BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera


wuhoooo... bersarang suda blog aku nie.. blog yang sememangnya tak ramai yang datang, makin ramai la yang tak datang eh? HAHAHA
entahla aku nie.. agak malas nak update blog kebelakangan nie, sedangkan ada jah idea yang aku nak update.. 


okay, sekarang aku nak berkongsi sket pasai satu ilmu yang baru aku dapat 3 4 hari yang lepas lam satu tazkirah nie.. korang mungkin da tau da, tapi aku tetap nak share jugak.. entry nie pown sebenarnya satu peringatan untuk diri aku jugak.. at least, bila aku tengok balik entry nie, aku tak mudah lupa..


anyway, korang tau tak sebenarnya hidayah nie terbahagi kepada 4?

PERTAMA : HIDAYAH AL WIJDAN AT-TABIE - hidayah nie adalah petunjuk yang kita dapat sejak lahir dan sememangnya ia sangat berkait rapat dengan sifat semulajadi seorang manusia.. sebagai contoh yang sangat mudah, anak yang baru lahir.. sapa agak agaknya yang ajar dia untuk berjalan, bercakap dan laen laen? da tentu la ada petunjuk yang dia dapat.. hidayah al wijdan at tabie la tuu..

KEDUA : HIDAYAH AL HAWAS - hidayah nie pulak petunjuk pancaindera kita yang lima tuu.. kalau kita tak dapat petunjuk nie, macam macam yang benda bahaya yang kita boleh dapat.. contohnya, kebakaran.. kalau kita tak nampak api, tak dapat dengar jeritan orang pasal kebakaran, tak dapat rasa bahang api, tak dapat bau asap, camna kita nak selamatkan diri *aku tak bagi contoh untuk lidah eh? heeeeee*.. ye tak?

KETIGA : PETUNJUK AL AQAL - okay, petunjuk nie mudah.. kalau kita takda akal, kita tak boleh berfikir dengan waras.. walau apa jua keputusan yang kita bwat, tak boleh nak amik kira langsung..

KEEMPAT : HIDAYAH AD-DIN - hidayah nie adalah hidayah keagamaan, dan terbahagi pulak kepada dua, iaitu hidayah dilalah dan hidayah taufik.. hidayah dilalah nie petunjuk ilmu yang ada dalam al-Quran, sementara hidayah taufik nie pulak adalah kesanggupan dan kemahuan untuk melakukan perintah ALLAH untuk ke syurga dan keberkatan di dunia..

okay, cuba kita renung balik diri kita.. adakah kita punya keempat empat hidayah tuu? kebanyakan orang Islam kat Malaysia nie ada hampir kesemua hidayah nie kecuali hidayah taufik.. yup, hidayah taufik la yang kita carik carik selama nie..

kalau korang baca kat sini, aku penah cakap yang hidayah nie kena carik, kena usaha.. haaaaaaaa hidayah taufik la tuu.. 4 hidayah ALLAH da berikan kepada kita free free jah, takkan suma pown nak percuma.. kan? kalau korang pown, asyik bagi hadiah je kat orang, kadang kadang korang pown teringin nak hadiah jugak kan? kan?


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


okay, sekarang cuba korang baca ayat keenam.. korang penah perasan tak yang kita sedang meminta petunjuk daripada ALLAH setiapkali kita baca al Fatihah


cuba bayangkan, 17 kali kita baca al Fatihah dalam sehari.. betapa ALLAH membuka jalan untuk kita sentiasa meminta petunjukNYA..


aku rasa kan, sebab tuu la SOLAT TIANG AGAMA..


kalau kita lupa solat, tak mustahil kita boleh lupa nak mintak petunjuk ALLAH kan?


cuba bayangkan lagik, kita sangat busy dalam satu temph dengan assignment yang bertimbun, kuiz, test yang tak putus putus, tapi kita tetap tak tinggal solat.. sekurang kurangnya, kita tak lupa nak mintak petunjuk kan?


dapat bayangkan tak hidup kita tanpa petunjuk?


credited to :

p/s : jum sama sama kita perbaiki bacaan al Fatihah kita.. :)

Thanks 4 reading this entry..! :)

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...