BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

tadi, si fatheyah datang kat aku, cakap yang dia ada baca satu tajok kat KOSMO nie pasai perempuan melayu Malaysia nie kaki curang.. erk


aku pown terus la google nak tengok betul kew ada camtu kan? kenapa plak camtu?

berdasarkan apa yang aku baca, mostly faktor isteri curang adalah kesalahan si suami jugak.. 

antaranya, sebab si suami tuu tak mampu bimbing si isteri.. ada satu kisah nie, sampaikan si suami nie sendiri yang kenalkan lelaki kat si isteri.. erk, dahsyat la! sebab apa? si suami pown dok pasang kat belakang, dia takmo la si isteri kaco line dia kowt..

pastu, si suami tak mampu nak beri nafkah zahir, asyik nak kikis dwet si isteri je.. ataupown si isteri nie terpaksa pulak bekerja untuk sara keluarga.. kalau secara logiknya, seorang isteri bekerja menghabiskan lebih masa kat tempat kerja daripada kat rumah.. rata2 yang curang pown dengan rakan sekerja jugak!

selalunya detik2 permulaan isteri curang nie bila dia da start nak bercerita masalah dengan suami kat orang ketiga.. orang ketiga yang nak ambil kesempatan mulala masok jarum.. temankanla, dengar luahan hati sampaila kecurangan tahap dahsyat!

tapi, pada pendapat aku, mostly isteri yang curang nie, diorang terlalu ikotkan perasaan, kehendak nafsu tuu.. diorang lupa tanggungjawab yang kena pikul.. sekecewa mana pown diorang kat suami, anak kena fikirkan jugak.. anak kalau kecik2 g da tensen, bila besar ntah jadik apa.. kan?

suami plak, sebagai ketua keluarga, kena kuat.. kuat mental dan agama! sesetengah lelaki nie, bila ada masalah dalam kerja, tak cukup dwet kew, mula la nak tensen, abaikan family, carik fun kat luar.. kalau suami pown tak kuat, anak bini apatah lagi? pastu, sebagai seorang suami tak boleh la abaikan didikan agama kat anak bini.. berat tanggungjawabnya seorang suami nie.. kan?

tau tak kajian by GhanaWeb meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga dengan kecurangan isteri sebanyak 39%! uuuuuuuit, malu weyh! da la negara Islam.. 

according to Musa Awang, sorang peguam syarie plak, peratusan perceraian sebab kecurangan isteri pulak meningkat 20% setiap tahun! paling banyak jadik kat bandar2 besar, macam KL, Putrajaya, Labuan.. mungkin sebab most isteri kerja kowt kan?

so, jom kita sama2 perbaiki diri.. takkan kita nak menyumbang kat peratusan tuu kan? :P


references :
Utusan Malaysia
Kosmo 
MelayuKu Hebat


Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, October 20, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


disebabkan kebelakangan nie aku asyik nak marah marah, asyik sakit atie je, aku pown search la kat google, cara nak kawal kemarahan dan tingkatkan kesabaran nie..
muga muga entry nie, bukan sahaja bagi kebaikan kat aku, tapi kepada orang laen jugak..
klu suma orang bersabar dan bleh kawal kemarahan, this world will be a better place for us kan? :)




DOA HILANGKAN KEMARAHAN




A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”
utk doa tingkat kesabaran, boleh klik sini..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


wuhoooo... bersarang suda blog aku nie.. blog yang sememangnya tak ramai yang datang, makin ramai la yang tak datang eh? HAHAHA
entahla aku nie.. agak malas nak update blog kebelakangan nie, sedangkan ada jah idea yang aku nak update.. 


okay, sekarang aku nak berkongsi sket pasai satu ilmu yang baru aku dapat 3 4 hari yang lepas lam satu tazkirah nie.. korang mungkin da tau da, tapi aku tetap nak share jugak.. entry nie pown sebenarnya satu peringatan untuk diri aku jugak.. at least, bila aku tengok balik entry nie, aku tak mudah lupa..


anyway, korang tau tak sebenarnya hidayah nie terbahagi kepada 4?

PERTAMA : HIDAYAH AL WIJDAN AT-TABIE - hidayah nie adalah petunjuk yang kita dapat sejak lahir dan sememangnya ia sangat berkait rapat dengan sifat semulajadi seorang manusia.. sebagai contoh yang sangat mudah, anak yang baru lahir.. sapa agak agaknya yang ajar dia untuk berjalan, bercakap dan laen laen? da tentu la ada petunjuk yang dia dapat.. hidayah al wijdan at tabie la tuu..

KEDUA : HIDAYAH AL HAWAS - hidayah nie pulak petunjuk pancaindera kita yang lima tuu.. kalau kita tak dapat petunjuk nie, macam macam yang benda bahaya yang kita boleh dapat.. contohnya, kebakaran.. kalau kita tak nampak api, tak dapat dengar jeritan orang pasal kebakaran, tak dapat rasa bahang api, tak dapat bau asap, camna kita nak selamatkan diri *aku tak bagi contoh untuk lidah eh? heeeeee*.. ye tak?

KETIGA : PETUNJUK AL AQAL - okay, petunjuk nie mudah.. kalau kita takda akal, kita tak boleh berfikir dengan waras.. walau apa jua keputusan yang kita bwat, tak boleh nak amik kira langsung..

KEEMPAT : HIDAYAH AD-DIN - hidayah nie adalah hidayah keagamaan, dan terbahagi pulak kepada dua, iaitu hidayah dilalah dan hidayah taufik.. hidayah dilalah nie petunjuk ilmu yang ada dalam al-Quran, sementara hidayah taufik nie pulak adalah kesanggupan dan kemahuan untuk melakukan perintah ALLAH untuk ke syurga dan keberkatan di dunia..

okay, cuba kita renung balik diri kita.. adakah kita punya keempat empat hidayah tuu? kebanyakan orang Islam kat Malaysia nie ada hampir kesemua hidayah nie kecuali hidayah taufik.. yup, hidayah taufik la yang kita carik carik selama nie..

kalau korang baca kat sini, aku penah cakap yang hidayah nie kena carik, kena usaha.. haaaaaaaa hidayah taufik la tuu.. 4 hidayah ALLAH da berikan kepada kita free free jah, takkan suma pown nak percuma.. kan? kalau korang pown, asyik bagi hadiah je kat orang, kadang kadang korang pown teringin nak hadiah jugak kan? kan?


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


okay, sekarang cuba korang baca ayat keenam.. korang penah perasan tak yang kita sedang meminta petunjuk daripada ALLAH setiapkali kita baca al Fatihah


cuba bayangkan, 17 kali kita baca al Fatihah dalam sehari.. betapa ALLAH membuka jalan untuk kita sentiasa meminta petunjukNYA..


aku rasa kan, sebab tuu la SOLAT TIANG AGAMA..


kalau kita lupa solat, tak mustahil kita boleh lupa nak mintak petunjuk ALLAH kan?


cuba bayangkan lagik, kita sangat busy dalam satu temph dengan assignment yang bertimbun, kuiz, test yang tak putus putus, tapi kita tetap tak tinggal solat.. sekurang kurangnya, kita tak lupa nak mintak petunjuk kan?


dapat bayangkan tak hidup kita tanpa petunjuk?


credited to :

p/s : jum sama sama kita perbaiki bacaan al Fatihah kita.. :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 16, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera




arie nie aku ngan mama solat kat saf belakang *ada dua saf jah :p*.. bila masok jah rakaat ke9 solat tarawikh arie nie, ada yang keluar.. so, saf da jadik lubang lubang da.. last last saf ke2 nie merapat ke sebelah kiri.. adoooooooooi.. aku pown da mula pening da.. setau aku, saf start dari tengah.. tapi, tiba tiba aku tak pasti pulak...

kalau menurut mama, makcik2 nie cakap perempuan kena rapat sebelah kiri.. betul kew eh?

aku da google berkenaan masalah nie.. malangnya, aku tak pasti pulak ustaz yang bercakap tuu bertumpu pada makmum lelaki saja kew atau dua dua sekali.. tapi, aku pown da tanya la jugak kat ustaz ustaz yang menulis kat blog tuu..

tapi, aku tak pasti, bila aku boleh dapat respond daripada diorang.. so, korang tau tak sebenaqnya saf start dari mana?



p/s : dan kalau betul la saf start dar tengah kan, camna eh aku nak cakap kat makcik2 nie? -.-'

Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 13, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


tadi, waktu aku blogwalking, kat blog nie, aku da terjumpa satu video yang sangat menyayat hati.. serius aku rasa sapa yang tengok video nie mestey nangis.. mestey akan timbul rasa keinsafan dalam hati.. wardina dalam nie bercerita pasal perubahan yang dia alami..


ayat dia yang paling aku suka adalah macam yang ada kat tajuk tuu laa.. korang tengok la sampai habis tau.. semuga kita sama sama mendapat keberkatan daripadanya.. insyaALLAH



Thanks 4 reading this entry..! :)

Friday, August 12, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


tadi aku ada baca kat blog kereta mayat nie.. dia bercerita pasal hati yang gelisah.. ada sorang kawan dia nie hati gelisah sangat sangat sampai berhabiss duit jumpa bomoh.. kata bomoh tuu, dia kena buatan orang.. tapi, bila dia jumpa hamka (owner kereta mayat), katanya kawan dia berhati gelisah sebab dia da nak dapat hidayah..




korang pernah dengaq fakta nie?


masyaALLAH.. terdiam jugak aku baca ayat ayat hamka nie.. katanya, hidayah tuu nak masok dalam diri kita, tapi, disebabkan dalam diri kita banyak penyakit hati contohnya cam hati yang cintakan dunia, hati pown jadik gelisah.. dan kita kena la bijak menangani kegelisahan tuu..
hati akan berasa tenang bila kita sentiasa mengingati ALLAH
sesetengah orang, bila hatinya kacau bilau, dia suka berfoya foya dengan kawan kawan.. pastu, dia akan mula lupakan masalah waktu gembira.. dia mula la fikir, cara tuu akan bwat dia rasa tenang.. betul kew?


bila dia memilih jalan yang salah, penyakit hati dia akan jadik semakin parah dan akhirnya hidayah tuu akan pergi macam tuu je tanpa sempat menjengah lama lam diri dia.. kan da rugi tuu?


kalau dia amik keputusan untuk beribadat kepada ALLAH, sekurang kurangnya penyakit hati dia akan berkurang, dan hidayah tuu tadi boleh menjengah diri dia.. macam mana kalau hidayah tuu terus menetap kat situ.. kan besh?


hidayah ALLAH akan datang pada orang yang terpilih.. ya, memang betul tuu.. tapi, kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan hidayah ALLAH.. sesetengah orang suka menyalahkan hidayah bila dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH yang bertakwa..


'aku tak dapat hidayah lagik, sebab tuu la aku tak pakai tudung lagik..'


'nanti aku dapat hidayah, aku sembahyang la..'

patot kew?

astaghfirullah al azim..

sama sama la kita berdoa kepada ALLAH agar kita adalah golongan terpilih untuk menerima hidayahNYA..

p/s : lawatla blog kereta mayat nie.. banyak info info yang berguna..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, August 11, 2011

RELA DIMADUKAN?

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

*entry mungkin agak jiwang*
tiba tiba aku teringat drama bersiri Nur Alia tadi.. ada satu part yang agak menarik.. scene isteri Fendi *aku lupa nama dia* p jumpa mak Qas untuk mintak dorang dikahwinkan.. dia sanggop dimadukan daripada biaq suami dia bergelumang dengan dosa.. bgos kan dia?
waktu aku awal awal masok matriks, lecturer english aku penah tanya kat kami pasai pandangan poligami.. 

'saya tak kisah kalau suami saya nak kawin laen, tapi ceraikan saya dan anak anak saya yang jaga!'

tekad tak aku? HAHAHA boleh pulak aku jawab macam tuu depan the world class.. pas balik kelas tuu, bila pikir pikir balik, memang aku malu nak mati la kan.. mujurla budak budak kelas aku tuu, perempuan mahupown lelaki bukan nak bwat mulot becok sangat ngan aku.. kalau tak, ada jugak aku p kelas pkai beg kertas kat muka.. -.-'

tapi, tuu pandangan aku waktu aku berusia lam 18 tahun.. waktu tuu, memang aku ada pandangan yang sangat negatif kat laki.. dan aku sebenaqnya tak boleh nak terima poligami.. sebab tuu la aku terus mintak cerai jah.. kalau aku tak bagi kawin sampai ke sudah pown, dia da tak sayang aku..

sekarang nie, aku da macam matang la sket kan.. umor pown da bertambah beberapa angka da.. pandangan aku pown da berbeza da sekarang nie.. aku da tak kisah ngan poligami.. tambah tambah pulak, perempuan sekarang da ramai sangat berbanding lelaki.. kalau aku kawin, mungkin da yang tak dapat kawin.. kan? tapi, biar la aku jadik yang pertama bukan yang kedua.. aku takmo jadik yang perampas, sebab aku tau sakitnya..

kadang kadang aku terpikir, kalau takda poligami, ada kemungkinan maksiat makin menjadi jadi.. ya la, kan ramai perempuan yang tak kawin.. korang ada terpikir tak?

aku terpikir jugak, kalau orang yang aku sayang boleh terima poligami dengan tabah, kenapa tidak aku? aku nak jadik cam orang tuu.. sentiasa tabah lam hadapi dunia nie.. :)
orang yang sabar dan tabah itu sentiasa diberi ganjaran di akhirat nanti
p/s : tapi aku tetap mengharapkan suami yang setia! :p

Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 9, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

pagi pagi hari nie, macam biasak aku berblogwalking la ke blog blog yang aku follow.. pastuu, aku tertarik ngan tajuk entry si carl samsudin nie.. dia bercerita pasai sorang perempuan nie yang membahasakan diri dia sebagai makcik hajjah sitt al-wuzara.. 


sebelum nie aku memang da baca pasal makcik nie da kat blog sozcyili.. makcik nie dikatakan telah menghina agama Islam secara dasat di facebook, blog dan twitter... dan gaysec cuba membongkar identiti makcik nie.. tapi, tak tau la samada makcik tuu betul betul adalah arlene.. lam blog makcik tuu, dia beria ia kata dia tuu hajjah la islam bagai.. wallahualam..
perempuan yang dikatakan makcik..
tapi, kalau baca blog dia tuu, memang beristighfar jah tak henti henti.. ayat ayat dia memang sangat sangat menghina Islam.. dia turut menghina kerajaan Malaysia, Datuk Najib dan lain lain.. tapi, ada jugak teguran dia berkenaan masyarakat harus diambil berat.. contohnya, perempuan yang bertudung tapi berpakaian ketat..


kesian la jugak kat dia.. tak tau apa motif dia bwat blog tuu.. katanya, dia didelete kat facebook sebab ramai yang report.. tuu yang dia da mula bergerak aktif kat wordpress dan twitter..
gambar lam blog makcik yang menghina Islam
klik sini untuk ke blog.. korang kalau da baca tuu, jangan pula mudah termakan dengan ayat ayat dia..


marila kita sama sama doakan dia.. semuga dia mendapat keampunan dan petunjuk daripada ALLAH.. tambah tambah lam bulan Ramadhan nie pulak.. semuga dosa dia tak bertambah dari hari ke hari.. amin..

Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, August 7, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


pagi pagi nie.. aku nak bercakap pasai keikhlasan..


ada orang cakap
keikhlasan tuu adalah seperti semut hitam berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang amat gelap


pastuu dia akan cakap lagi
so, hang tau kew aku ikhlas kew tak?


ada orang jugak cakap
aku bukan takmo sembahyang, tapi aku takmo jadik hipokrit.. biaqla aku betul betul ikhlas baru aku bwat..


ayat yang serupa seringkali digunakan untuk pemakaian tudung.. kalau korang jumpa orang macam nie? apa perasaan korang? tapi, aku rasa setiap orang mesti pernah jumpa orang macam nie kan?


apa yang aku cuba perkatakan sekarang nie.. kenapa nak gunakan perkataan ikhlas untuk mengecualikan diri kita daripada melakukan suruhan ALLAH?


ok, first of all, aku mintak maaf la pada yang terasa.. aku tau aku pown bukannya alim sangat.. kadang kadang aku tertinggal atau meninggalkan solat.. aku pakai tudung pown tak sempurna, selempang jah.. tapi, aku takkan pernah sesekali menggunakan perkataan ikhlas untuk membela diri aku..

soalan aku untuk orang orang yang suka guna perkataan ikhlas nie..

korang ikhlas kew bergelar orang ISLAM?

korang ikhlas kew menyayangi ayah, mak, abang atau suami korang?

korang ikhlas kew menyayangi diri korang?

ikhlas tak?

fine fine fine.. mesteyla jawapannya ikhlas kan? tapi, betul betul ikhlas kew?
renung renungkan dan selamat beramal..




p/s : tiada manusia yang sempurna lam dunia nie.. tapi, wajibla bagi kita untuk sentiasa cuba menyempurnakan diri, terutamanya lam bab bab agama.. aku juga tak sempurna.. jom la sama sama perbaiki diri..  :)
  
Thanks 4 reading this entry..! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...