BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
t;

Monday, January 31, 2011

macam biasa, ak berblogwalking lagi tadi.. then, ak bukak la blog kak nadia nie.. kak nadia nie kakak coursemate ak kat utm.. =)


curik daripada blog ini =)
curik daripada blog ini


kak nadia nie da grad da pown.. lam blog dy 2, dy bcerita pasai sebuah buku btajuk, 'Untukmu Wanita'.. ak berkenan ngan satu petikan yang dy amik dari buku 2, so ak curik la.. xpe kn kak nadia..?? =)


saya pernah ditanya, benarkah tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri akan gugur sekiranya si suami telah memberi izin kepada isterinya untuk bekerja? sebenarnya, satu perkara yang saya yakin memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja.

masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan e-mel sebegini kepada saya walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian daripada saya.

islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

malahan sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang-alik si isteri ketika bekerja. segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami, sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.

cuma, demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi meringankan tanggungan suami. membantu meringankan bebanan dan tanggungan bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab.

bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upaya bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. saya pernah ceritakan kisah suami sahabat saya yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. inilah lelaki sejati yang menghargai isterinya.

namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. kebanyakan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku jugak sebab aku ni suami, isteri kena ikut kata aku. hmm... memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

pelik kan? bukannya tak tahu memberi nafkah dan menanggung perbelanjaan rumah tangga adalah kewajipan suami. masih tak faham? apa yang tak faham lagi? kalau tak ada ilmu agama sekali pun, adat masyarakat jelas mengatakan bahawa suami berkewajipan ke atas isteri dan anak-anak. berkewajipan dalam erti kata perlu memberi makan minum, pakaian tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anak-anak. itu adalah kewajipan asas, belum dikira tanggungjawab mendidik, membimbing, memberi ilmu kepada isteri dan anak-anak.


pernah x korang dengar pasai nie..?? hmmmmmm.. paling besh adalah ayat nie, 'dwet aku dwet aku, dwet isteri pown dwet aku'... ewah3.. sedap je kan dy..?? pada pendapat ak, xde masalah if suami dan isteri berkongsi pendapatan untuk sama2 tanggung kehidupan keluarga.. tambah2 plak skunk nie, kos sara hidup memang tinggi, kita pown mestey nak anak2 hidup dalam keadaan yang selesa kan..?? tapi, xblehla suami nak bolot suma pendapatan isteri 2.. sebab,walau apa pown, 2 kan tetap hak dy..?? dy yang kerja ntok tampung sket2 je..

if isteri bleh kerja untuk sama2 tanggung keluarga, kenapa suami xbleh sama2 uruskan rumah..?? pernah juga dengar kes camni.. kesian kowt kat isteri.. da la penat2 kerja, kena cepat2 balik nak masak, hidang makanan,  kemas rumah dan blablabla.. sedangkan suami, duduk silang kaki je tunggu suma siap.. suami penat, isteri pown penat, sama2 kerja kan..?? ada plak yang kata, 'ko yang sebok2 nak kerja, ko nak bagi alasan penat xnak urus umah.. salah sapa..??' haaaaaaaaaaaaaaaaish.. kan isteri nak mudahkan kerja kamu..?? sama2 tolong menolong la kan..?? ntok si isteri, family is the first priority..

p/s : xbleh blah bila org yang xkahwin g nak bercakap pasai hal rumahtangga.. =)

p/s/s : nak kawin bawah pedang gop..!! =( 

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...