.. perggggggh, malu nak mati.. wana pown p la panggil orang orang kat depan tuu.. last last, aku kira kira syiling, cukup pulak bwat bayar mak cik tuu..


sesungguhnya aku sangat sangat la malu dan sedih waktu tuu.. bleh plak terkena time tak bawak banyak dwet.. huhuhu.. nak bwat camna kan.. aku dok baget nak p uthm jah, tuu yang bawak dwet sikit.. nak bawak banyak banyak pown, bukan ada.. T.T


papa pown, arie tuu memang aku bahgia la.. so, lupakan jah yang sedih sedih tuu...!

Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, July 7, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


aku sebenaqnya tengah dilanda kebuhsanan yang teramat sangat nie..
bwat keja APA POWN TAK BOLEH.. -.-'
tension siot macam nie.. tak boleh aku nak teruskan idop..
takkan nak menatap lappy ini lagi?
wuuhuuuu.. kecik atie lappy ak.. *urut urut belakang lappy*
tiba tiba aku teringat la akan satu program yang bakal aku juin..
namanya TINTEC-KRENEDEX 2011..
program nie lbeh kurang cam program anak angkat la, tapi lebih pelbagai..
kalau aku tak silap, program nie bleh dikatakan terbahagi kepada 3 peringkat yang utama..
30 orang peserta akan terlibat dalam team rakit..
team rakit nie akan menyusuri Sg Kelantan dari Kuala Krai ke Kota Bharu untuk menjalankan penyelidikan mengenai kebersihan air sungai..

peserta-peserta laen pulak akan jadik fasi kat 3 buah sekolah yang berbeza..
maksudnya, kami akan dibahagikan kepada 3 la kan..
1kumpulan akan jadik fasi untuk budak budak SPM kat pasir mas..
1kumpulan untuk budak budak PMR kat kuala krai, dan satu lagik adalah untuk budak budak UPSR kat kuala nal..
aku akan jadik fasi untuk budak budak UPSR..
omaigod..!! its so challenging ok..
aku baru je jadik fasi untuk budak budak SPM, tiba tiba bertukar ke budak budak UPSR pulak..
muga muga aku sukses la kan..

3 hari kami menginap kat tempat yang berbeza, kami akan bergerak ke kota bharu..
kat sini, kami akan jadik anak angkat kat beberapa keluarga yang terpilih..
3 hari la jugak kami akan menginap ngan diorang nie..
23-26 Julai 2011..

program nie pown akan jadik satu experience baru untuk aku..
aku yang tak pandai dan tak paham loghat kelantan akan menginap lebih kurang lam 5 hari kat negeri cek mek molek nie..
da la jadik fasi untuk budak budak UPSR, mstey la loghat depa pown pekat g..
takotnya aku kalau da masalah komunikasi nanti..
aku pown memang tak pernah juin any program anak angkat..
so, I AM EXCITED beb..!
and for the first tym oso, aku akan naek ketapi!
dari johor ke kuala krai, kami akan naek ketapi jah!
WUUUUHOOOOOOOOOO..!
tak kira la besh kew tak, aku dapat naek jugak!
cuma satu je la yang aku rugi..
aku tak dapat juin team rakit..
tak dapat la aku nak merasa berakit kan..
tuu laa.. bagi nama lambat sangat..
terpaksa la pasrah dengan pa yang dapat..
at least aku tetap akan dapat new experience..

tak sabar dowh nak p..
macam macam bayangan da lam otak aku nie..
kah kah kah..
papa pown, nanti bila aku da betul betul p, aku update g blog nie..
aku cerita pasal new experience aku tuu k?
;)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, July 3, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

last weekend, ak da juin satu program nie, PROKID V kat SMK Air Tawar 2.. its a very new experience for me.. ak sebagai sorang fasi jugak belajar banyak.. oooops.. lupa nak crita program nie pasal pa.. ok ok prokid nie adalah singkatan kepada program khidmat insaniah dinamik, di mana, kami dak dak utm akan p ke sekolah untuk memotivasikan adik2 yang bakal menduduki peperiksaan besar.. untuk prokid kali nie, kami memotivate adik2 form 5!

ini first time ak juin prokid, dan first time jugak ak jadik fasi.. so, untuk menghandle adik2 agak sukar sebenarnya.. tambaha2, ak nie memang susa jugak nak mengarah arah anak2 orang nie.. jadik serba tak kena.. even anak2 menakan snirik pown ak kurang bijak nak larang nak tegur sini sana.. tapi, ALHAMDULILLAH, ak berjaya juga menyelesaikan tugas dan misi ak kat SMK Air Tawar 2..

walaupown program nie da abiz, ak sangat sangat berharap ak mampu g nak tolong adik2 nie.. ak tak mo dorang amik jalan yang susa macam ak.. nak tolong adik snirik, dia da abiz belajar da pown.. tinggal ak ja masih terkontang kanting kat sini.. :')

jum kasi layan gambar.. tapi, ak cam tak banyak tangkap gambar waktu program nie.. huhuhu.. T.T

ini ak dengan aein.. oh, no! kenapa ak nampak pelik lam gambar nie?

pieqa.. saat paling kelakar bila dia tak paham paham benda yang kami gelakkan satu kumpulan..

syda.. budak yang sangat la kecil tapi kuat gelak dan makan.. ak banyak gelak ngan dia time makan..

syakiela bercita cita nak jadik sorang peragawati.. smuga kamu berjaya lam bidang yang kamu pilih, dik! ALLAH jangan lupa..

adik2 perempuan kumpulan ak nie..

nie ak bersama hanif, partner fasi..

akim.. sorang budak yang agak pendiam, tapi sangat baek, sentiasa bwat keja..

fahmi.. tinggi lampai cam tiang lampu.. hahaha.. dia nie nak jadik ashkar beb!

syafiq nie tak sihat waktu program nie.. selalu jadik perhatian ak.. almaklumla, ak nie unit kesihatan.. :)

dak nie sorang olahragawati, ayu namanya.. memang banyak maen ngan ak..


Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, June 21, 2011

 Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera
sekarang nie ak da kat utm lagi.. ak involve lam dua program..
program pertama, pesta konvokesyen utm ke 47..
hari jadinya lambat lagi, 22sept-29sept 2011.. tapi, sekarang nie gerak kerjanya je la..
alhamdulillah, bwat masa nie, tugas ak da selesai..
cuma, selaen jadik ajk pesta konvo nie, ak jugak adalah ajk teambuilding camp (tbc) untuk ajk2 pesta konvo..
tarikhnya tak tetap lagi, ak kat utm nie pown cam terumbang ambing..
APA POWN TAK BOLEH nak bwat.. huhuhu..

so, ak amik kesempatan juin satu program kolej nie..
PRO KID.. program khidmat insaniah dinamik..
program nie program ntok budak2 sekolah..
cam menarik sebab ak tak penah langsung juin program program camni..
sekadar jadik ajk untuk junior camp ak ada la..
dulu pown, ak da kesempatan nak mendalami ilmu ilmu kefasian nie..
tapi, sebab ak da komitmen ngan palapes waktu tuu.. tak dapat la.. sob sob sob..
fasi bagi cahaya baru kat budak budak.. HAHA

pada mulanya, ak adalah s.u untuk pro kid nie..
tapi, da masalah teknikal sket, ak da jadik fasi biasak..
waktu pengarah program bacakan nama nama pelaksana induk tuu, tergamam jugak ak bila nama orang laen yang disebut..
kecik atie ak..
ye la, waktu nak carik s.u, beria2 tanya ak kan.. ak pown waktu tuu pening pening ngan tarikh tbc nie haaa..
takot jugak tarikh clash, alih alih jadik camnie.. wuhhuuuu.. :'(
tak pe la kan.. ak pown kebelakangan nie asik pegang jawatan je dalam program program nie..
kali nie biaq jadik fasi je..
besh jugak.. :)

tapi, ak masalah sket r nak jadik fasi nie..
satu, ak nie sorang yang agak pemalu actually.. ^.^
then, ak agak sukar nak menjalinkan hubungan mesra dengan orang baru..
klu adik adik tuu tak kisah la kan..
nie budak budak yang jadik ajk nie..
rata rata orang yang ak tak kenal dan tak rapat..
tak pe la.. tuu la motif ak juin program banyak banyak nie..
ak nak hakis sedikit demi sedikit perasaan kekok ak bila berhadapan ngan orang baru..
wish me lux ya guys!
lepas nie da bleh cakap kuat kuat kuat dan tak kekok da.. HEEEE
Thanks 4 reading this entry..! :)

Monday, May 30, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

28 Mei 2011

Hari nie kami (kat PALAPES UTM) da latihan pandu arah atau kata lainnya explorace. Dalam UTM yg sangat besar nie, kami dikehendaki menyelesaikan explorace ini yang mempunyai 4 check point dalam masa yang paling singkat yang termampu oleh kami. Pegawai-pegawai kadet peringkat senior, intermediate dan junior serta leftenan-leftenan muda dibahagikan kepada 10 sindiket. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan kompas, sindiket telah dikurangkan kepada 8 sahaja.

Pagi itu, aku bangun seperti biasa, tidak terlalu lewat, dan tidak terlalu lewat. Semua peralatan yang diperlukan juga telah ak sediakan sebelum aku tidur malam itu. Setelah semua orang siap berbaris di luar bangunan MA1, kami bergerak ke cook house untuk sarapan. Pagi nie kami makan nasi goreng, dan aku makan lebih sedikit daripada biasa, hampir satu senduk.

Tiba-tiba ada orang ingatkan mengenai barang-barang yang perlu dibawa bersama. Malang sekali, aku telah tertinggal rantai disc. Langsung tak teringat ntok pakai bersama semasa pakai baju loreng tadi. Ak berjanji ngan mira ntok sama2 amik barang. Dia tertinggal buku p.o. kononnya nak menghafal nama2 pegawai dan staf. Tapi, hari nie lambat pulak mira habiskan makanannya. Sementara tunggu dia, perut aku da mula memulas.

Akhirnya, mek nur ajak aku ke bilik sama2. Aku sempat pesan kat dia ntok gerak dulu klu da siap amik barang. Aku memang yakin betoi aku akan lambat, sebab nak ke toilet. Lagipon, aku rasa bête la ak force perot aku ntok keluarkan papa yg patot, at least tak la aku sakit perot masa explorace nanti.

Memang habit aku, asal makan pagi, mestey ke toilet. Dan bila ke toilat, hampir 1 perut dikosongkan, dan mula la aku rasa lapar. Mujur la 1 hari nie aku tak rasa lapar langsung.

Kira-kira 8.15am kami bergerak dari padang kawad PALAPES. Awal-awal nie aku memang bersemangat sungguh, cuma kurangnya mulut aku xbanyak bising. Mungkin kerana rata-rata orang yang dalam kumpulan aku nie pown kurang cakapnya, aku pulak xkenai sangat diorang nie. Perjalanan ke check point pertama kurang menarik kerana kami da tersalah tempat. Agak jauh kami terlajak jalan, tapi waktu tuu semangat aku masih belum luntur, masih membara!

Check point ke2, jaraknya dalam 5km. tapi, bukan jarak yang menjadi persoalan, tapi keadaan muka buminya yang berbukit bukau, sangat menduga aku! Tapi, aku cuba kuatkan diri, sambil memberi sokongan kat wana. Sampaikan ada yang kata, ak sangat bersemangat waktu nie. Sedangkan aku da mula mintak nyawa da pown.

Check point ke3 juga masih berbukit bukau. Kadang kadang kesabaran aku teruji jugak. Tapi, aku tau, walau apa pown yang aku rasa, aku kena habiskan juga explorace nie. Mana mungkin aku biarkan sindiket aku kalah kerana aku? Malah, terngiang ngiang kat telinga aku kata-kata staf azmi untuk tak memalukan peringkat.

Sampai di check point ke3, lama kami beristirehat. Makanan ada disediakan di situ, tapi aku menolak untuk makan. Alasan aku, tak nak perut yang berisi menjadi penghalang untuk aku terus bergerak. Ak hanya minum air yang disediakan, iaitu teh limau suam. Memang sedap! Rasa cam keluar semua angin dalam badan.

Bergerak ke check point 4 agak menyeksakan. Mungkin kerana itu adalah check point yang terakhir. Setiap orang memaksa diri untuk menyelesaikan explorace dengan segera. Hingga ke saat-saat terakhir, kami memecut dengan sepenuh tenaga. Walau pown tenaga hanya la suku daripada nyawa, tapi perlu la disumbangkan untuk pasukan.

Akhirnya, aku berjaya juga sampai di check point terakhir. Perkara terakhir yang aku ingat adalah aku menyerahkan borang explorace tuu kat tuan ammar. Lepas tuu pandangan mata aku gelap.

Bila aku sedar, aku diturunkan daripada pajero ke klinik. Aku pelik. Apa yang da jadik ngan aku nie? Aku seolah olah bermimpi. Berada di padang kawad, dan tiba-tiba aku collapse. Tapi, bila pulak aku kawad? Seingat aku, aku da explorace tadi. Aku buntu. Aku didudukkan kat atas kerusi kat luar klinik. Beberapa orang yang masih aku samar2 mengarahkan aku bangun. Aku yang masih kebingungan cuba memahami situasi yang berlaku. Kemudian aku macam hilang ingatan. Mungkin saja aku pengsan lagi.

Aku sedar lagi bila aku da dalam klinik. Aku nampak da beberapa orang mengelilingi aku. Ada doctor, puan holina, dan aku tak pasti siapa lagi. Pakaian ak telah dilonggarkan. Berkaki ayam, baju loreng dibuka butangnya, tudung ditanggalkan. Sebelum keluar, ak mengancing butang baju perlahan-lahan, kerana aku tak dapat berfikir dengan waras. Sewaktu berjalan keluar klinik juga aku tak dapat berjalan dengan baek.

Masuk sahaja dalam pajero, seseorang turut mengikut aku masuk, puan dayah. Aku terus bertanya situasi sebenar. Katanya, aku pengsan. Tapi, aku langsung tak sedar bila yang aku pengsan. Sungguh aku tak ingat. Sewaktu doctor bertanya samada aku makan pown, aku terlupa samada aku da makan atau tak.

Sampai di cook house, puan dayah mengiringi aku ke meja makan dan meminta junior untuk mengambilkan makanan untuk aku. Dia juga meminta ashabul dan bean yang bertugas untuk fitik pada hari itu untuk menemankan aku makan. Mereka diamanahkan untuk memastikan aku menghabiskan makanan.

Malangnya, makanan tuu terlampau banyak untuk aku. Aku tak mampu nak makan semuanya. Nak makan sikit pown terasa susah sangat. Sedang aku cuba makan, tiba2 aku tak dapat rasa tangan ak. Tangan aku jadik lembik. Malah seluruh badan aku rasa lembik. Aku rasa macam badan aku mengecut! Aku da mula panik. Aku mintak ashabul dan bean panggilkan puan holina untuk suapkan aku. Aku yakin aku terlampau lemah, dan tak de tenaga. Aku yakin aku sangat perlukan makanan.

Permintaan aku yang pertama membuatkan ashabul dan bean tergamam. Langsung tak membuatkan mereka bergerak dari tempat duduk. Aku mengulangi permintaan aku buat kali kedua dengan suara yang lebih kuat. Baru la mereka mula bergerak memanggil puan. Sewaktu tuu aku semakin panik.

Puan holina datang dengan beberapa orang lagi. Aku semakin panik, aku terasa seperti tuu adalah penghujung kepada kehidupan aku. Tambah2 apabila ada beberapa orang yang mula mengajar aku untuk mengucap. Kata2 aku pula jadik semakin sukar untuk dituturkan pada waktu tuu. Aku mula teringat neraka, klu aku tak mampu mengucap dua kalimah syahadah hingga habis. Aku mula teringat mama dan abah kat umah. Apakah perasaan mereka klu aku tak sempat jumpa mereka buat kali terakhir? Da lama sangat aku kat sini. Terlampau banyak masa yang aku luangkan untuk komitmen aku di sini, dengan mengurangkan masa untuk keluarga.

Staf awang meminta aku untuk membuka mata. Pada mulanya, aku rasa agak sukar, tapi aku paksakan diri. Aku juga ingin tau samada aku masih mampu melihat. Alhamdulillah! Aku nampak semua orang yang berada di hadapanku! Puan Holina mula menyuap nasi ke mulutku. Alhamdulillah! Aku masih mampu menikmati makanan itu. Tergesa gesa aku mengunyah makanan yang masuk ke mulut. Aku sangat berharap, tangan aku mampu bergerak lagi.

Setelah beberapa suap, aku rasa lega. Aku da mampu gerakkan tangan aku. Walaupown kurang bertenaga, aku da rasa bersyukur. Akhirnya, aku mintak untuk pulang ke bilik. Bro menemani aku.

Tiba di bilik, otak aku jadik sangat blank. Aku jadik sangat blur. Semua benda kelihatan serba baru di mataku. Suasana dalam bilik seperti tak pernah ku lihat.

Bro mintak aku mandi dulu. Tanpa membantah, aku akur ke bilik mandi dengan ditemaninya. Sedang aku bersedia untuk mandi, sekali lagi aku tak dapat rasakan tanganku. Aku mula panik. Aku menjerit meminta bro membawakan pisang yang kami bawa pulang tadi. Mujurla ada pisang tuu. Sementara tunggu bro, aku cuba bersandar pada dinding. Tapi, aku tak yakin. Aku tak dapat rasa langsung dinding bilik air tuu. Kaki aku yang memijak lantai pown terasa sangat lembik, terlalu lemah untuk menampung badan aku.

Mujurla bro datang tepat pada masanya. Aku memeluknya sambil dia menyuapkan pisang ke mulutku. Kemudian, puan holina dan puan adila datang. Mereka terpaksa mengangkat aku ke bilik kerana aku tak mampu untuk berjalan pown.

Setelah menghabiskan semua pisang yang ada, aku rasa lebih bertenaga. Aku juga mampu berdiri. Tapi, keadaan badan aku sangat tidak memuaskan hati. Aku merasakan badan ak sangat lembik. Entahla, mungkin perasaan aku sahaja.

Untuk satu tempoh masa, ingatan aku seolah-olah hilang. Aku terlupa caranya untuk mengambil wuduk dan solat! Untuk mensyampu rambut, menyabun badan juga aku lupa! Setiap kata-kata yang dituju kepadaku tak dapat diterima dengan baek. Betapa buntunya aku pada waktu tuu.

 Selepas mandi dan solat, aku makan. Pada waktu nie, aku da mampu bercakap dan ketawa dengan baek. Aku mula bertanya keadaan sebelum aku pengsan kepada orang-orang yang berdekatan. Kelakar pulak rasanya apabila mendengar cerita-cerita mereka. Tak sangka aku akan menunjukkan diri aku yang sebenar bila aku panik. Dan orang pulak menyangka aku hysteria kerana tidak pernah melihat aku seperti tuu.. J

Selepas aku makan, aku terus tido. Pada awalnya, aku tak dapat melelapkan mata. Mata aku tak lepas melihat tanganku yang kurasakan lembik. Akhirnya, aku memaksa diri untuk tido. Aku nak turun roll call malam nie!

Sewaktu masa mula menginjak malam, salah seorang daripada skuad aku datang membawakan makanan untuk bro. aku meminta bro makan dulu, kerana aku masih tiada selera untuk makan. Akhirnya sampai ke roll call aku masih tidak makan. Pada fikiranku, pastilah roll call tidak lama seperti biasa. Pastilah ak masih mampu bertahan sehingga malam nanti.

Sebelum roll call bermula, peringkat intermediate telah didenda. Malang sekali aku pada malam itu. Tapi, memandangkan aku berada dalam baris, aku terpaksa melakukan denda yang dikenakan. Terus badan aku terasa lemah kembali.

Mujurlah selepas baris, staf azmi meminta aku keluar baris dan membantunya menyiapkan kerja bersama beberapa orang kadet yang sakit.


29 Mei 2011

Aku dikejutkan bangun subuh oleh mak. Aku cepat2 bangun memandangkan matahari mula menampakkan dirinya. Kemudian, aku sambung tidoku. Aku terasa lebih sihat daripada semalam.

Mak kejutkan lagi untuk sarapan. Pada mulanya aku terasa sangat malas untuk sarapan. Almaklumla, selera makanku masih belum pulih. Tapi, mengenangkan mak yang mungkin akan marah, aku segera bersiap. Malang sekali, kepala ku sakit, aku terasa pening pulak. Ketika itu pown, aku da siap berpakaian. Aku membatalkan niat aku untuk bersarapan, dan meminta mira untuk menemaniku.

Untuk makan tengahari, aku masih tak mampu untuk bergerak. Kepalaku masih terasa pening. Mak memahami keadaanku dan meminta mira untuk menemaniku lagi sementara semua orang bergerak untuk makan. Makanan untuk ku dan mira dibungkuskan.

Tapi, selera makanku masih dalam keadaan yang kurang baek. Aku cuba memaksa diriku untuk memakan sebanyak mungkin nasi. Sambil menonton maharaja lawak, aku menyuap nasi kosong dengn kuah. Sekurang kurangnya ada juga makanan dalam perut aku nie.

Selesai solat, ak tido lagi, kepala aku berdenyut2. Aku tak mampu berdiri dengan baek, pening. Memang banyak aku tido kali nie. Malam nie aku perlu study, untuk test keesokan harinya. Maka, mau tak mau, terpaksalah aku sihatkan diri aku malam nie. Biarlah aku tido petang nie, supaya malam nanti aku sihat untuk study.

30 Mei 2011

Semasa di kelas perut aku da mula berkeroncong. Tapi, tekak aku seolah olah langsung tak nak terima nasi. Aku teringat bihun soto kat gerai CICT tuu. Sedap juga klu aku makan bihun soto kan. Mana tau selera aku akan terbuka nanti. Malangnya, gerai tuu plak yang tak dibuka. Aku hampa.

Kemudian, aku mengajak wana ke RUBY. Selalunya, RUBY ada jual bihun sup. Entah kenapa, tekak aku rasa teringin sangat nak makan makanan bersup nie. Klu dulu, aku langsung tak berselera tengok mira menjamah bihun sup.

Alhamdulillah, aku dapat juga makan makanan yang aku inginkan. Tapi, baru beberapa suap, aku da mula tak lalu nak makan. Perut aku masih lapar, cuma ak tak lalu je. Aku paksakan juga diri untuk menjamah saki baki makanan yang masih separuh hidangan itu. Kasihan wana, terpaksa menunggu aku menghabiskan makanan.

Akhirnya aku berhenti makan, da tak mampu rasanya badan aku nak menerima makanan yang disuap. Sampai je di bilik, aku mulai rasa lapar, tapi aku tiada selera untuk makan. Owh, dugaan! L

p/s : sebarang kesalahan ejaan + tatabahasa harap difahami.. da lama tak de kelas bahasa melayu.. J


typin truthfully by :
Nurul Hazwani Syakirah Ahmad
7525199
PKW Intermediate

p/s 2: salinan daripada assignment daripada staf! :)


Thanks 4 reading this entry..! :) 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...