BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Monday, May 30, 2011

NYAWA DI HUJUNG TANDUK

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

28 Mei 2011

Hari nie kami (kat PALAPES UTM) da latihan pandu arah atau kata lainnya explorace. Dalam UTM yg sangat besar nie, kami dikehendaki menyelesaikan explorace ini yang mempunyai 4 check point dalam masa yang paling singkat yang termampu oleh kami. Pegawai-pegawai kadet peringkat senior, intermediate dan junior serta leftenan-leftenan muda dibahagikan kepada 10 sindiket. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan kompas, sindiket telah dikurangkan kepada 8 sahaja.

Pagi itu, aku bangun seperti biasa, tidak terlalu lewat, dan tidak terlalu lewat. Semua peralatan yang diperlukan juga telah ak sediakan sebelum aku tidur malam itu. Setelah semua orang siap berbaris di luar bangunan MA1, kami bergerak ke cook house untuk sarapan. Pagi nie kami makan nasi goreng, dan aku makan lebih sedikit daripada biasa, hampir satu senduk.

Tiba-tiba ada orang ingatkan mengenai barang-barang yang perlu dibawa bersama. Malang sekali, aku telah tertinggal rantai disc. Langsung tak teringat ntok pakai bersama semasa pakai baju loreng tadi. Ak berjanji ngan mira ntok sama2 amik barang. Dia tertinggal buku p.o. kononnya nak menghafal nama2 pegawai dan staf. Tapi, hari nie lambat pulak mira habiskan makanannya. Sementara tunggu dia, perut aku da mula memulas.

Akhirnya, mek nur ajak aku ke bilik sama2. Aku sempat pesan kat dia ntok gerak dulu klu da siap amik barang. Aku memang yakin betoi aku akan lambat, sebab nak ke toilet. Lagipon, aku rasa bĂȘte la ak force perot aku ntok keluarkan papa yg patot, at least tak la aku sakit perot masa explorace nanti.

Memang habit aku, asal makan pagi, mestey ke toilet. Dan bila ke toilat, hampir 1 perut dikosongkan, dan mula la aku rasa lapar. Mujur la 1 hari nie aku tak rasa lapar langsung.

Kira-kira 8.15am kami bergerak dari padang kawad PALAPES. Awal-awal nie aku memang bersemangat sungguh, cuma kurangnya mulut aku xbanyak bising. Mungkin kerana rata-rata orang yang dalam kumpulan aku nie pown kurang cakapnya, aku pulak xkenai sangat diorang nie. Perjalanan ke check point pertama kurang menarik kerana kami da tersalah tempat. Agak jauh kami terlajak jalan, tapi waktu tuu semangat aku masih belum luntur, masih membara!

Check point ke2, jaraknya dalam 5km. tapi, bukan jarak yang menjadi persoalan, tapi keadaan muka buminya yang berbukit bukau, sangat menduga aku! Tapi, aku cuba kuatkan diri, sambil memberi sokongan kat wana. Sampaikan ada yang kata, ak sangat bersemangat waktu nie. Sedangkan aku da mula mintak nyawa da pown.

Check point ke3 juga masih berbukit bukau. Kadang kadang kesabaran aku teruji jugak. Tapi, aku tau, walau apa pown yang aku rasa, aku kena habiskan juga explorace nie. Mana mungkin aku biarkan sindiket aku kalah kerana aku? Malah, terngiang ngiang kat telinga aku kata-kata staf azmi untuk tak memalukan peringkat.

Sampai di check point ke3, lama kami beristirehat. Makanan ada disediakan di situ, tapi aku menolak untuk makan. Alasan aku, tak nak perut yang berisi menjadi penghalang untuk aku terus bergerak. Ak hanya minum air yang disediakan, iaitu teh limau suam. Memang sedap! Rasa cam keluar semua angin dalam badan.

Bergerak ke check point 4 agak menyeksakan. Mungkin kerana itu adalah check point yang terakhir. Setiap orang memaksa diri untuk menyelesaikan explorace dengan segera. Hingga ke saat-saat terakhir, kami memecut dengan sepenuh tenaga. Walau pown tenaga hanya la suku daripada nyawa, tapi perlu la disumbangkan untuk pasukan.

Akhirnya, aku berjaya juga sampai di check point terakhir. Perkara terakhir yang aku ingat adalah aku menyerahkan borang explorace tuu kat tuan ammar. Lepas tuu pandangan mata aku gelap.

Bila aku sedar, aku diturunkan daripada pajero ke klinik. Aku pelik. Apa yang da jadik ngan aku nie? Aku seolah olah bermimpi. Berada di padang kawad, dan tiba-tiba aku collapse. Tapi, bila pulak aku kawad? Seingat aku, aku da explorace tadi. Aku buntu. Aku didudukkan kat atas kerusi kat luar klinik. Beberapa orang yang masih aku samar2 mengarahkan aku bangun. Aku yang masih kebingungan cuba memahami situasi yang berlaku. Kemudian aku macam hilang ingatan. Mungkin saja aku pengsan lagi.

Aku sedar lagi bila aku da dalam klinik. Aku nampak da beberapa orang mengelilingi aku. Ada doctor, puan holina, dan aku tak pasti siapa lagi. Pakaian ak telah dilonggarkan. Berkaki ayam, baju loreng dibuka butangnya, tudung ditanggalkan. Sebelum keluar, ak mengancing butang baju perlahan-lahan, kerana aku tak dapat berfikir dengan waras. Sewaktu berjalan keluar klinik juga aku tak dapat berjalan dengan baek.

Masuk sahaja dalam pajero, seseorang turut mengikut aku masuk, puan dayah. Aku terus bertanya situasi sebenar. Katanya, aku pengsan. Tapi, aku langsung tak sedar bila yang aku pengsan. Sungguh aku tak ingat. Sewaktu doctor bertanya samada aku makan pown, aku terlupa samada aku da makan atau tak.

Sampai di cook house, puan dayah mengiringi aku ke meja makan dan meminta junior untuk mengambilkan makanan untuk aku. Dia juga meminta ashabul dan bean yang bertugas untuk fitik pada hari itu untuk menemankan aku makan. Mereka diamanahkan untuk memastikan aku menghabiskan makanan.

Malangnya, makanan tuu terlampau banyak untuk aku. Aku tak mampu nak makan semuanya. Nak makan sikit pown terasa susah sangat. Sedang aku cuba makan, tiba2 aku tak dapat rasa tangan ak. Tangan aku jadik lembik. Malah seluruh badan aku rasa lembik. Aku rasa macam badan aku mengecut! Aku da mula panik. Aku mintak ashabul dan bean panggilkan puan holina untuk suapkan aku. Aku yakin aku terlampau lemah, dan tak de tenaga. Aku yakin aku sangat perlukan makanan.

Permintaan aku yang pertama membuatkan ashabul dan bean tergamam. Langsung tak membuatkan mereka bergerak dari tempat duduk. Aku mengulangi permintaan aku buat kali kedua dengan suara yang lebih kuat. Baru la mereka mula bergerak memanggil puan. Sewaktu tuu aku semakin panik.

Puan holina datang dengan beberapa orang lagi. Aku semakin panik, aku terasa seperti tuu adalah penghujung kepada kehidupan aku. Tambah2 apabila ada beberapa orang yang mula mengajar aku untuk mengucap. Kata2 aku pula jadik semakin sukar untuk dituturkan pada waktu tuu. Aku mula teringat neraka, klu aku tak mampu mengucap dua kalimah syahadah hingga habis. Aku mula teringat mama dan abah kat umah. Apakah perasaan mereka klu aku tak sempat jumpa mereka buat kali terakhir? Da lama sangat aku kat sini. Terlampau banyak masa yang aku luangkan untuk komitmen aku di sini, dengan mengurangkan masa untuk keluarga.

Staf awang meminta aku untuk membuka mata. Pada mulanya, aku rasa agak sukar, tapi aku paksakan diri. Aku juga ingin tau samada aku masih mampu melihat. Alhamdulillah! Aku nampak semua orang yang berada di hadapanku! Puan Holina mula menyuap nasi ke mulutku. Alhamdulillah! Aku masih mampu menikmati makanan itu. Tergesa gesa aku mengunyah makanan yang masuk ke mulut. Aku sangat berharap, tangan aku mampu bergerak lagi.

Setelah beberapa suap, aku rasa lega. Aku da mampu gerakkan tangan aku. Walaupown kurang bertenaga, aku da rasa bersyukur. Akhirnya, aku mintak untuk pulang ke bilik. Bro menemani aku.

Tiba di bilik, otak aku jadik sangat blank. Aku jadik sangat blur. Semua benda kelihatan serba baru di mataku. Suasana dalam bilik seperti tak pernah ku lihat.

Bro mintak aku mandi dulu. Tanpa membantah, aku akur ke bilik mandi dengan ditemaninya. Sedang aku bersedia untuk mandi, sekali lagi aku tak dapat rasakan tanganku. Aku mula panik. Aku menjerit meminta bro membawakan pisang yang kami bawa pulang tadi. Mujurla ada pisang tuu. Sementara tunggu bro, aku cuba bersandar pada dinding. Tapi, aku tak yakin. Aku tak dapat rasa langsung dinding bilik air tuu. Kaki aku yang memijak lantai pown terasa sangat lembik, terlalu lemah untuk menampung badan aku.

Mujurla bro datang tepat pada masanya. Aku memeluknya sambil dia menyuapkan pisang ke mulutku. Kemudian, puan holina dan puan adila datang. Mereka terpaksa mengangkat aku ke bilik kerana aku tak mampu untuk berjalan pown.

Setelah menghabiskan semua pisang yang ada, aku rasa lebih bertenaga. Aku juga mampu berdiri. Tapi, keadaan badan aku sangat tidak memuaskan hati. Aku merasakan badan ak sangat lembik. Entahla, mungkin perasaan aku sahaja.

Untuk satu tempoh masa, ingatan aku seolah-olah hilang. Aku terlupa caranya untuk mengambil wuduk dan solat! Untuk mensyampu rambut, menyabun badan juga aku lupa! Setiap kata-kata yang dituju kepadaku tak dapat diterima dengan baek. Betapa buntunya aku pada waktu tuu.

 Selepas mandi dan solat, aku makan. Pada waktu nie, aku da mampu bercakap dan ketawa dengan baek. Aku mula bertanya keadaan sebelum aku pengsan kepada orang-orang yang berdekatan. Kelakar pulak rasanya apabila mendengar cerita-cerita mereka. Tak sangka aku akan menunjukkan diri aku yang sebenar bila aku panik. Dan orang pulak menyangka aku hysteria kerana tidak pernah melihat aku seperti tuu.. J

Selepas aku makan, aku terus tido. Pada awalnya, aku tak dapat melelapkan mata. Mata aku tak lepas melihat tanganku yang kurasakan lembik. Akhirnya, aku memaksa diri untuk tido. Aku nak turun roll call malam nie!

Sewaktu masa mula menginjak malam, salah seorang daripada skuad aku datang membawakan makanan untuk bro. aku meminta bro makan dulu, kerana aku masih tiada selera untuk makan. Akhirnya sampai ke roll call aku masih tidak makan. Pada fikiranku, pastilah roll call tidak lama seperti biasa. Pastilah ak masih mampu bertahan sehingga malam nanti.

Sebelum roll call bermula, peringkat intermediate telah didenda. Malang sekali aku pada malam itu. Tapi, memandangkan aku berada dalam baris, aku terpaksa melakukan denda yang dikenakan. Terus badan aku terasa lemah kembali.

Mujurlah selepas baris, staf azmi meminta aku keluar baris dan membantunya menyiapkan kerja bersama beberapa orang kadet yang sakit.


29 Mei 2011

Aku dikejutkan bangun subuh oleh mak. Aku cepat2 bangun memandangkan matahari mula menampakkan dirinya. Kemudian, aku sambung tidoku. Aku terasa lebih sihat daripada semalam.

Mak kejutkan lagi untuk sarapan. Pada mulanya aku terasa sangat malas untuk sarapan. Almaklumla, selera makanku masih belum pulih. Tapi, mengenangkan mak yang mungkin akan marah, aku segera bersiap. Malang sekali, kepala ku sakit, aku terasa pening pulak. Ketika itu pown, aku da siap berpakaian. Aku membatalkan niat aku untuk bersarapan, dan meminta mira untuk menemaniku.

Untuk makan tengahari, aku masih tak mampu untuk bergerak. Kepalaku masih terasa pening. Mak memahami keadaanku dan meminta mira untuk menemaniku lagi sementara semua orang bergerak untuk makan. Makanan untuk ku dan mira dibungkuskan.

Tapi, selera makanku masih dalam keadaan yang kurang baek. Aku cuba memaksa diriku untuk memakan sebanyak mungkin nasi. Sambil menonton maharaja lawak, aku menyuap nasi kosong dengn kuah. Sekurang kurangnya ada juga makanan dalam perut aku nie.

Selesai solat, ak tido lagi, kepala aku berdenyut2. Aku tak mampu berdiri dengan baek, pening. Memang banyak aku tido kali nie. Malam nie aku perlu study, untuk test keesokan harinya. Maka, mau tak mau, terpaksalah aku sihatkan diri aku malam nie. Biarlah aku tido petang nie, supaya malam nanti aku sihat untuk study.

30 Mei 2011

Semasa di kelas perut aku da mula berkeroncong. Tapi, tekak aku seolah olah langsung tak nak terima nasi. Aku teringat bihun soto kat gerai CICT tuu. Sedap juga klu aku makan bihun soto kan. Mana tau selera aku akan terbuka nanti. Malangnya, gerai tuu plak yang tak dibuka. Aku hampa.

Kemudian, aku mengajak wana ke RUBY. Selalunya, RUBY ada jual bihun sup. Entah kenapa, tekak aku rasa teringin sangat nak makan makanan bersup nie. Klu dulu, aku langsung tak berselera tengok mira menjamah bihun sup.

Alhamdulillah, aku dapat juga makan makanan yang aku inginkan. Tapi, baru beberapa suap, aku da mula tak lalu nak makan. Perut aku masih lapar, cuma ak tak lalu je. Aku paksakan juga diri untuk menjamah saki baki makanan yang masih separuh hidangan itu. Kasihan wana, terpaksa menunggu aku menghabiskan makanan.

Akhirnya aku berhenti makan, da tak mampu rasanya badan aku nak menerima makanan yang disuap. Sampai je di bilik, aku mulai rasa lapar, tapi aku tiada selera untuk makan. Owh, dugaan! L

p/s : sebarang kesalahan ejaan + tatabahasa harap difahami.. da lama tak de kelas bahasa melayu.. J


typin truthfully by :
Nurul Hazwani Syakirah Ahmad
7525199
PKW Intermediate

p/s 2: salinan daripada assignment daripada staf! :)


Thanks 4 reading this entry..! :) 
 

1 Comment:

  1. Asma Ahmad said...
    oii... wt cta dongeng kew??

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...