BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Monday, August 27, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

arini aku berpuasa, dan arini jugak aku consume herbalife.. for the first time! wow!

tapi, aku cuma amik F1 and teamix je.. almaklumla, aku tak berapa nak berdwet sangat.. dengan status sebagai seorang pelajar, tambah pulak tengah praktikal sekarang, banyak yang aku kena consider.. cumanya, aku da tak sabar nak dapat kesihatan yang baek, tuu yang pulun jugak nak stat tuu.. almaklumla orang dapat dwet raya... :P

untuk F1, aku amik perisa strawberi.. why? aritu, waktu aku dengar talk kat STS (Success Training Seminar), ada sorang yg bagi talk nie cakap F1 yg perisa strawberi nie sangat sesuai dengan perempuan, sebab baek untuk cantekkan kulit muka.. 

muka aku sekarang memang tengah teruk.. sumpah tak tipu! jerawat batu tumbuh tak mau2.. sejak2 stay kat kajang nie, airnya kotor kowt, sensitip sangat kulit muka aku nie..

then, orang yang bagi talk tuu ada jugak cakap yang perisa strawberi nie boleh kawal rasa nervous kita.. memandangkan nanti aku ada nak kena present tengah bulan September nie, aku beli la strawberi.. kowt2 boleh membantu kan.. 

tapi, aku kurang pasti camna yang perisa strawberi nie boleh membantu cantekkan muka n kawal rasa nervous... heeee...

rasa F1 nie ala2 susu ala2 yogurt jugak la bagi aku.. tapi, susu tuu kurang.. n da tentula agak tasteless laa, tapi masih boleh diconsider sedap tau.. sumpah tak tipu! teamix tuu pulak memang tasteless, tapi ada bau yang sedap! heeeeee..

tapi kan, normal la kalau makanan sihat nie tak sedap kan? tak semestinya yang kita suka, baek untuk badan kita.. betul tak?

part paling aku tak suka adalah nak minum air banyak3.. kalau ikot kak kirah, aku kena minum 6L air sehari! erk

seksa weyh! sebab aku nie takdela jenis kuat minum air, tambah2 pulak aku nie ada masalah kencing kerap sikit.. makanya, pagi nie kerap la aku ke toilet, dalam 6kali kowt! tapi, kak kirah cakap, kencing banyak tuu bagos, sebab teamix nie tugas dia detox.. so, toksin2 dalam badan tuu dikeluarkan by kencing laaa.. lemak pown!

semalam aku jumpa coach aku tuu, kak kirah.. dia usha balik aku punya body analysis scanning tuu.. tak banyak yang aku kena turunkan berat.. lagipun, niat aku consume herbalife pown sebab nak jaga kesihatan kan.. 

so, dia suruh aku ikot lose weight program dulu, consume herbalife dua kali sehari sebagai ganti makanan biasa, breakfast dengan dinner.. bila aku da dapat berat badan ideal, aku tukar kepada maintain weight program untuk dapat kesihatan baek, aku hanya ganti breakfast je dengan herbalife.. kalau aku teruskan lose weight program pown boleee.. tapi, kurus kering sangat la nanti.. hewhewhew

pagi tadi, lepas consume tuu, berat badan aku 56.4kg.. aku akan timbang lagi hujung minggu nie untuk dapatkan result.. :)

nak sama2 turunkan berat badan dan sihat dengan aku?


Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

tadi, si fatheyah datang kat aku, cakap yang dia ada baca satu tajok kat KOSMO nie pasai perempuan melayu Malaysia nie kaki curang.. erk


aku pown terus la google nak tengok betul kew ada camtu kan? kenapa plak camtu?

berdasarkan apa yang aku baca, mostly faktor isteri curang adalah kesalahan si suami jugak.. 

antaranya, sebab si suami tuu tak mampu bimbing si isteri.. ada satu kisah nie, sampaikan si suami nie sendiri yang kenalkan lelaki kat si isteri.. erk, dahsyat la! sebab apa? si suami pown dok pasang kat belakang, dia takmo la si isteri kaco line dia kowt..

pastu, si suami tak mampu nak beri nafkah zahir, asyik nak kikis dwet si isteri je.. ataupown si isteri nie terpaksa pulak bekerja untuk sara keluarga.. kalau secara logiknya, seorang isteri bekerja menghabiskan lebih masa kat tempat kerja daripada kat rumah.. rata2 yang curang pown dengan rakan sekerja jugak!

selalunya detik2 permulaan isteri curang nie bila dia da start nak bercerita masalah dengan suami kat orang ketiga.. orang ketiga yang nak ambil kesempatan mulala masok jarum.. temankanla, dengar luahan hati sampaila kecurangan tahap dahsyat!

tapi, pada pendapat aku, mostly isteri yang curang nie, diorang terlalu ikotkan perasaan, kehendak nafsu tuu.. diorang lupa tanggungjawab yang kena pikul.. sekecewa mana pown diorang kat suami, anak kena fikirkan jugak.. anak kalau kecik2 g da tensen, bila besar ntah jadik apa.. kan?

suami plak, sebagai ketua keluarga, kena kuat.. kuat mental dan agama! sesetengah lelaki nie, bila ada masalah dalam kerja, tak cukup dwet kew, mula la nak tensen, abaikan family, carik fun kat luar.. kalau suami pown tak kuat, anak bini apatah lagi? pastu, sebagai seorang suami tak boleh la abaikan didikan agama kat anak bini.. berat tanggungjawabnya seorang suami nie.. kan?

tau tak kajian by GhanaWeb meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga dengan kecurangan isteri sebanyak 39%! uuuuuuuit, malu weyh! da la negara Islam.. 

according to Musa Awang, sorang peguam syarie plak, peratusan perceraian sebab kecurangan isteri pulak meningkat 20% setiap tahun! paling banyak jadik kat bandar2 besar, macam KL, Putrajaya, Labuan.. mungkin sebab most isteri kerja kowt kan?

so, jom kita sama2 perbaiki diri.. takkan kita nak menyumbang kat peratusan tuu kan? :P


references :
Utusan Malaysia
Kosmo 
MelayuKu Hebat


Thanks 4 reading this entry..! :)

Sunday, August 26, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

sebulan berpuasa dah berlalu.. tahniah sebab kita mampu kawal hawa nafsu, terutamanya kat makanan! tapi, bila da tak berpuasa nie, makan sampai tak hengat dunia.. samala dengan aku yang sebenarnya.. HAHAHA masuk syawal je, makan tuu rasa cam nak balas dendam je kan?


tapi, memang tak dapat dinafikan tau, raya kali nie aku makan memang tak hengat dunia punya.. why? sebab aku da set minda, after raya nie, aku da kena balik bangi, nak sambung prektikal, banyak kerja, dwet kurang, makanya kurang makan.. so, baek la aku makan puas2.. HOHOHO

tambah2 pulak, balik bangi nanti, aku akan consume herbalife seriusly.. why? kononnya nak jaga kesihatan.. bonusnya, aku bolehla kurus! HAHAHA

waktu aku bwat body analysis dengan kak kirah, coach herbalife nie, overall badan aku agak ok.. cumanya, aku kena kurangkan berat dalam 5kg, then total body fat aku agak tinggi.. a normal healthy female, sepatutnya 18.2% je total body fat dia, tapi aku pnya 27%! erk, bahaya!

tapi kan, macam mana agaknya kalau tahun depan punya raya? aku nak makan banyak, tapi takot efek pulak usaha aku consume herbalife?


ini lah dia jawapannya!

awal2 pagi raya tuu, after makan shake, tea mix, makan sekali dengan omega 3 fish oil nie, insyaALLAH apa yang kita makan, benda2 yang tak elok tuu, semuanya takkan lekat kat badan kita yang sihat nie.. :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

haaaaaaaaa.. terkejut tak tengok tajok entry aku nie?

after pergi dua talk about HERBALIFE, aku finally decided untuk consume this product.. why? to improve my health level..

as I mention in this entry, orang2 yang makan HERBALIFE nie sangat2 la sihat, cantek dan bertenaga.. apa yang lebih bermakna selaen daripada kesihatan yang baek dalam hidup kita nie kan? 

nak beribadat dengan sempurna perlukan kesihatan yang baek..

nak meluangkan masa dengan family secara maksimum perlukan kesihatan yang baek..

nak carik rezeki juga perlukan rezeki yang baek..

so, aku jugak nak orang2 laen sihat, cantek dan bertenaga.. berminat? contact me.. :)


p/s : this is a sticky post


Thanks 4 reading this entry..! :)

Saturday, August 25, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

normally, bila orang bercakap pasai herbalife, orang akan terbayang pasai kuruskan badan or gemukkan badan.. betul tuu.. tapi, harus dengatkan, herbalife nie bukannya ubat kurus or ubat gemuk, tapi adalah makanan nutrisi! herbalife hanya bermain dengan kalori di samping beri kita kesihatan maksimum kerana nutrisinya.. 

bila kita makan secara biasa, kita jarang nak amik kisah pasai kalori dan nutrisi yang ada dalam makanan kita.. betul tak? cepat angguk! :P

mungkin pada kita, makanan yang sihat adalah cukupla kalau makanan tuu ada nasi, sayur dan ayam goreng.. tapi, pernah tak kita kisah untuk kira kalori yang kita makan tuu? kalau herbalife, sekurang2nya, kita memang da tau da berapa kalori yang kita makan, so kat situ pown kita da dapat kawal pemakanan kita yang sebenarnya.. :)

3 jenis supplement utama yang ada dalam herbalife nie adalah : 

Formula 1

Formula 1 nie kiranya yang paling basic laaa.. kalau nak makan herbalife, formula 1 adalah yang wajib kita amik.. 

Formula 3

formula 3 nie pulak adalah serbuk protein soya dan whey.. main function F3 adalah untuk shape up badan.. so, normally, orang yang berbadan besar akan perlukan F3 nie.. tapi F3 nie tak diambil pown boleh..

teamix

next is teamix, campuran teh herba, untuk mempercepatkan pengeluaran bahan buangan badan.. kalau macam orang yang ada masalah kesihatan, toksik banyak dalam badan, memang sesuai sangat la minum teamix nie..  lagi banyak kita minum teamix nie, makin kerap kita pi toilet, maka makin cepatlah kita kurus! :)


Thanks 4 reading this entry..! :)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

as I mentioned before, aku rasa agak tak sedap atie untuk juin herbalife.. makanya, aku decide untuk bwat solat istikharah.. 

after 3malam aku bwat istikharah, aku akhirnya bwat keputusan untuk bwat herbalife nie.. 


insyaALLAH aku bwat herbalife kerana aku mahukan kesihatan yang baek.. kalau kesihatan kita baek, semuanya akan jadik mudah untuk kita.. termasukla beribadat.. betul tak? kedua, aku tetapkan niat aku juin herbalife nie sebab aku nak mudahkan segala2nya untuk mama dan abah.. aku nak bagi mama dan abah kesihatan yang baek jugak! aku nak bagi dwet kat mama dan abah.. aku bwat semua nie untuk dapatkan keredhaan ALLAH.. insyaALLAH 

kerana aku baru juin je herbalife nie, aku decide untuk bagi 10% discount sampai 25oktober kat orang2 yang nak consume herbalife dan mahukan aku jadik coach! heeee.. jom jadik sihat dengan aku!



Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, August 23, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

arini aku bwat solat istikharah.. berbekalkan panduan daripada buku '170 solat-solat sunat' yang aku pinjam daripada ain..

why bwat solat istikharah?

aku sebenarnya masih berbelah bahagi samada betul bagi aku atau tidak untuk bergiat lam herbalife.. sejujurnya, aku memang nak consume herbalife untuk kesihatan.. then, aku nak jadik distributor sebab aku da keinginan untuk bagi mama ngan abah consume herbalife jugak.. aku teringin tengok mama dan abah jadik bertenaga dan abah stop smoke.. boleh?

why aku tiba2 berbelah bahagi?

aku ada baca satu blog nie, aidid namanya.. dia memang mengutuk herbalife kaw2, so aku pown mula la gugel keburukan herbalife.. memang tak banyak.. serius! most of the bad effects of herbalife memang tak melekat kat atie aku.. cuma satu.. herbalife dikatakan menaja satu pasukan bola sepak milik YAHUDI..

bila da berkaitan dengan yahudi nie, aku pown jadik malas laaa.. aku sedar yang herbalife nie made in USA.. but, i believe that we should take the goods no matter where it comes from.. kan? tapi, aku takmo la kalau2 dwet yang aku spend untuk bagi kesihatan yang baek kat aku, mama, abah dan orang2 laen, menyumbang kepada kemajuan yahudi...

how aku bwat solat istikharah?

solat istikharah nie macam solat sunat yang laen.. dilakukan sebanyak dua rakaat.. pada rakaat pertama, selepas alfatihah, aku baca surah alkafirun, pada rakaat kedua pulak aku baca surah alikhlas.. sesudah bagi salam, aku baca doa untuk solat istikharah...



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


menurut buku tuu, setiap orang takkan dapat jenis petunjuk yang sama.. sesetengahnya akan dapat petunjuk melalui mimpi, sesetengahnya akan rasa tenang dan mudah untuk melakukan apa yang nak dilakukan lepas bangun tido pagi tuu.. sebab tuu laa, most people bwat solat istikharah waktu malam..

ada orang cakap, tak semua orang akan dapat petunjuk.. tapi, kalau kita yakin dengan ALLAH, insyaALLAH semuanya akan dipermudahkan.. semuga urusan aku turut dipermudahkan dan diberkati.. aminn..


Thanks 4 reading this entry..! :)

Thursday, August 16, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

lagi beberapa arie je nie da nak raya haaa.. kat MPOB pown da lengang je.. suma orang pakat amik cuti awal untuk balik kampung.. yela, banyak sket masa nak spend dengan family kan?? aku?? masih di sini, setia dengan MPOB.. -.-'

pagi tadi, housemate aku, si ain da mula bersalam salaman ucap raya bagai.. kitorang pergi keja, dia da nak balik umah da.. untunglaaaa malam nie boleh makan sedap2 dengan family kan?? budak2 kelantan unimap kat MPOB nie, semalam lagik da takde da kat sini.. da cuti awal2, almaklumla kelantan kan jaoh?

aku? aku penang, pown jaoh jugak.. tapi, macam serba salah nak mintak cuti lagik.. almaklumla, bulan tujuh aritu aku da mintak banyak cuti untuk majlis pentauliahan palapes aku tuu.. da la cutinya kena ganti.. kalau aku mintak cuti lebih2 nie, silap2 aribulan, bertambah2 lagik hari aku kena ganti l.i.. 

makanya, arini aku da takde semangat nak bwat keja.. tambah2 pulak, fibre yang aku nak, tak dapat2.. bukan maen susah lagik nak sieve the smallest size of the fibre.. aku pown wonder kenapa.. da masalah kew ngan fibre nie? sebab sebelum nie, takde plak susa sangat si fatheyah sieve fibre.. grrrrrrr

aku mulanya plan nak numpang sorang clasmate aku nie, amer.. dia pown l.i kat area kajang nie.. katanya, nak balik umah dengan kakak dia, naek kereta.. burn pown burn la tiket bus aku tuuu.. hewhewhew.. tapi, last2 kereta kakak dia tuu penoh pulak.. (T.T) padan la dengan muka aku sebab bwat decision lambat sangat..

kalau esok ponteng or bertambah2 tak semangat nak bwat keja, buhsan gilak laaa aku.. tiket bus tuu pkoi 11pm kowt! uwaaaaaaaaaa~~~



Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 14, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

haaaaaaaa... post title kali nie aku kasi CAPS LOCK sket.. hewhewhew
herbalife ada di 83 buah negara!

korang penah dengar tak pasai herbalife? aku rasa mostly penah kan? and bila korang dengar je pasai herbalife nie, mestey korang fikir pasai ubat kurus badan kan?

NO.. NO.. NO.. NO.. NO..

herbalife sebenarnya adalah makanan nutrisi untuk badan kita.. dunia makin canggih, makanan pown makin sedap2, malangnya makin tak sihat jugak! bila makanan yang kita makan tak sihat, maka mulala badan pown meragam macam2.. obesiti, resdung, migrain, gastrik, sakit tulang belakang, blablablabla.. yela, minyak tak elok, macamana kereta nak laju elok je kan?

macamana aku tiba2 nak bwat entry pasai herbalife nie? ok, sebenarnya cerita dy camni...


waktu praktikal nie, aku adalah seorang housemate yang memang consume herbalife untuk kurus.. dy terserempak ngan sorang akak nie, sekaligus jadik couch dy untuk kuruskan badan.. selalu jugak dy ajak temankan dy pergi dengar macam2 ceramah herbalife nie.. aku memang tak berminat langsung.. sebab? aku rasa aku takde la gemuk mana untuk makan herbalife.. kalau aku senaman lebih, kurus la aku.. itu pikir aku waktu tuu..

last2 arie tuu takde orang boleh temankan si housemate nie, aku pown temankan laaa.. alih2 aku pown macam berkenan bila dengar2 testimoni orang2 yang da consume herbalife nie sebab most of their health problems have been improved! mostly resdung, migrain, gastrik.. nie yang aku nak dengar sangat2.. da lama aku carik something untuk ubati resdung.. terseksa kowt weyh!

lepas aku g dengar ceramah tuu, HOM orang panggil, aku p plak kat STS (Success Training Seminar).. atie makin2 terpaut bila tengok rata2 orang kat situ berusia bawah 30 tahun, and 24 years old the most! dan most of them cantik2 dan sangat energetic.. selain daripada consume herbalife, dorang jugak jana pendapatan.. bayangkan student yang bwat part time herbalife boleh dapat sehingga RM10,500

herbalife nie sangat2 laaa berbeza daripada ubat2 kurus (if you wanna call it like this) yang laen.. why? because, selaen menjual herbalife nie, distributor herbalife adalah coach anda! so, dorang akan pantau setiap perkembangan korang.. tapi, klu korang pown bantai makan je, tak jadik jugak la kaaan?

paling menarik adalah bila tanpa keluarkan apa2 dwet, kita boleh melancong ke luar negara.. bayangkanlah! semuanya ditanggung oleh herbalife la yang pasti.. sebagai ganjaran kerja kuat para distributors herbalife nie.. 

selaen badan, muka cantek, energy yang wow, dwet masyok, kita boleh tengok suma orang cantek dan energetic jgk.. menarik kan? :)


Thanks 4 reading this entry..! :)

Wednesday, August 8, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

aku nie macam agak selalu laa tuka handphone.. handphone asyik derma kat orang, takpon jamban.. tapi, yang speselnya aku nie kan, aku tak serik2 tau nak beli handphone yang baru, dan tak cokia sangat.. hangpa tau cokia tuu apa?

baru2 nie aku dok usha lagik handphone yang cam menarik.. aku mulanya cam berkenan kat SE xperia ray tau.. slim smart semacam je kan.. tapi, aku cam berkenan jugak kat BB pearl 3g.. last2 aku terberkenan plak kat samsung galaxy ace.. cam iphone siot..!

sony ericsson xperia ray

blackberry pearl 3g

samsung galaxy ace


tapi kan, aritu kawan aku ada bagi advice la kaan, daripada amik samsung galaxy ace nie baek aku amik samsung galaxy wonder, sebab processor dia g besaq dan blablablabla.. kalau nak pikirkan logik la kaan, betul jugak.. bezanya pown tak banyak..

samsung galaxy wonder

then, baru2 nie aku jalan2 ngan abang dan kakak ipar aku tengok2 hp nie.. lam pamplet samsung tuu, wonder rm999, s advance boleh pulak rm1099.. abang aku pown cakap, 'kalau da beza rm100, baek amik s advance jah'.. erk
samsung galaxy s advance

aku bukan apa, teringin jugak nak pakai smartfon nie.. gpown, nanti aku akan dapat elaun palapes, so lebih kurang cam reward untuk diri aku jugak la kaan, da bersusah payah selama 3tahun nie.. bersusah payah sangat kew aku? kuikuikui 

tapi kan tapi kan, aku riso nak pakai handphone mahal2, sebab aku kan student g, kadang2 aku ada jugak mintak dwet daripada adik beradik laen kan.. so, macam tak sedap pulak kalau handphone boleh bli mahal2, tup2 mintak dwet pulak kat orang.. erk, malui!

takpe2, selagi ada masa, aku boleh pikir g.. last2 aku beli handphone cokia je.. hewhewhew

p.s : perasan tak aku suka warna pink dan putih? :P


Thanks 4 reading this entry..! :)

Tuesday, August 7, 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

hujung minggu aritu aku jalan2 carik baju raya.. malangnya kan, baju2 raya yang aku berkenan sumanya mahal kowt.. da laa elaun praktikal nie pown tak dapat lagik... so at the end, aku pown decide soh akak aku  je yang tolong beli.. at least mungkin dia boleh carik yang murah sket kowt.. tak cantek pown takpe, sebab aku ngan akak aku nie punya taste nie cam sama je.. :P

bunyi macam sedih je kan first paragraph aku? tapi takpela, yang penting, aku boleh celebrate jugak raya nie ngan family aku.. da la raya kali nie aku jadik gadis bekerjaya... erk gadis? pown boleee.. cuti kalau orang bekerjaya nie cipot jee.. tambah2 pulak yang kompeni takboleh ofis nak kosong.. mula la orang nie cuti, orang tu keja plak..

kadang2 kan, aku macam jeles jugak dengan orang yang ada 2 3 pasang baju raya, pastu baju raya dia rege dalam RM150++... tapi, aku cuba pujuk gak hati nie haaa.. rezeki masing2 kan.. gpown, dalam hidop sorang2 manusia tuu, kalau dia ada lebih, mestey dia ada kurang kat mana2.. dwet kan boleh carik, cuma masa je kita taktau.. cepat atau lambat..

nanti, bila aku da keja, aku nak beli beberapa pasang baju raya jugak! HOHOHO balas dendam balik! takpe kan? gpown, cam reward untuk diri sinirik la kan? pastu, aku harusla peruntukkan dwet untuk support orang2 yang banyak tolong aku beli2 baju raya nie.. heeeee... doakan aku! :D


ala2 baju raya yang aku berkenan yang mahal tuuu.. :'(






Thanks 4 reading this entry..! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...