BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Thursday, February 3, 2011

Lia dan Nia berkawan baek sejak mereka sama2 masuk matrikulasi.. tambahan plak, bila mereka find out yang mereka berasal dari negeri yang sama dan mereka sahaja yang menginap kat bilik 2.. setiap pahit manis dikongsi sama2.. hinggakan Lia pernah suarakan kepada Nia yang Lia umpama diari Nia.. bayangkanlah,setiapkali pulang dari kelas, Nia pasti akan bercerita setiap yang berlaku padanya kepada Lia.. seolah2 tidak lengkap hidupnya jika tak bercerita kepada Lia..

saat yang paling tak dapat dilupakan bila mereka sama2 tiada dwet.. diorang bukanlah berasal dari keluarga yang senang.. masing2 mula runsing dan fikir jalan keluar.. Nia pinjam dwet daripada kekasihnya agar mereka mampu ntok survive.. waktu 2, langsung xde istilah dwet aku, dwet aku.. diorang lbeh senang dengan kata2, ringan sama  dijinjing, berat sama dipikul..

arie bergantu arie, mereka berjaya menamatkan pengajian kat matrikulasi.. masing2 mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di ipta dalam semenanjung.. walaupon terpisah, meeka yakin dengan hubungan yang terjalin.. mereka yakin mereka mampu berada di sisi masing2 di kala susah dan senang..

saat kemasukan ke universiti adalah saat2 yang amat genting bagi remaja yang tidak berasal dari keluarga yang berada.. keperluan untuk masok ke universiti, termasuklah yuran dan pengangkutan adalah faktor penting yang mampu meruntuhkan satu impian setinggi gunung.. ketika inilah,mereka sekali lagi diuji.. namun, Nia lebih bernasib baek kerana dy mempunyai kakak yang mampu menanggung semua perbelanjaan.. 

Lia mula merangka satu senarai nama orang yang mampu dipinjamkan wang untuk perbelanjaan kemasukan ke universiti.. lalu, dy mencuba nasib untuk meminjam daripada Ilham.. 

Ilham adalah seorang lelaki yang dikenalinya melalui Yati, seorang rakan di matrikulasi.. pada mulanya, hubungan ini dijalin atas niat suka2.. suatu malam, setelah otak mereka penat memproses segala ilmu yang diulangkaji, Yati bagi number telefon Ilham..

Lia sedar, tindakannya untuk meminjam wang daripada Ilham adalah satu tindakan yang bakal memerangkap dirinya suatu hari nanti.. Ilham pernah meluahkan perasaannya kepada Lia, namun Lia tolak mentah2.. 

Nia juga kurang bersetuju sekiranya Lia dan Ilham bercinta.. baginya, Lia mampu bercinta dengan lelaki yang lebih baek kerana Lia adalah bakal engineer sementara Ilham tidak belajar tinggi.. tambahan pula, Ilham adalah seorang lelaki yang panas baran..

akhirnya, Lia berjaya menyelesaikan masalah yang membelenggunya.. malah, hubungannya dengan Ilham semakin baek.. setiapkali Lia mengalami masalah dengan wang, pastinya Ilham akan membantunya.. seperti yang diduga, Lia bercinta dengan Ilham.. pastinya kerana dy sudah terhutang budi dengan Ilham..

sikap panas baran Ilham kadangkala mencabar kesabaran Lia.. mereka pernah berpisah beberapa kali.. dan perpisahan kali terakhir mereka adalah peristiwa yang sangat memberi impak kepada Nia.. kenapa Nia..??

Ilham menghantar suatu mesej kepada Nia mengatakan hubungannya dengan Lia sudah lebih daripada sepasang kekasih.. Nia tergamam, tapi dy langsung tidak mempercayai bait2 ayat Ilham.. dy yakin,Ilham terlalu kecewa kerana ditinggalkan sehingga sanggup merosakkan nama baek Lia.. dy yakin Lia tidak akan bertindak sejauh itu.. dy yakin dengan iman yang ada pada Lia..

Nia menceritakan itu kepada Lia.. dy sangkakan itu adalah kali terakhir mereka bersama, tapi dy silap..!!

Nia tahu tentang hubungan mereka hanyalah selepas dy melihat status Lia di FB.. dy tergamam.. bagaimana Lia mampu untuk menerima Ilham semula..?? terlalu butakah cinta..?? 

Nia pernah menawarkan untuk menjelaskan segala hutang Lia dengan Ilham, agar Lia mampu hidup bebas tanpa kongkongan Ilham, namun kata Lia, 'memang dulu cintaku atas dasar budi, tapi tidak lagi kini.. semakin lama, aku semakin mcintai lelaki itu..' kerana itulah, Nia memendam perasaannya setiapkali Lia bercerita mengenai Ilham.. betapa dy xmenyukai lelaki itu.. tapi, kenapa Lia masih mampu menerima Ilham setelah apa yang dilakukannya..??

setelah sekian lama tidak berjumpa, Nia mengajak Lia untuk keluar.. tambahan pula, dy ingin sekali meraikan harijadi Lia yang telah lepas bersama2.. tapi, di saat2 akhir, Lia membatalkan temujanji itu kerana ada urusan keluarga yang harus diselesaikan.. Nia akur..

Lia mengajak untuk keluar lagi.. dy menetapkan harinya, namun Nia tidak mampu untuk memberi kata putus kerana ada janji yang perlu dikotanya.. suasana suram.. Lia pula hanya ada masa pada hari yang ditetapkannya.. kerana, pada hari2 laen, dy ada urusan keluarga.. akhirnya, mereka berjanji untuk berbincang lagi..

hari itu, Nia keluar membeli belah bersama keluarganya.. tidak disangka2, Nia terserempak dengan Lia dan Ilham, berpegangan tangan.. Nia tergamam, mujurlah dy masih mampu tersenyum.. perlahan2 Ilham melepaskan tangan Lia.. tapi, mereka terus berlalu..

fikiran2 nakal mula bermain di minda Nia.. 

katanya, ada urusan keluarga, tapi kenapa terserempak di sini..??

mungkinkah urusan keluarga pada hari yang dijanjikan itu adalah tipu semata2..??

kenapa dy tidak datang padaku dan berbual seperti masa lalu..??

Nia benar2 buntu.. dy ingin sekali berprasangka baek kepada Lia.. tapi, mampukah dy..??


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...